29.12.08

From XXXL to XL: Part V

"The Secrets: Part I"
(Caution: The writer is just a full time housewife, please consult your doctor if you want to follow any diet plan)

First of all, I'm not fully success yet with my new lifestyle. Anyway, I have to be positive. Every kg I've shed off, I should be thankful. I'm still in the process of mengurangkan lemak especially kat bahagian perut. Tapi, tak pelah, even though I'm not 100% successful yet, I would love to share some info that I've read, watch on TV and what I've done.

Have a target!
Ingat lagi masa Tini citer yang kita kena ada target kalau nak berdiet. K.Ida ingat K.Ida tak letak implicit target but more too explicit target. My answer was, “K.Ida nak kurus sikit bila hari raya puasa nanti...” K.Ida tak cakap nak turun 5kgs or 10kgs. Sebenarnya, tak terlintas pun di fikiran yang berat badan akan berkurang. In fact masa tu tak rasa akan berjaya untuk menurunkan berat badan. Cuma yang terfikir, mesti aku turun 1/2kg jer ni dalam masa 6 bulan..

Sebelum Tini and Aida datang, adalah tulis diari pemakanan. Baru tertengok rupanya 9 Julai 08, my target adalah 58kg by 1st Oct 08. Tak perasan pun sebenarnya ada tulis target kat diary ni, Alhamdulillah berjaya mencapai target by 21st Sept 08.

Change Our Lifestyle
Dalam dok tercari2 diet plan, sekali tertengok Oprah punya show bersama Dr.Oz bercerita tentang healthy lifestyle. Dr. Oz said he prefers to call it as Change Our Lifestyle daripada menggunakan perkataan Diet. Saya pun suka the terms! Rasanya kurang sikit stress bila cakap tukar gaya hidup daripada guna perkataan diet.

Pertama-tama sekali sebelum nak start any kind of diet plan, saya pegang 3 perkara:

Determination
My determination: My BMA and my hubby's BMA..teehee...

Discipline
Bab disiplin ni paling sukar. Tapi ada satu simple cerita. Being a full time housewife for almost 7 years, saya tak pernah ambil kisah tentang kesihatan kaki. Walaupun beli selipar untuk dipakai dalam rumah, selalu jer terlupa pakai. Sampai satu tahap, kaki pecah2, kategori teruk! Setiap malam nak tidur pula, selalu jer rasa sakit menyucuk2 kat tapak kaki, maybe because of my weight!

Sebelum tu ada apply Glysolid yang diberi oleh MIL semasa beliau menunaikan umrah. Glysolid ni untuk merawat bahagian2 kasar pada badan. I used it to apply kat kaki yang pecah bila my hubby's auntie said memang elok untuk kaki yang pecah2. Masa tu apply on and off , kerap off la, bila teringat baru apply. Pastu “Ah! Tak berkesan pun!”. I stopped. Lamaaaaa lepas tu, tiba2 tengok kaki yang pecah dah jadi makin teruk. Apply balik Glysolid tu everynight for a month, baru nampak perubahan. Selipar dalam rumah memang start pakai setiap masa. Alhamdulillah, sekarang cuma nampak jalur2 saja. Even kaki yang sakit menyucuk tu pun dah hilang. Till now I still apply it sebab nak habiskan the stuff, dah lama sebenarnya Glysolid tu dok melepak kat dalam rumah ni...

Sebenarnya nak citer kalau kita disiplin, Insyaallah it works. Asalkan kita tak mengharap result yang cepat dan jangan cepat putus asa...

Ketabahan
Memang kena tabahla!

How do I change my lifestyle
Dua perkara sahaja yang saya buat to change my lifestyle:
1. Bertukar kepada cara pemakanan yang sihat (bukan berlapar!!)
2. Bersenam

My Simple Tips
My first simple tip is jangan beli mesin penimbang or ada mesin penimbang di rumah. Sebabnya kalau ada penimbang kat rumah, sudah makan nasik, timbang. Keluar dari tandas, timbang... Bila tengok tak turun kita akan mudah rasa putus asa. I don't have any scale at home. Once a month saja timbang di shopping complex sambil2 membeli belah barang2 keperluan.

Second tip yang baru dibaca, yang penting adalah ukurlilit pinggang, berat badan tak penting sangat. So, bila nak start any diet plan, ukur dulu pinggang.

My first diet plan
Dalam dok tercari2 diet mana nak follow, tertengoklak Oprah Winfrey show dengan tetamu jemputan Dr. Oz (Dr Mehmet Oz, parents beliau berasal dari Turki dan muslim! Tak sure about Dr. Oz punya religious, hopefully he's a muslim). Beliau bercerita berkaitan diet kalsium. Saya memang terpegun mendengar cerita kalsium ni...

Diet Kalsium
Menurut Dr. Oz, keramaian kita2 ni including me, tidak ambik kisah sangat tentang keperluan kalsium di dalam badan kita. Kalsium teramat2 penting terutama sekali wanita!

Kata beliau lagi, setiap wanita memerlukan 1200mg kalsium sehari (mesti ambil paling minimum 1000mg sehari). Bagi wanita mengandung keperluan kalsium lebih tinggi, kalau tak silap around 1600mg. Memang sukar untuk mencapainya kecuali kena ambik supplement. Kalau ambik supplement kalsium mesti diambil bersama dengan magnesium untuk mengelakkan sembelit. Untuk membantu penyerapan kalsium pulak, vitamin D diperlukan. Vitamin D ni senang jer, semua orang tahu ni, panas matahari pagi kan elok untuk mendapatkan vitamin D. Apa lagi gunalah waktu itu untuk berjemur selama 15 minit or kalau nak reduce weight lakukan senaman di waktu pagi selama 30 minit.

Part ni yang saya amazed! Menurut Dr. Oz dari kajian yang telah beliau lakukan, kalsium apabila bergabung dengan lemak akan membentuk sesuatu ala2 macam sabun gitu dan akan dikeluarkan mengikut saluran bahan2 kumuhan pejal. Paham2la ikut mana ye..

Menurut Dr Oz lagi, kalau sehari kita mencapai jumlah minimum kalsium yang diperlukan, bermakna 1g lemak berjaya dikurangkan. Memanglah sikit 1g tu, tapi yang lebih penting kita sihat... Baca di sini.

Menurut Dr Oz, kalsium adalah tinggi dalam produk2 tenusu. Sedangkan produk2 tenusu kebanyakkannya berlemak. Menurut beliau, buah tin dan kalau tak silap buah plum mempunyai kalsium yang tinggi. Tak sure pulak buah-buahan kat Malaysia yang mana mempunyai kalsium yang tinggi. Lagipun kajian dibuat di US, buah2an dari sanalah yang boleh saya citer kat sini.


Saya tidak mengambil supplement. Awal2 masa tahu pasal kalsium boleh mengurangkan berat badan, saya minum Dutch Lady Low Fat Milk. 250ml ataupun satu gelas mengandungi 253mg kalsium. Dok congak2 dalam sehari kena minum lebih kurang dalam 4 gelas lebih sehari. Aduhai...Macamana yek? Muak jugak...


Masa ni baru saya tahu kepentingan nutrition information (maklumat nutrisi) pada produk2 makanan yang kita beli. Selama ni tak pernah 'jenguk' pun fakta nutrisi tu....heheh. Tiap kali makan atau minum mesti tengok fakta nutrisi berkaitan jumlah kalsium.


Pastu terbaca pulak, yogurt boleh mengempiskan perut. Apa lagi saya pun belilah Yogurt Low Fat jenama Nestle yang juga punya kalsium yang tinggi iaitu 162mg. Congak2 kalau breakfast dengan segelas susu + yogurt baru 415mg. Hmmm...nak lagi 785mg kalsium. Tiap kali makan jer mesti belek nutrisi info berkaitan dengan kalsium. Masa tu kira minum susu jelah untuk memenuhi keperluan kalsium dalam badan sambil imagine, I will reduce around 1g a day...oklah tu. Yang paling penting, my body cukup kalsium setiap hari.


Pastu dalam dok tercari macamana nak mencukupkan kalsium tanpa perlu minum susu bergelas2 dan jugak tak nak ambik supplement, terjumpalak Cereal Fitnesse keluaran Nestle . If possible cari yang bercampur buah2an, baru selera sikit...kat rumah ni pulak terbeli yang plain, tawar hebiaq! Telan jelah. Menurut fakta nutrisinya, 30g + 125ml full cream milk dah contribute 330mg kalsium. Oklah, at least breakfast dah 330mg, sambil tunggu nak lunch, ngap yogurt, 162m, lepas lunch minum 250ml susu 253mg...So, need another 455g more calcium. Oklah tu...at least half day dah berjaya melebihi separuh daripada keperluan calcium. Pastu minum 2 gelas susu lagi cukuplah keperluan kalsium dalam sehari. Penat jugaklah nak menelan air susu tu.


Dalam dok mencari2 formula untuk mengurangkan pengambilan susu tapi tetap memenuhi keperluan kalsium dalam sehari, tertengoklak Anlene kat Carrefour buat promosi produk baru. Anlene Concentrated Calcium dalam kotak kecik2. Satu kotak kecik mengandungi lebih kurang 600mg kalsium...Wah! Bagus ni...of course belilah. Quite expensive gakla, 4 kotak RM 5 something, tapi mengenangkan nak mencukupkan kalsium dengan cepat, belilah...My hubby pun suka jugak, mempunyai rasa yang agak menarik. Berebutla ngan my hubby hari2...Lelaki only needs 800mg kalsium a day, so sekali sruuuup Anlene kotak kecik and telan yogurt dah almost memenuhi keperluan kalsium dalam sehari!


Kita juga tahu, Rasulullah saw mengamalkan minum susu kerana susu dapat menetapkan suhu badan, penghangat tika musim sejuk dan menurunkan suhu badan tika musim panas!


Itu citer diet kalsium. Cubalah penuhi keperluan kalsium di dalam badan kita setiap hari.

24.12.08

From XXXL to XL: Part IV

"Confuse.."

I didn't buy Herba Life (HL) starter pack as Aida told me, “K.ida..kalau silap cara, boleh bertambah berat badan...” At 63kgs, I started to imagine myself ballooning from a pear shape to a watermelon shape. Oh! No...I'm desperately need to reduce my weight, not to gain some more tonnes!

So, Tini suggested to try HL Tea Mix Lemon and Hibiscus. Thank you for being honest with the product! Memang tabik spring kat you all ni...

Seriously, I llllloveeee the tea. Tini advised me to take only half a teaspoon of tea mix a day and mix it with whatever drinks that I like. I drink the tea every morning, mix it either with Lipton 3 in1 milk tea or honey. After two weeks consuming the tea, I started to feel the difference. I started to lose my appetite. I didn't feel like craving anymore. Kalau tak, just after dinner, I will start searching inside our small pantry, full with junk foods and munched non-stop till bedtime. Or even worst, I can 'ngap' the leftover rice in the rice-cooker which make my hubby raised his eyebrows, didn't seem to make me feel guilty. Teehee.....tak baik membazir tau!

Knowing that I'm on a diet plan, my caring hubby help me with, “Biar saya letak nasi ko B.” Memang my hubby letak 'seto'et sungguh', this time I raised my eyebrows. He replied with a wink and a naughty smile....

At that same time, I'm not so sure which diet plan should I follow. There's so many diet plans in the internet. I'm so confused. The truth is, I trust none of it. Don't know why. Before, we were introduced with skipping breakfast or lunch or dinner, which I don't like the idea of skipping any meals. I'm a food lover. Nowadays, it is proved that skipping any meals is not the right way of dieting. In fact, it will make you hunger and eat more after that.

I had my own thoughts too. I remember once I read somewhere that sauna helps to reduce weight. Alahhh...macam bertungku masa pantang, sebenarnya untuk membantu menghancurkan lelemak didalam badan. Sekali tu, pernahla tangki air kami yang terletak di dalam atap, bebolanyer rosak. So, my engineer hubby climbed into the roof dan memulakan operasi membetulkan kembali bebola tersebut. It took him around 30 minutes to fix it. Bila my hubby turun jer, he said, “Fuh! Mace sauna! Ni kalu nok sauna tok payoh gi spa, ghukah naik atah bumbung jah”. Memang I can see all his peluh jantan keluar, it's like he's having a shower up there!


Yea..yea...I had a thought of disappearing myself into the roofs and let all my lovely sons cry down there as their mom seriously need to reduce her weight!

In fact, tiap pagi bila ironing baju hubby and anak2, i have this imagination of ironing my tummy so that lemak2 tepu kat perut ni cepat2 cair..

My sister, Dr Ct suggested me to buy a modern bengkung when I was complaining about my fat belly. “Mu gi la beli bekung hok terkini. Ado 'hook', mu tok payoh mitok tolong sapo2 pakai...” when I complaint to her that it's hard for me to wear bengkung without the help of my busy hubby. I took my sister's advice. Pot pet pot pet to my hubby that I need a modern bengkung. We went to Alamanda, found the modern bengkung. Try to find a bigger size, ok let's try XXL...I thought mesti padan punyala.


Get into the fitting room, half way button, stucked! Shocked, went out and placed back the bengkung to it's original place. My sporting hubby waited quite far away, saw me putting back the bengkung and asked, “Bakpo?! So'oh ko?”. He smiled! Malu-malu kucing I kat my hubby. Actually, terkejut sebab saiz XXL pun x leh masuk. Masa tu x beli lagi skirt size XXXL tu...teehee...

Once, I read in Pancaindera about one malay singer...forgot her name. She used to be quite plump, but then I saw her beautifully in shape. She explained that she's been following Paula Abdul's aerobic CD to reduce her weight. I suggested to my hubby to getPaula Abdul's CD and told him the successful story of that singer. Almost makes my hubby chuckles but control it back as he saw how serious his wife was.


In fact, when we were at Alamanda, I stopped by at Speedy to search for Paula Abdul's CD, found it and look at the price. Inside the car, I told my hubby that the CD will only cost him RM20. Oh! Didn't I tell you that my hubby want to send me to Slim World so that I look gorgeous like Ziana Zain? Well, instead my lovely hubby bought me a pair of pink sport shoes which costs him higher than that CD!

Since Paula Abdul's CD didn't seem to convince my hubby. I had to find another diet plan. Then, I came across in the internet about jotting down our meal intake daily or keep a food journal which will help reducing weight twice as much as non-diary keepers. [I paste the article in my blog].

Well, I guess just start small first. I bought a small book and start jotting down the food that I take daily. Taking care of four energetic sons, sometimes I missed jotting it down. Oh! Help...I'm so desperate to lose weight but don't know the right way...

Well, one day, as usual, every morning, I'll spend some times with my two sons, Syafiq and Iman before I start my 'routine job'. While playing with my sons, I watched Oprah Winfrey show and Dr. Oz was invited as a guest speaker. He talked about his new show, 'The truth about Food', aired under Home and Health Discovery which captured my interest. I'm amazed with his new findings...

17.12.08

From XXXL to XL: Part III

"Rescue Rangers from Aida and Tini"

Tak tahula Aida mimpi apa. But one day, she sms-ed me if I'm interested to join her group diet. My reply was “Nak! Nak! Nak!”. Her reply was “hehehe...”

Aida cam tau jer sepupu dia nih tengah desperate nak turunkan berat badan. So, datanglah Aida and Tini to my house. Tini bawa bersama her ever sophisticated scale. Boleh calculate macam2 dengan tiga parameter berat, usia dan tinggi.

Tininyer scale ni memang canggih. Scale tu boleh calculate not only your weight tapi Body Fat Range, % Water Body Range, Muscle Mass, Physics Ratings, BMR, Basal Metabolic Age, Bone Mass and Visceral Fat. My result is as follow:

Date: 13 July 2008
Weight: 63kg
Body Fat Range : 37.9
%Body Water Range : 45.5
Muscle Mass : 36.7
Physique Ratings : 2
BMR : 1204
Basal Metabolic Age : 52
Bone Mass : 2.3
Visceral Fat : 7

Tini explained to me each part, but I'm not going to explain every part in this blog. Kalau nak faham kena visit Tini's diarylah. Memang excited masa Tini explain itu dan ini sehinggalah part Basal Metabolic Age (BMA). Dengan terujanyer bertanya, “Ni apa? Ni apa?”. Tini dengan penuh kesopanan dan kesusilaan explained bahawasanya itu adalah usia mesin kat dalam badan kita. Erk...52?!

Truthfully, Tini, K.Ida memang irritating betul masa tu. Entah apa2 scale Tini nih. Masa tu rasa tak adil betul scale Tini tuh, ada ke...kita pagi petang siang malam dok berperang dgn anak2, it turns out my machine is working at the age of 52?! Wah! Dah dekat nak pencen tu...

Masa tu my hubby tak de kat rumah, ambil anak2 dari kelas tae kwan do. Bila my hubby arrived, I pushed him to step on Tini's scale. “Tryla B, scale ni canggih sangat.” At the same time, I was hoping ...errk.. praying my hubby's BMA is “Let it be 60... Let it be 60...” Well, guess what?! It turns out his BMA is 38 and he is just 36!! Makkkkk....memang tak fair! Masa tu rasa betul2 tak fair....

Instead of accepting the fact and start my diet plan, I'm in state of denial again! I make it as an escapism from doing my work and ask my hubby to do it “Sayo tuo doh, B ke mudo lagi...”. A few days jugakla that BMA dok berlegar2 dalam kotak fikiran.

Actually masa tu, dah dua minggu tertangguh mencuci tandas in our master bedroom. While waiting for anak2 teruna siap mandi, suddenly I got an idea. My hubby memang teramatlah kurang gemar mencuci tandas, tapi dia memang suka sangat2 cuci kipas. This time, I thought, “B, memandangkan B mudo lagi, B la kena cuci jambei. Saya tuo doh. Tok ke ore tuo keno gonyoh jambei?” My hubby gelak and reply, “Eh! Awakla keno gonyoh jambei, baru mesin awak mudo semula...” sambil menunjukkan gaya menonyoh tandas!

Sementelah anakanda teruna semuanya siap mandi. Seperti biasa, mamandalah yang meneruskan usaha scrubbing the toilet. I start doing my 'job', scrubbing while thinking about my BMA. Then I thought, “Ok... that's it, I want to improve my machine. I want my machine to be younger than my hubby's machine”...and I start scrubbing the toilet faster and faster....

Oh! By the way Tini, K.ida dah figure it out about my BMA tu, my height actually is not 154 (as stated in my record). Masa Tini datang tu, main kasi jer the height, my actual height is 162...I guess my BMA is much younger, and now hopefully much2 younger..heheh..

2.12.08

From XXXL to XL: Part II

"State of Denial"

Tak tahula kenapa dalam pada dok overweight tu, tak ngakulak diri ni gemuk. Tapi, rasanya tahu kot nape, bila orang disisi lagi disayangi pun tak perasan jugak...

Peristiwa I:
Ingat lagi masa baru jer habis pantang anak bongsu, Iman. Cakap kat hubby semua seluar dah jadi kecik. Instead of cakap tak muat dan badan dah mengembang tapi sebab in a state of denial, cakap seluar tu kecik..hehe... So, one day, my romantic hubby bawa balik 2 pasang track bottom bersaiz XL, bila tgk seluar rasa cam padan sangat2. Rupa2nya mengambil masa yang agak lama nak pakai sebab stuck kat peha. Mak oih! Takkan gemuk sangat aku nih! Tak percaya lagi tuh.. Nasib baik seluar tu shrinkable, bolehla pakai jugak, tapi tak leh pakai untuk jemur kain kat luarla, sebab macam 'baghut nako'.

Seriously still tak rasa gemuk sebab alah saiz kan tak standard sangat. Kejap saiz XL kecik, kejap saiz XL besar. Ni mesti saiz XL yang kecik..heheh! Menyalahkan saiz pulak!

Peristiwa II:
Peristiwa ni memang kerap sangat terjadi sebab tak sedar diri....Tiap kali pergi pasaraya dan nampak baju cantik2 kat patung, memang gatal miang nak try. Hubby pun satu punyala dia excited numpang suruh try, samada ada dia tak perasan isteri dia dah bertambah2 isi atau dia ingat body bini dia cam patung tuh...heheh...

Tiap kali try baju kat patung tuh, memang lepas tu terus tak jadi beli. Bila letak kat badan, baju yang cantik pun jadi tak cantik. Ingat lagi expression tanpa kata my hubby bila tengok isterinya pakai baju yang sama dengan patung tuh. Lagi frust tuan empunya badanla, maklumla perasan kecik!

Event ni kerap sangatla terjadi disebabkan both hubby and me dok perasan yang my body ni kecik lagi kiut miut. Sehinggalah, pada satu hari both my hubby and me lagi sekali ter'excited' tengok baju kat patung dan bersungguh2 my hubby suruh try dan bersungguh2 pulak si isterinya try. Bila pakai jer dalam fitting room tu, memang dah segan nak tunjuk kat hubby. Tapi, takpelah, nak tunjuk kat hubby memang tak sut dengan badan isterinya. So, keluarlah si isteri dengan muka sekupang, nampak sangat muka hubby terkejut biawak. So, before hubby mengeluarkan kata2 yang akan mengguris jiwa, cepat2 cakap kat dia, “Cam orang ngandungkan?”. Hubby mengangguk saja tanpa kata-kata.

Kami berdua keluar dengan langkah yang lemah lagi longlai. Selepas peristiwa itu, tiada lagi hubby bersungguh2 menyuruh isterinya try baju2 kat patung, sekadar cakap cantikkkkkk baju kat patung tuh. Bertuah kau patung! But, si isteri masih lagi rasa tak masuk kategori 'heavyweight'..

Peristiwa III:
Memang kerap sangat sadara mara komen that I eat a lot. No lah! Mana ada?! Tapi bila letak nasi sama banyak dengan nasi hubby, habiskan nasi anak2 dan nasi kat dalam periuk tanpa rasa “se'eh”.

Bila start rasa I'm Really Fat!

Seriously, I am in a state of denial for so long. Bila start perasan gemuk?

Peristiwa I:
Memang sukar nak membeli belah with four boys age ranges from 6 yrs old to 10 months old. Kena beli cepat2. Since, masa tu desperately need skirt labuh (pakaian lain semua dah kecik2..), memang kira ambik jer skirt yg rasa “Ha! Yang ni rasanya muat.”. Masuk fitting room, try, muat and campak dalam trolley tanpa tengok the size. Of course my hubby tukang bayarla, sambil si isteri memerhatikan anak2. Waktu ni mata kena cekap, kalau tak sah anak hilang dari pandangan mata.

Bila dah siap pembayaran, my hubby came close to me and said, “B, mesti cashier tu ingat isteri saya gemuk.”, My reply was, “Bakponyo?”. Well, he said, “Ho, doh isteri saya pakai saiz XXXL”. My reply, “Biar betul.”. Bila belek saiz skirt tu, mmg betul saiz XXXL. I was like wow! Am I that big?!

Bila balik rumah, pakai... seriously, itulah satu-satunya pakaian yang rasa teramatlah selesanya!

Peristiwa II:
Well one day, masa tengah syok2 blogging, one of my sons panggil “Mama, ....(request something, dah tak ingat apa)”. Sambil duduk, I turned around, suddenly perasan lipatan di pinggang bila kita pusingkan badan, memang rasa begitu tebal lemaknya. Masa tu masih tak percaya lagi, try pusingkan badan a few times, then realize... I'm really fat!! I said to myself that I have to do something....

















Gambar masa anak 3 orang, dah berdagu dua. Can u imagine bila dapat anak ke-4? Anak ke-3 and ke-4 only 1yr and 4 months apart, tak sempat kurus, dah mengembang balik!

25.11.08

From XXXL to XL: Part I

"Hints"

Berat:
13 July '08 63 kgs
31 August '08 60 kgs
21 Sept '08 - present 58 kgs

Ukurlilit:
Pinggang berkurangan 13 cm

Yes! I lost 5 kgs in two months. But before I share my secret, let's talk about hints from people around me..

Oden tau memang ramai pompuan bila masuk usia 30an mula mengeluh pasal masalah gemuk, masalah kulit dan masalah kesihatan. Oden mengalami ketiga2 masalah yang disebutkan di atas. Tapi, yang oden nak citer dulu ialah masalah overweight odenla suatu ketika dahulu (chewah mcm lama...).

Oden dah 8 tahun mendirikan, 7 tahun kahwin oden dianugerahkan 4 putera, '02, '03, '06, '07. Logikla kan nape badan oden ni bagai dipam2. Belum sempat oden mengempiskan perut, oden mengandung lagi. MIL cakap oden ni 'kerek' beranak, malu odennn...heheh... oden dengan hubby sama-sama subur kira masalah kesuburan melampaulah..

Well, ni oden nak mulakan citer bagaimana oden boleh tak sedar diri bahawasanya oden ni dah masuk kategori 'heavyweight'. Walaupun dah ramai kaum kerabat oden menegur termasuklah hubby kesayangan oden yang banyak kali memberi hint2 supaya mengurangkan lebihan lemak yang menonjol pada badan oden nih, tapi seriously oden tak rasa pun oden gemuk walaupun oden cukup menyampah tiap kali oden tengok perut oden yang dengan seronoknya landing kat atas riba oden.

Antara teguran yang oden terima:
Umi oden: "Uh! Uh! Uh! Perghut sama besar nga Umi!"
My Reply: "Oooo...anok umi tu gak.."

Adik pompuan oden: "K.Da jale gegar rumah2."
My Reply: "Maca gajoh deh..hehe." Both of us gelak..

Kakak Dr: "Banyoknyo mung make nasik"
No comment dan menghabiskan sisa2 nasi dalam pinggan.

Semasa pantang tak tau kenapa memang enjoy sgt2 makan nasik walaupun berlaukkan ikan masin...memang gemor ikan masin nih...ada masa bertambah:

Mok, masa pantang anak pertama, bila Mok nampak oden tambah nasik:
"Kalu ore dulu2, tok wi namboh nasik. Kalu nok make banyok, ambik banyok selalu."

Oden took Mok advise, pantang anak2 seterusnya, oden letak nasik byk2 dan pada pandangan oden masih sikit.
My Auntie, CN: "Banyok make nasik, dale pate, tok leh make banyok." Of course, I'll explain to my CN what Mok had told oden, memang tak ambik kisah betul oden nih.

Oden jugak ingat, auntie oden yang muda pernah ckp: "Ida berisi lepas beranak, masa ngandung kurus." Oh! Maksuku, mmg enjoy makan nasik ngan ikan kering tuh, itulah masalah yang menyebabkan badan oden naik setelah oden investigate napela oden naik berat badan.

Hubby oden banyak kali kasi hint dan seperti biasa oden memberi alasan, "Org bersalin ni yangggg.....ambik masa 2 years utk kurus balik, tapi takkan jadi body anak dara balikla." Tiap kali oden jumpa fakta yg mengatakan kesukaran org lepas bersalin kurus balik, cepat2 oden baca kat tepi hubby oden supaya hubby oden menerima oden seadanya walaupun oden tak pernah melakukan senaman dan terus membelasah nasik2 dalam pinggan oden, anak2 oden yang tak habis dan jugak kalau ada serpihan nasik kat dalam periuk, odenla yang menghabiskannya. Oden tak suka membazir, lagipun oden tak bela ayam itik yang kalau nasik tak habis bolehla ayam itik oden tolong habiskan.

Hint dari hubby oden ialah beli kasut sukan, oden pakai sekali atau dua kali. Pastu dok berkepuk kat tempat kasut. Hubby oden pernah gak cakap gini, "B, org pompuan tak takut ke kalau hubby dia tinggalkan atas sebab gemuk." Hubby oden nih memang cakap penuh kesopanan dan kesusilaan, rukunegara kelima tu dia pegang sangat2. Maklumla, dia kenal sangat2 perangai sensitif oden nih. Oden jawab simple jer, "Tok taula ore lain, tapi kalu sayo tok takut hubby tinggalkan sebab gemuk, tapi sebab perangai huduh sayo nih." hee...hee...menjawab lagi tu, memang tak leh masuk kategori isteri solehah betul...

Don't blame your hubby or other people when they commented on your weight, niatnya ikhlas, supaya kita sihat dan ceria and of course will boost your confident. Your hubby will support you throughout your journey to lost weight and the most important thing you'll be the most happiest person when that fat started to melt!

Sayang, I dah berjaya mengurangkan 5 kgs, tak de hadiah ke? Coklat ke or celebrate makan2..hehehe.. makan2 ajer... Jangan kasi present track suit dah ler...

21.11.08

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Ma..

(Maksu... sebenarnya ida nak tulis dalam komen maksu, tapi rasanya akan panjang berjela macam blog, so ida tulis kat blogla)

(This story was told by my sister, Arfah)
"Kak Da, Ayah tok de masa Ma tak dok. Ayah gi semaye Asar. Balik-balik ore oyak Ma tak dok doh. Ayah cuma kata gini, 'Kakak aku tak dok doh' berulang-ulang kali."

My Ayah lost his mom at a very young age, arwah Ma took care of my Ayah and Ayah Chik. Arwah Ma is more like a mom to my Ayah.

"Ayah oyak maso dio kecik dulu, arwahla hok gosok baju sekoloh dio. Dio tak dok doh la."

Ayah tidak menangis pada hari kematian arwah Ma.

"Ayah, Kak Chique, Che Chik nga Ayah Chik tok cium Ma. Kak Chique nga Che Chik meme tok leh, Kak Da. Ayah Chik tulis Allah nga Muhammad di badan arwah Ma. Ayah pulok oyak ko Umi, Ayah nok bbetul kedudukan arwah Ma sebelum solat jenazah. Meme sie (kesian) sangat tengok maso Ayah bbetul keduduke arwah Ma."

"Mung tau Ayah ata Ma sapa kubur, Kak Da. Jale kaki pulok tu dari rumah Ma."

Yesterday, I called Arfah when I received an sms, "Kak Da, semale lepas tahlil, Ayah menangis teresak-esak."

"Mung tau, semale uje lebat sangat. Tapi Ayah nok gi jugok ngatik. Anok Abe Yen gi ambik Ayah nga Umi, Umi tok leh nok bowok kereta dale uje. Lepah tahlil, ore lain balik belako doh, kiro tinggal family hok dekat2 jah la. Ayah pun start kecek. Dia baru jah nok oyak, 'Ni aku nok oyak ni, arwah Ma tu....', ayah terus menangis. Meme tok rajin tengok ayah teghiok gitu. Semua ore tunduk dan menitiskan air mata. Ayah Chik pun teghiok jugok."

Ayah took some times before he can control himself and continue.

"Sambil teresak-esak Ayah oyak, aku raso srupo arwah ado lagi. Arwah tu nyabar sangat-sangat. Susoh sene dio tok rajin cerite ko ore. Aku nok mung adik-beradik walaupun tak dok ore tuo doh, jange putus hubungan."

Actually, Arfah and me cry a lot through telephone everytime we talked about how humble my arwah Ma was. I've been calling Arfah everyday after arwah Ma's death and then we both will cry when we recalled our times with arwah Ma.

When I can't be on arwah Ma's side on her last day, I feel so upset, took a wudhu', make an Asr prayer and start reciting Yasin. Luckily, non of my sons disturbed me until the end of my doa to arwah Ma.

Yes, I too have a lot of fond memories of my humble Auntie. When I was a little girl, I was closed to Kak Chique. I always stay a few nights at my arwah Ma's house to play with Kak Chique.

When Ayah and Umi went for hajj, arwah Ma always pay us a visit. During weekends she will sleep over at our house.

When my Umi had a 'makan-makan' at our house, she'll be the first one arrived and help with whatever that she could.

When Ayah was attacked with stroke, arwah Ma was the first person Umi called and cry through the phone. Umi turned to arwah Ma a lot of times during her difficult days. Arwah Ma is like an elder sister to my dearest Umi.

And of course will remain in my memory forever, when arwah Ma sent me to UUM when I first got a job. Three of us, arwah Ma, Arfah and me, ride on a bus to stay over at one of Pak Cu Ali's son (I forgot his name..). Arwah Ma kept on making me laughed throughout the journey so that I won't feel bad. My Ayah of course can't send me as he can't sit for a long time while travelling. My Umi had to take care of Abi who just broke his arm after making a good sommersault while playing football. My Umi called arwah Ma to accompany her 'anak dara' as Kedah was not a familiar state among our family members.

Tonite I will ride a bus with my eldest son, abang, to meet arwah Ma's family...and of course to give a hug to my grieving Ayah...

Al-Fatihah...

17.10.08

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Hari raya tahun ni tragis sikit. Tahun lepas tak balik beraya di KB, tahun ni memang excited dapat balik beraya bersama keluarga dan sanak saudara yang amat dirindui lagi di sayangi. Dalam syok-syok beraya, kami diuji dengan anak ketiga, Syafiq, terpaksa dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (HRPZ II formerly known as HKB) diagnosed with lung infection again. He was warded masa berumur setahun for the same reason.

Di kesempatan ini, nak ucapkan terima kasih banyak2 to Umi, Ayah, adik-beradik dan adik ipar, Hidayah, tolong tengok-tengokkan Iman masa Syafiq warded hari tu. Terima kasih juga to close relatives yang kasi kain utk raya (tak sempat di jahit + kain tu nak tunggu slim dulu), tudung dan kad raya. Terima kasih banyak-banyak.

Banyak yang nak diceritakan, namun masa memang suntuk sangat2. Tak tahula kenapa hari2 rasa pendek aje sejak balik dari raya ni, rasa cam tak sempat nak buat banyak perkara termasukla blogging ni....


25.8.08

Tagging Game: First Time

Tagged by Aida:

1. 1st time naik kapal terbang :
Rasanya 1992. Naik flight dari KB ke KL, daftar A-Level kat Seksyen 17, Shah Alam.

2. 1st time beranak :
11 Mac 2002, 03.38 p.m. to my dearest Abang... he sort of 'melompat' masa give birth tu...

3. 1st time gi oversea :
198.... tahun tu lupala, naik sampan nga mok dan beberapa org mak sedara menyeberang Sungai Golok ke Pasar Golok...terkenang lagi sampan teroleng2 dek arus yg kuat, memang takut masa tu..

4. 1st time duduk jauh drpd family :
MRSM Pengkalan Chepa, 13 years old..tak jauh sebenarnyer...6km jer dari rumah...cuma parted from familylah..

5. 1st time keje :
Somewhere in August 1997. Tutor UUM.

6. 1st time rasa gemuk :
Masa sekolah rendah

7. 1st time bercinta :
Dengan orang yang sedang berkursus di Singapore...

8. 1st time rasa diri cantik :
Ayaa...tak pernah pun rasa cantik....memang tak cantik pun heheh...

9. 1st time masuk cinema :
Tak pernah menjejakkan kaki ke cinema. Pernah masa A-level kawan2 bet sapa berjaya bring me to the cinema and nobody won ha.. ha.. ha.. (gelak stail orang jahat)

10. 1st time admitted in hospital :
Kalu ikut citer ayah kecik2 dulu pernah masuk spital sebab demam panas...

Tinggal lelaki jer yg x kena tag lagi...kalau tag depa susahlak nak jawab soalan no. 2 & no. 8 tu...

8.8.08

Batalkah Solat Bersentuh Anak Bernajis?


Diambil dari
www.zaharuddin.net

Soalan

Assalamualaikum ustaz, Saya seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Saya pernah diberitahu bahwa solat akan terbatal sekiranya anak-anak yang membawa najis (memakai lampin) dan anak-anak yang belum berkhatan tersentuh pakaian kita semasa kita sedang sembahyang, apatah lagi jika tersentuh tubuh badan. Tetapi, saya pernah melihat ada orang yang terus solat apabila keadaan itu berlaku. Saya mohon penjelasan, adakah perselisihan pendapat dalam hal ini? Terima kasih.

- Ibu musykil -

Jawapan Ust Zaharuddin

Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat.

Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah at-Tolobin dengan katanya : " Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak ) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm). Pada hemat saya ini adalah kerana :-

a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr )

Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal . Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani. cet : Bayt Afkar )

Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)

Sekian

Ust Zaharuddin


5.8.08

Kisah Puteri Rasulullah saw (Siti Fatimah r.a)


Oleh Sharifah Norhashimah,2003-09-26 14:03:03

Kisah Puteri Rasulullah s. a. w. yang bernama Siti Fatimah r. a.:

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. keadilan dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. taubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. kedermawan dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

31.7.08

19 Hadith Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

24.7.08

Let it go...

Bercerita pasal mimpi nih, ada satu jenis mimpi iaitu mimpi yang berulang-ulang, dah tu bila bangun rasa cukup miserable. Rasa cukup tak senang hati. Selagi kita tak over come that mimpi, selagi tu lah termimpi-mimpi. Tak taulah mimpi nih dipanggil mimpi apa...

Ada beberapa kali saya mengalami mimpi seperti ini. Satunya ketika ayah sakit di M’sia, manakala saya berada di sebuah negara sejuk untuk menyambung pelajaran. Di sana saya sentiasa mengalami mimpi bahawa ayah sakit tenat. Tiap kali tersedar dari mimpi, saya terus call keluarga di M’sia. Biasanya Umi yang mengangkat telefon, saya mesti akan tanya umi, “Ayah sihat?” jawapan Umi pastinya, “Sihat” wah hal ayah sedang sakit (stroke) sehingga tidak boleh bercakap. Tiap kali mendengar suara ayah, walaupun dia hanya menjawap haa..haa.. cukup melegakan hati saya. Namun, mimpi ayah sakit ini tetap berulang. Pernah satu mimpi itu, saya menangis teresak-esak di sisi ayah yang memang sedang nazak.

Bila balik Malaysia, barulah saya tahu sememangnya ayah saya sakit dan tidak boleh berjalan seperti biasa apatah lagi memandu kereta. Badannya kurus tidak seperti waktu ayah menghantar saya di airport ketika berangkat ke nagara sejuk. Saya menangis sepuas hati bila mengetahui ayah tidak seperti dahulu lagi. Selepas mengetahui keadaan sebenar ayah, saya tidak lagi mengalami mimpi ini.

Mimpi berulang ini terjadi lagi apabila saya tidak memandu kereta terlalu lama iaitu hampir 5 tahun. Saya menjadi fobia untuk memandu kereta walaupun sewaktu bekerja di Kedah, saya sentiasa memandu. Saya sentiasa dihantui mimpi kereta terbabas, brek rosak dan accident. Tiap kali terjaga dari tidur, memang rasa agak tertekan.

Bila Abang mula masuk tadika 2007, saya belajar memandu kembali kerana saya ingin menghantar dan mengambil anak saya dari sekolah. Setelah itu, saya tidak lagi mengalami mimpi ngeri memandu lagi.

Mimpi berulang ini terjadi lagi tapi saya tidak boleh cerita secara penuh mimpi ini. Saya sentiasa bermimpikan tentang seorang rakan lama saya. Tiap kali saya tersedar, saya berasa amat susah hati. Mimpi ini terus berulang beberapa kali. I keep on telling myself that, this is not true. Infact, I make a lot of efforts to make sure that it won’t happen, but still I had this dream. This time ‘the dream’, tidak boleh diselesaikan seperti mana mimpi memandu tadi.

One day, after having another dream about this friend of mine, I woke up and feeling miserable. I said to myself that I have to do something so that this dream will end. All my efforts are not working, so I said to myself that I had to let it go. I did something definitely simple, I don’t even have to stand up. Redha and let it go. Alhamdulillah, I never had that dream again.

After sometimes, my best friend called me informing about the friend that I’ve been dreaming which confirm that my dream in fact was true. Alhamdulillah, because I had already redha before, so, saya menerimanya dengan hati yang terbuka. (Kawan yang sentiasa saya mimpikan tu bukan mati ye...).

Begitu juga kisah seorang jiran saya, yang sentiasa bermimpikan lemas. She told me that, masa kecik2 dulu memang pernah lemas dan memang fobia pada air. She learn how to swim dan sekarang asyik pergi swimming jer. The dream, of courselah hilang.

Sekarang, alhamdulillah saya tidak lagi mengalami mimpi2 yang berulang. Pada saya, bila kita mengalami mimpi yang berulang ini, maknanya something is not settled. Kalau macam mimpi x pandai memandu, we can learn how to drive, x pandai swimming, we can learn how to swim. But, what happen if something that cannot be done macam driving or swimming tadi, ni mcm kes mimpi kat kawan tu lah. Well, Redha and let it go….

22.7.08

When the least people u want to deal with...

Dear Readers,

This post has been deleted due to my 'fire' e-mails might get me into court.. hee...hee..

Tq


20.7.08

Bila Isteri Merajuk....

Yesterday morning, I went to the wet market by myself for the first time which is located at Presinct 8, 20 km away from our home. This is due to merajuk panjang to my dearest hubby who sent me late sms, Balik lambat on Friday. Anyway, I ask his permission first which I could see from his expression, “Betul ke bini aku ni?”.

All this while, we wake all our sons up at 7.00am and “Jom, jom pergi pasar.” There will be crying, screaming and wailing to angkut them into the car. There’s no peaceful feeling while choosing fishes with no red eyes or the freshest chickens, (my umi advised me, “Cari hok kaki terangkat tuh”) as my mind is with the difficulties of my hubby handling our sons in the car. Sometimes, Mr. Nice Guy will drive to the wet market by himself with a list given by Mrs. Nice Guy.

I always nervous whenever I have to drive to new places by myself, but amazingly not this time. Instead, while l bawak diri to the wet market, listening to Anuar’s song, Mungkin, which has the lyric, “Mungkinkah segala derita di jiwa, akan terubat jua akhirnya..” just suit me well..heheh. Though I wish an old song, Penantian Suatu Penyeksaan, (I think we have this song in 90’s?!). Seksa tau hari-hari tunggu hubby balik dari office, yela everyday wait what? I can understand how Aini’s feel when she had to wait for her hubby everyday.

My neighbour next door, Imah did ask me once, "Tunggu Amran ke, Da?", when she saw me on the swing with my youngest son on my lap, while my other sons running around happily and the clock has already shown 7.00pm. I replied, “Yela, setia menanti.” We both laugh.

Anyway, alhamdulillah, I reach the wet market in one piece and ….heee… I forgot the way back…(have to use different route to go back). Ah! Redah jelah…that comes to my mind. At each traffic light, it always turn green before I could read the signboard. Instead of turning left, I went straight ahead then I realize… hmmm…I’m in Presinct 10. Well, again instead of feeling panic, I just enjoy the beautiful landscape at Presinct 10 and got some idea for my garden while finding the U-Turn sign.

I reached home feeling fresh and I can put a smile while talking to my hubby about the beautiful landscape at Presinct 10. Hmmm...after this, I will ask him to drive us there and show him how I want my garden to look like.

Oh! One more thing that keep on lingering in my mind. I guess there’s no more Mr. Nice Guy who will wake up early during weekend and zoom to the wet market with his sleepy eyes, while Mrs Nice Guy curl inside the blanket with her sons and ... oh! I remember that look on Mr. Nice Guy's face...hee..hee.. Instead, I can hear Mr. Nice Guy would say, “Sayang, pergilah sendiri”, while he snug under the blanket joining our sons’ sweet dream….

17.7.08

Hidup dengan apa yang mampu sahaja

Tak taula kat mana nak start, Anyway, kami bermula dari bawah, I believe every marriage diuji. So, do we. Kami sentiasa diuji dengan masalah kewangan. Susah senang kami tanggung bersama. I still remember till today, how we struggled with money. Tapi, satu prinsip kami sama-sama pegang, hidup dengan apa yang mampu sahaja.


2000-2005

Masa ada anak dua, Abang dan Jat, gaji my hubby 4K ++, kami tinggal di, well, dipanggil pangsapuri, I prefer to call it as a flat sahaja. Masa tu pakai kereta kancil manual, we still have it till today, nostalgia time hidup susah dahulu. Kereta nilah kami gasak pi balik Kelantan to visit our parents and relatives for almost 7 years. Kalau konvoi pi mana-mana, nobody jump into our kancil, he..he.., takut sakit belakang katanya.

Kereta kancil ni pernah dua kali ‘terkehel’, tercabut tayar while driving. Nasib baik dua-dua kali tu memang bawak 20km/jam. Kali pertama masa nak mai melawat rumah yang kami dok loni, masa tu rumah ni tak siap lagi. Kami saja nak try jalan baru melalui perkampungan orang asli dimana kena bawak slowwww jer, takut ganggu orang-orang asli kat situ. Masa tu Lumi ada sekali. Dalam dok bawak slow tuh, tiba-tiba kami rasa senget sebelah dan bunyi sreeettttt…. Masa tu kami ternampak tayar tergolek masuk dalam pokok getah, my hubby stopped the car, and kejar tayar tuh. Tayar tu pun satu, punyalah jauh dia bergolek. Kesian I tengok my hubby dok kejar tayar tuh….

My in-laws called this incident as rombongan Che Kiah Ke Putrajaya. Cerita ni memang ada kat TV. Kes tayar bas tercabut while on the way to Putrajaya. Dah tayar tercabut, kami pun berkelahla kat tepi ladang getah dengan anak2 kami yang dua orang tu sementara menunggu bantuan tiba.

Kali kedua it happened dua tiga langkah sebelum masuk pagar rumah kami, tiba-tiba tayar tu ‘terpeliot’, tak sempat tercabut, tapi memang kereta x leh gerakla. So, jiran-jiran yang baik hati pakat tolak and tolong2 nak repair, tapi kami hantar workshopla senang.

Memang sekarang kancil ni, kerap demam, selsema dan batuk-batuk. Maklumlah dah berusia 9 tahun…Jadi, kami guna kancil ni untuk hantar dan ambil anak2 sekolah je (3km away from home)

Well, masa tu memang mampu pakai kancil je, walaupun ramai yang pot pet prêt prot, kami buat dekkk jer. Bukan apa, orang lain memang tak tau masalah kewangan kami kecuali kami sendiri, so why bother?

Begitu juga baju anak2, memang pakai baju tak de jenama. Walaupun kerap disindir, tapi, kami ni alhamdulillah, dianugerahkan Allah swt, telinga besi, buat2 tak dengar je. Manala kami mampu nak beli Oshkosh(betul ke eja?). Tapi, hati mak mana tak sedih. Kalau ada duit, nak sangat-sangat beli baju berjenama untuk anak-anak. Sape tak nak tengok anak bergaya? Tapi, memang x mampu…so, kami cuma fikir satu aje, asal anak kami tak berbogel sudahla….

Kami?! Kami dok ulang pakai baju sama jer. My hubby lagi kesian, pi ofis pakai baju murah-murah aje. Baju yang dah berlubang (kecik tapi nampak) pun dia pakai, selagi tak de orang tegur. Bila ada office-mate tegur, dia cakap, “Oh! Ye ke? Tak perasan…”. Padahal dia dah lama tau, saja2 buat2 tak tau. Lepas tu baru dia stop pakai baju berlubang tu…dua tiga pasang gakla dia dok taram baju berlubang pi ofis..

There was time bila my hubby tak dapat gaji sampai 3 bulan. We hardly smile masa tu. I just told my hubby, “Kita tak makan tak pe, jgn sampai anak2 tak makan sudahlah.” Alhamdulillah, dalam keadaan perit itu, kami tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Malah kedua-dua ibubapa kami pun tidak diberitahu kesempitan kami.

There was also time when kami tak mampu beli baju baru except for raya. Itulah bila mak jiran sebelah datang, ingatkan kita ni orang gaji…sabar jelah. Dahla masa tu tengah 6 months pregnant, tapi sebab kempis kot tak nampak heee…Ingat lagi, masa tu dok jemur kain, dek kerana tok terfikir kata-kata makcik tu, terperosok jatuh dalam longkang. Nasib baik kandungan tak de apa2...

I can consider my hubby lucky too, sebab his wife tak suka sangat kat barang-barang kemas. If not I bet botak my hubby…heheh..sori yek puji diri sendiri…Furthermore, I’m not the kind yang suka ada handbag byk, kasut byk yang kena suit2 dengan baju. So, truthfully I never had a handbag since hadiah kahwin tu…my hubby dah offer byk kali loni, entah rasa janggal lak. Furthermore, kalau asyik kena tumpah susu nak buat apa. Tunggulah anak-anak besar dulu.

I’m the kind yang suka tunggu barang2 rosak dulu, baru beli baru. So, kasut, selipar, sandal, handphone kena tunggu sampai rosak dululah, baru tukar. Astro pulak kami takde sehinggalah tahun 2005, pindah masuk rumah ni, barulah pasang astro. Tupun kes tak de siaran boleh diterima kalau pakai aerial biasa dek kerana terblock kat bukit nan indah.


2006-now

Alhamdullillah, Allah swt murahkan rezeki. We always said rezeki anak (sekarang empat orang). Kalau anak nak beli berus gigi yang berbentuk spiderman ke, ultraman ke, bolehla beli hee…heee…Baju anak still tak mampu beli baju Oshkosh, tapi bolehla beli jenama Kiko alahh… jenama yang orang-orang biasa dok beli. Still beli lagi baju2 tak berjenama, untuk senang anak nak melasak. We manage to buy another car, Avanza, untuk lebih selesa balik Kelantan. Itu yang paling termampulah….

Itu sajalah yang kami boleh share pahit maung kalau sorang jer bekerja. My hubby selalu cakap, duit banyak mana pun, tak pernah cukup. Bak kata pepatah, besar periuk, besarlah keraknya. So, to me it's how to manage our own money. Itu saja. So, itulah sebab kami hidup dengan apa yang kami termampu aje.

15.7.08

Gurindam Seloka Surirumah Sepenuh Masa


Assalamualaikum wrt pembuka bicara

Sudah lama tidak bertinta

Bukan tidak sudi berkongsi cerita

Cuma sibuk, namanya pun sepenuh masa


Seingatku, sudah dua kali Aida sepupuku bertanya

Tentang kerjayaku surirumah sepenuh masa

Terasa nak join itu katanya

Bukan mudah itulah jawapannya


Kak Ida bukanlah orang yang layak ditanya

Mak Sedaraku Cik Yah lagi hebat ujiannya

Jadi ibu instant itulah takdirnya

Tapi, beliau menyahut dengan jayanya


Menjadi surirumah bukanlah pilihanku

Masa awal-awal dulu ir-redha setiap waktu

Pernah ku habaq kat suami kesayanganku

Kita bakaq jelah segala sijil-sijilku


Namun, sudah ditentukan Ilahi

Punya suami yang amat memahami

Dipujuk isteri dengan lemah lembut sekali

Agar tenang hati si isteri


Kiniku terima takdirku ini

Menjadi surirumah menuntut kesabaran yang tinggi

Punya empat anak, semuanya lelaki

Tak tidur siang hari dan penuh energy


Mai sini nak ceghita kerja surirumah

Mengemas rumah, tandas kena gonyoh

Memasak rutinku mesti letak rencah

Kalau tak, sah anak tak nak jamah


Mainan bersepah, peningnya kepala

Makanan tumpah, sapulah saja

Namun nak buat macamana

Itulah nama surirumah sepenuh masa


Pernah dikata, da alif ra ta

Katak bawah tempurung, ohhh! Itu dah biasa

Ingatkan orang gaji! Mak jiran kat sebelah berkata

Kuterima dengan hati yang lara


Airmata kutepis, kutabahkan hati

Demi anak-anak dan juga suami

Yang kutahu Allah swt amat mengerti

Begitu juga Rasulullah saw yang cukup memahami


Renungkanlah hadith di bawah ini

Bukan mudah menjadi surirumah, itu yang pasti

Ingin kuulangi sekali lagi

Ia menuntut kesabaran yang cukup tinggi


Hadith Rasulullah:

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga


Kucoretkan gurindam seloka ini

Buat semua untuk ditatapi

Ku undurkan dahulu diri ini

Kerna anak merengek lagi….

9.7.08

Study: Food Journal Helps Dieters Lost Weight Twice As Much As Non-Diary Keepers

Vittorio Hernandez - AHN News Writer

Portland, OR (AHN) - A study by the Kaiser Permanente Center for Health Research released Tuesday said keeping a daily food diary helped overweight people lose weight twice as much as those who did not keep a record of what they ate.

According to Victor Stevens, senior investigator at Kaiser, the food diary provides the dieter an awareness of what he is taking in, which could track the source of extra calories.

Kaiser observed for two years 1,685 men and women who were battling the bulge. After half a year of maintaining a food log, they lost an average of 12.5 pounds. Participants who faithfully recorded their food intake lost between 13 to 20 pounds over six months, while those who did not have a food diary shed only an average of 9 pounds.

The food log also provides dieters a good snapshot of their eating habits. According to Sharon Meyes, a nutrition therapist at the Institute for Health and Healing of the California Pacific Medical Center, "People are quite surprised by what they find... They have this idea that they're eating two or three slices of bread in a day and then they realize they're eating six. Writing everything down brings us back to reality."

The study will be published by the American Journal of Preventive Medicine.

7.7.08

Earth's cries recorded in Space

Robert Roy Britt

Senior Science Writer

SPACE.com Tue Jul 1, 12:33 AM ET

Earth emits an ear-piercing series of chirps and whistles that could be heard by any aliens who might be listening, astronomers have discovered.


The sound is awful, a new recording from space reveals.

Scientists have known about the radiation since the 1970s. It is created high above the planet, where charged particles from the solar wind collide with Earth's magnetic field. It is related to the phenomenon that generates the colorful aurora, or Northern Lights.

The radio waves are blocked by the ionosphere, a charged layer atop our atmosphere, so they do not reach Earth. That's good, because the out-of-this-world radio waves are 10,000 times stronger than even the strongest military signal, the researchers said, and they would overwhelm all radio stations on the planet.

Theorists had long figured the radio waves, which were not well studied, oozed into space in an ever-widening cone, like light from a torch.

But new data from the European Space Agency's Cluster mission, a group of four high-flying satellites, reveals the bursts of radio waves head off to the cosmos in beam-like fashion, instead.

This means they're more detectable to anyone who might be listening.

The Auroral Kilometric Radiation (AKR), as it is called, is beamed out in a narrow plane, as if someone had put a mask over a torch and left a slit for the radiation to escape.

This flat beam could be detected by aliens who've figured this process out, the researchers say. The knowledge could also be used by Earth's astronomers to detect planets around other stars, if they can build a new radio telescope big enough for the search. They could also learn more about Jupiter and Saturn by studying AKR, which should emit from the auroral activity on those worlds, too.

"Whenever you have aurora, you get AKR," said Robert Mutel, a University of Iowa researcher involved in the work.

The AKR bursts -- Mutel and colleagues studied 12,000 of them -- originate in spots the size of a large city a few thousand miles above Earth and above the region where the Northern Lights form.

"We can now determine exactly where the emission is coming from," Mutel said.

Our planet is also known to hum, a mysterious low-frequency sound thought to be caused by the churning ocean or the roiling atmosphere.

Visit SPACE.com and explore our huge collection of Space Pictures, Space Videos, Space Image of the Day, Hot Topics, Top 10s, Multimedia, Trivia, Voting and Amazing Images. Follow the latest developments in the search for life in our universe in our SETI: Search for Life section. Join the community, sign up for our free daily email newsletter, listen to our Podcasts, check out our RSS feeds and other Reader Favorites today!

24.6.08

My Ayah


Siti and family arrived at our house on Friday evening while ayah and umi should arrived on Friday night. Due to flight delay, they arrived around 1am, Saturday. "Ghibut kuat denung", said ayah. "Kapa terebe dok musing setengoh je, baru boleh tughun", continued ayah. Ayah hugs all my sons except Syafiq because he had already fell asleep.

Ayah woke up early the next morning and said, "Mano Syafiq, ayoh tok jupo dio lagih". When Syafiq woke up, he asked Syafiq to come near him, as usual Syafiq my 'jejaka pemalu' will hide himself.

While having our breakfast, somebody asked ayah, "Ayoh nok gi mano aghi ning?". "Hmm...ayoh nok gi Kapong Baghu (Kg. Baru), nok tengok ghumoh ayoh dulu. Pah tu ayoh nok tengok Chow Kit, Dr. Lo' Lo' kato Chow Kit tok beghuboh". I'm stunned, seriously I never heard that ayah had ever live in Kg. Baru. While pouring some tea for umi, quietly I asked umi, "Bilo ayoh dok Kapong Baghu? Nikoh doh ko nga umi?". Umi smiled at me, "Sebelung nikoh nga umi.. ayoh dok situ." "Oh! Tok tau pong, ida tau flat A101 tu jah." "A101, 16L, umi ingat lagi sapa loning", replied umi.

We left the house around 10am, heading to Cik's place at Wangsa Maju first. "Huh! Tok tinggal peranga oghe baung nih", umi said when she saw Cik came out from his flat wearing kain pelikat. "He..he..dok basuh baju nga gonyoh jambe", replied Cik. We all laughed. Ayah talked to Cik. I know ayah misses Cik so much as Cik always makes him laughs. He knew he had to let Cik choose his own life.

When I first visited Cik, I made a call to umi to report about Cik's well-being, (heheh...busybody sister!), then umi passed the phone to ayah. I told ayah, "Cik ok, tepat dio duduk pong beghesih. Nok gi mano2 sene, ado LRT. Dio pong napok ceria". Ayah satisfied, then he told me, "Maso ayoh mulo2 gi kolupo (Kuala Lumpur) dulu, ayoh teghiok, ayoh belase tahun lagi, tok kenal sapo2 pong". I know ayah had gone through a hard life before, once in a while he would tell us his story.

We left Cik's place and went to Kg Baru. Ayah could not recognize his first house at Kg. Baru. "Hmm...tok ce la ayoh, jadi ghapat2 gini. Dulu ayoh dudok di Jale Rajo Mudo". He tried to locate the place, but he could not remember it. Frustrated, ayah said "Kito gi make lah". We eat and left Kg. Baru, then ayah said, "Maso dok Kapong Baghu ayoh sewa ne oghe, ne puloh ghiya, sepuloh ya soghe". (I don't know for what reason I want to state this part).

On our way to Chow Kit, ayah saw his proud flattened flat, "Mercu tando kolupo dulu nih, flat mulo2 sekali". My hubby drove through Chow Kit and Jalan Tuanku Abdul Rahman, ayah point out a few buildings and recalled his old times.

"Ayoh maghi kolupo nga gapo maso tuh? Ado bas maso tuh?" asked my hubby. "Tak dok lagi, ayoh maghi nga kheto, pah tu naik feri jemeghe sungai, kalu feri tok gerok aghi tu, dok tunggu situla." Ayah came to KL in 60's.

We left KL and arrived home around 3pm. Jat's birthday should be on Sunday, but we celebrate his birthday on Saturday evening with my in-laws. On Sunday, we went to Kak Ta's house as ayah had promised to Abang Zul (Kak Ta's hubby) to visit their new house. Upon seeing Kak Ta's 'nasi komok' on the table, he straight went to the table, "Lapa doh ayoh ngoh ni Ta, nok make eh". After having Kak Ta's yummy dishes, we chatted and laughed and before we left, ayah put a kiss on Kak Ta's sons. "Saye tok ayoh dulu".

From Kak Ta's house, we went straight to A' Famosa Resort. Since we have to check-in around 4pm, we enjoyed ourselves at the water-park. Ayah straightened his leg, "Maghi sini Iman tuh". holding my youngest son, Iman. Tired, Iman fell asleep while with ayah. Ayah just watched his other grandsons enjoying splashing the water while talking to umi. "Eh! Mano cucu2 aku nih?', when he could not see any of his grandsons playing nearby. "Nuh! Gi main alik nung pulok." umi replied.

We slept overnight at a 3 bedroom villa. The next day, we brought ayah to Bandaraya Melaka. We stop at the Portugese ship, we taught ayah would like to take a picture, no...he climbed the ship. Next, we had our lunch at one asam pedas restaurant and drove back to KL. We stop at Nilai 3 and then straight went to Kak Ton's house in Damansara as ayah and umi had not seen Kak Ton after her husband passed away. Kak Mah and Pak Cik Ali also at Kak Ton's house. After that Kak Idah, Wati and Manja came over to stay overnight at Kak Ton's place.

We left Kak Ton's house just after maghrib prayer as Abi and Adik who joined us to A' Famosa will be leaving that night.

Today, around 3pm, Kak Mah, Pak Cik Ali (yes...Kak Mah and Pak cik Ali again, they never missed visiting umi and ayah everytime they knew umi and ayah came to KL as they both retired), Mok Yoh, Kak Pisah and Ali come to my house. Ali said that he had not meet ayah for quite some times. Actually, Ali wanted to meet ayah at Kak Ton's house last night. Since we were quite in a rush, he makes sure he'll meet ayah today.

Ayah and umi had just left, we send them to the airport. As for me, I tried not to cry. Seeing ayah being pushed on a wheelchair, I kissed his forehead and say good bye and ask him to come over again. All my sons kiss ayah, he smiles and that's my ayah...