31.7.08

19 Hadith Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

24.7.08

Let it go...

Bercerita pasal mimpi nih, ada satu jenis mimpi iaitu mimpi yang berulang-ulang, dah tu bila bangun rasa cukup miserable. Rasa cukup tak senang hati. Selagi kita tak over come that mimpi, selagi tu lah termimpi-mimpi. Tak taulah mimpi nih dipanggil mimpi apa...

Ada beberapa kali saya mengalami mimpi seperti ini. Satunya ketika ayah sakit di M’sia, manakala saya berada di sebuah negara sejuk untuk menyambung pelajaran. Di sana saya sentiasa mengalami mimpi bahawa ayah sakit tenat. Tiap kali tersedar dari mimpi, saya terus call keluarga di M’sia. Biasanya Umi yang mengangkat telefon, saya mesti akan tanya umi, “Ayah sihat?” jawapan Umi pastinya, “Sihat” wah hal ayah sedang sakit (stroke) sehingga tidak boleh bercakap. Tiap kali mendengar suara ayah, walaupun dia hanya menjawap haa..haa.. cukup melegakan hati saya. Namun, mimpi ayah sakit ini tetap berulang. Pernah satu mimpi itu, saya menangis teresak-esak di sisi ayah yang memang sedang nazak.

Bila balik Malaysia, barulah saya tahu sememangnya ayah saya sakit dan tidak boleh berjalan seperti biasa apatah lagi memandu kereta. Badannya kurus tidak seperti waktu ayah menghantar saya di airport ketika berangkat ke nagara sejuk. Saya menangis sepuas hati bila mengetahui ayah tidak seperti dahulu lagi. Selepas mengetahui keadaan sebenar ayah, saya tidak lagi mengalami mimpi ini.

Mimpi berulang ini terjadi lagi apabila saya tidak memandu kereta terlalu lama iaitu hampir 5 tahun. Saya menjadi fobia untuk memandu kereta walaupun sewaktu bekerja di Kedah, saya sentiasa memandu. Saya sentiasa dihantui mimpi kereta terbabas, brek rosak dan accident. Tiap kali terjaga dari tidur, memang rasa agak tertekan.

Bila Abang mula masuk tadika 2007, saya belajar memandu kembali kerana saya ingin menghantar dan mengambil anak saya dari sekolah. Setelah itu, saya tidak lagi mengalami mimpi ngeri memandu lagi.

Mimpi berulang ini terjadi lagi tapi saya tidak boleh cerita secara penuh mimpi ini. Saya sentiasa bermimpikan tentang seorang rakan lama saya. Tiap kali saya tersedar, saya berasa amat susah hati. Mimpi ini terus berulang beberapa kali. I keep on telling myself that, this is not true. Infact, I make a lot of efforts to make sure that it won’t happen, but still I had this dream. This time ‘the dream’, tidak boleh diselesaikan seperti mana mimpi memandu tadi.

One day, after having another dream about this friend of mine, I woke up and feeling miserable. I said to myself that I have to do something so that this dream will end. All my efforts are not working, so I said to myself that I had to let it go. I did something definitely simple, I don’t even have to stand up. Redha and let it go. Alhamdulillah, I never had that dream again.

After sometimes, my best friend called me informing about the friend that I’ve been dreaming which confirm that my dream in fact was true. Alhamdulillah, because I had already redha before, so, saya menerimanya dengan hati yang terbuka. (Kawan yang sentiasa saya mimpikan tu bukan mati ye...).

Begitu juga kisah seorang jiran saya, yang sentiasa bermimpikan lemas. She told me that, masa kecik2 dulu memang pernah lemas dan memang fobia pada air. She learn how to swim dan sekarang asyik pergi swimming jer. The dream, of courselah hilang.

Sekarang, alhamdulillah saya tidak lagi mengalami mimpi2 yang berulang. Pada saya, bila kita mengalami mimpi yang berulang ini, maknanya something is not settled. Kalau macam mimpi x pandai memandu, we can learn how to drive, x pandai swimming, we can learn how to swim. But, what happen if something that cannot be done macam driving or swimming tadi, ni mcm kes mimpi kat kawan tu lah. Well, Redha and let it go….

22.7.08

When the least people u want to deal with...

Dear Readers,

This post has been deleted due to my 'fire' e-mails might get me into court.. hee...hee..

Tq


20.7.08

Bila Isteri Merajuk....

Yesterday morning, I went to the wet market by myself for the first time which is located at Presinct 8, 20 km away from our home. This is due to merajuk panjang to my dearest hubby who sent me late sms, Balik lambat on Friday. Anyway, I ask his permission first which I could see from his expression, “Betul ke bini aku ni?”.

All this while, we wake all our sons up at 7.00am and “Jom, jom pergi pasar.” There will be crying, screaming and wailing to angkut them into the car. There’s no peaceful feeling while choosing fishes with no red eyes or the freshest chickens, (my umi advised me, “Cari hok kaki terangkat tuh”) as my mind is with the difficulties of my hubby handling our sons in the car. Sometimes, Mr. Nice Guy will drive to the wet market by himself with a list given by Mrs. Nice Guy.

I always nervous whenever I have to drive to new places by myself, but amazingly not this time. Instead, while l bawak diri to the wet market, listening to Anuar’s song, Mungkin, which has the lyric, “Mungkinkah segala derita di jiwa, akan terubat jua akhirnya..” just suit me well..heheh. Though I wish an old song, Penantian Suatu Penyeksaan, (I think we have this song in 90’s?!). Seksa tau hari-hari tunggu hubby balik dari office, yela everyday wait what? I can understand how Aini’s feel when she had to wait for her hubby everyday.

My neighbour next door, Imah did ask me once, "Tunggu Amran ke, Da?", when she saw me on the swing with my youngest son on my lap, while my other sons running around happily and the clock has already shown 7.00pm. I replied, “Yela, setia menanti.” We both laugh.

Anyway, alhamdulillah, I reach the wet market in one piece and ….heee… I forgot the way back…(have to use different route to go back). Ah! Redah jelah…that comes to my mind. At each traffic light, it always turn green before I could read the signboard. Instead of turning left, I went straight ahead then I realize… hmmm…I’m in Presinct 10. Well, again instead of feeling panic, I just enjoy the beautiful landscape at Presinct 10 and got some idea for my garden while finding the U-Turn sign.

I reached home feeling fresh and I can put a smile while talking to my hubby about the beautiful landscape at Presinct 10. Hmmm...after this, I will ask him to drive us there and show him how I want my garden to look like.

Oh! One more thing that keep on lingering in my mind. I guess there’s no more Mr. Nice Guy who will wake up early during weekend and zoom to the wet market with his sleepy eyes, while Mrs Nice Guy curl inside the blanket with her sons and ... oh! I remember that look on Mr. Nice Guy's face...hee..hee.. Instead, I can hear Mr. Nice Guy would say, “Sayang, pergilah sendiri”, while he snug under the blanket joining our sons’ sweet dream….

17.7.08

Hidup dengan apa yang mampu sahaja

Tak taula kat mana nak start, Anyway, kami bermula dari bawah, I believe every marriage diuji. So, do we. Kami sentiasa diuji dengan masalah kewangan. Susah senang kami tanggung bersama. I still remember till today, how we struggled with money. Tapi, satu prinsip kami sama-sama pegang, hidup dengan apa yang mampu sahaja.


2000-2005

Masa ada anak dua, Abang dan Jat, gaji my hubby 4K ++, kami tinggal di, well, dipanggil pangsapuri, I prefer to call it as a flat sahaja. Masa tu pakai kereta kancil manual, we still have it till today, nostalgia time hidup susah dahulu. Kereta nilah kami gasak pi balik Kelantan to visit our parents and relatives for almost 7 years. Kalau konvoi pi mana-mana, nobody jump into our kancil, he..he.., takut sakit belakang katanya.

Kereta kancil ni pernah dua kali ‘terkehel’, tercabut tayar while driving. Nasib baik dua-dua kali tu memang bawak 20km/jam. Kali pertama masa nak mai melawat rumah yang kami dok loni, masa tu rumah ni tak siap lagi. Kami saja nak try jalan baru melalui perkampungan orang asli dimana kena bawak slowwww jer, takut ganggu orang-orang asli kat situ. Masa tu Lumi ada sekali. Dalam dok bawak slow tuh, tiba-tiba kami rasa senget sebelah dan bunyi sreeettttt…. Masa tu kami ternampak tayar tergolek masuk dalam pokok getah, my hubby stopped the car, and kejar tayar tuh. Tayar tu pun satu, punyalah jauh dia bergolek. Kesian I tengok my hubby dok kejar tayar tuh….

My in-laws called this incident as rombongan Che Kiah Ke Putrajaya. Cerita ni memang ada kat TV. Kes tayar bas tercabut while on the way to Putrajaya. Dah tayar tercabut, kami pun berkelahla kat tepi ladang getah dengan anak2 kami yang dua orang tu sementara menunggu bantuan tiba.

Kali kedua it happened dua tiga langkah sebelum masuk pagar rumah kami, tiba-tiba tayar tu ‘terpeliot’, tak sempat tercabut, tapi memang kereta x leh gerakla. So, jiran-jiran yang baik hati pakat tolak and tolong2 nak repair, tapi kami hantar workshopla senang.

Memang sekarang kancil ni, kerap demam, selsema dan batuk-batuk. Maklumlah dah berusia 9 tahun…Jadi, kami guna kancil ni untuk hantar dan ambil anak2 sekolah je (3km away from home)

Well, masa tu memang mampu pakai kancil je, walaupun ramai yang pot pet prĂȘt prot, kami buat dekkk jer. Bukan apa, orang lain memang tak tau masalah kewangan kami kecuali kami sendiri, so why bother?

Begitu juga baju anak2, memang pakai baju tak de jenama. Walaupun kerap disindir, tapi, kami ni alhamdulillah, dianugerahkan Allah swt, telinga besi, buat2 tak dengar je. Manala kami mampu nak beli Oshkosh(betul ke eja?). Tapi, hati mak mana tak sedih. Kalau ada duit, nak sangat-sangat beli baju berjenama untuk anak-anak. Sape tak nak tengok anak bergaya? Tapi, memang x mampu…so, kami cuma fikir satu aje, asal anak kami tak berbogel sudahla….

Kami?! Kami dok ulang pakai baju sama jer. My hubby lagi kesian, pi ofis pakai baju murah-murah aje. Baju yang dah berlubang (kecik tapi nampak) pun dia pakai, selagi tak de orang tegur. Bila ada office-mate tegur, dia cakap, “Oh! Ye ke? Tak perasan…”. Padahal dia dah lama tau, saja2 buat2 tak tau. Lepas tu baru dia stop pakai baju berlubang tu…dua tiga pasang gakla dia dok taram baju berlubang pi ofis..

There was time bila my hubby tak dapat gaji sampai 3 bulan. We hardly smile masa tu. I just told my hubby, “Kita tak makan tak pe, jgn sampai anak2 tak makan sudahlah.” Alhamdulillah, dalam keadaan perit itu, kami tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Malah kedua-dua ibubapa kami pun tidak diberitahu kesempitan kami.

There was also time when kami tak mampu beli baju baru except for raya. Itulah bila mak jiran sebelah datang, ingatkan kita ni orang gaji…sabar jelah. Dahla masa tu tengah 6 months pregnant, tapi sebab kempis kot tak nampak heee…Ingat lagi, masa tu dok jemur kain, dek kerana tok terfikir kata-kata makcik tu, terperosok jatuh dalam longkang. Nasib baik kandungan tak de apa2...

I can consider my hubby lucky too, sebab his wife tak suka sangat kat barang-barang kemas. If not I bet botak my hubby…heheh..sori yek puji diri sendiri…Furthermore, I’m not the kind yang suka ada handbag byk, kasut byk yang kena suit2 dengan baju. So, truthfully I never had a handbag since hadiah kahwin tu…my hubby dah offer byk kali loni, entah rasa janggal lak. Furthermore, kalau asyik kena tumpah susu nak buat apa. Tunggulah anak-anak besar dulu.

I’m the kind yang suka tunggu barang2 rosak dulu, baru beli baru. So, kasut, selipar, sandal, handphone kena tunggu sampai rosak dululah, baru tukar. Astro pulak kami takde sehinggalah tahun 2005, pindah masuk rumah ni, barulah pasang astro. Tupun kes tak de siaran boleh diterima kalau pakai aerial biasa dek kerana terblock kat bukit nan indah.


2006-now

Alhamdullillah, Allah swt murahkan rezeki. We always said rezeki anak (sekarang empat orang). Kalau anak nak beli berus gigi yang berbentuk spiderman ke, ultraman ke, bolehla beli hee…heee…Baju anak still tak mampu beli baju Oshkosh, tapi bolehla beli jenama Kiko alahh… jenama yang orang-orang biasa dok beli. Still beli lagi baju2 tak berjenama, untuk senang anak nak melasak. We manage to buy another car, Avanza, untuk lebih selesa balik Kelantan. Itu yang paling termampulah….

Itu sajalah yang kami boleh share pahit maung kalau sorang jer bekerja. My hubby selalu cakap, duit banyak mana pun, tak pernah cukup. Bak kata pepatah, besar periuk, besarlah keraknya. So, to me it's how to manage our own money. Itu saja. So, itulah sebab kami hidup dengan apa yang kami termampu aje.

15.7.08

Gurindam Seloka Surirumah Sepenuh Masa


Assalamualaikum wrt pembuka bicara

Sudah lama tidak bertinta

Bukan tidak sudi berkongsi cerita

Cuma sibuk, namanya pun sepenuh masa


Seingatku, sudah dua kali Aida sepupuku bertanya

Tentang kerjayaku surirumah sepenuh masa

Terasa nak join itu katanya

Bukan mudah itulah jawapannya


Kak Ida bukanlah orang yang layak ditanya

Mak Sedaraku Cik Yah lagi hebat ujiannya

Jadi ibu instant itulah takdirnya

Tapi, beliau menyahut dengan jayanya


Menjadi surirumah bukanlah pilihanku

Masa awal-awal dulu ir-redha setiap waktu

Pernah ku habaq kat suami kesayanganku

Kita bakaq jelah segala sijil-sijilku


Namun, sudah ditentukan Ilahi

Punya suami yang amat memahami

Dipujuk isteri dengan lemah lembut sekali

Agar tenang hati si isteri


Kiniku terima takdirku ini

Menjadi surirumah menuntut kesabaran yang tinggi

Punya empat anak, semuanya lelaki

Tak tidur siang hari dan penuh energy


Mai sini nak ceghita kerja surirumah

Mengemas rumah, tandas kena gonyoh

Memasak rutinku mesti letak rencah

Kalau tak, sah anak tak nak jamah


Mainan bersepah, peningnya kepala

Makanan tumpah, sapulah saja

Namun nak buat macamana

Itulah nama surirumah sepenuh masa


Pernah dikata, da alif ra ta

Katak bawah tempurung, ohhh! Itu dah biasa

Ingatkan orang gaji! Mak jiran kat sebelah berkata

Kuterima dengan hati yang lara


Airmata kutepis, kutabahkan hati

Demi anak-anak dan juga suami

Yang kutahu Allah swt amat mengerti

Begitu juga Rasulullah saw yang cukup memahami


Renungkanlah hadith di bawah ini

Bukan mudah menjadi surirumah, itu yang pasti

Ingin kuulangi sekali lagi

Ia menuntut kesabaran yang cukup tinggi


Hadith Rasulullah:

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga


Kucoretkan gurindam seloka ini

Buat semua untuk ditatapi

Ku undurkan dahulu diri ini

Kerna anak merengek lagi….

9.7.08

Study: Food Journal Helps Dieters Lost Weight Twice As Much As Non-Diary Keepers

Vittorio Hernandez - AHN News Writer

Portland, OR (AHN) - A study by the Kaiser Permanente Center for Health Research released Tuesday said keeping a daily food diary helped overweight people lose weight twice as much as those who did not keep a record of what they ate.

According to Victor Stevens, senior investigator at Kaiser, the food diary provides the dieter an awareness of what he is taking in, which could track the source of extra calories.

Kaiser observed for two years 1,685 men and women who were battling the bulge. After half a year of maintaining a food log, they lost an average of 12.5 pounds. Participants who faithfully recorded their food intake lost between 13 to 20 pounds over six months, while those who did not have a food diary shed only an average of 9 pounds.

The food log also provides dieters a good snapshot of their eating habits. According to Sharon Meyes, a nutrition therapist at the Institute for Health and Healing of the California Pacific Medical Center, "People are quite surprised by what they find... They have this idea that they're eating two or three slices of bread in a day and then they realize they're eating six. Writing everything down brings us back to reality."

The study will be published by the American Journal of Preventive Medicine.

7.7.08

Earth's cries recorded in Space

Robert Roy Britt

Senior Science Writer

SPACE.com Tue Jul 1, 12:33 AM ET

Earth emits an ear-piercing series of chirps and whistles that could be heard by any aliens who might be listening, astronomers have discovered.


The sound is awful, a new recording from space reveals.

Scientists have known about the radiation since the 1970s. It is created high above the planet, where charged particles from the solar wind collide with Earth's magnetic field. It is related to the phenomenon that generates the colorful aurora, or Northern Lights.

The radio waves are blocked by the ionosphere, a charged layer atop our atmosphere, so they do not reach Earth. That's good, because the out-of-this-world radio waves are 10,000 times stronger than even the strongest military signal, the researchers said, and they would overwhelm all radio stations on the planet.

Theorists had long figured the radio waves, which were not well studied, oozed into space in an ever-widening cone, like light from a torch.

But new data from the European Space Agency's Cluster mission, a group of four high-flying satellites, reveals the bursts of radio waves head off to the cosmos in beam-like fashion, instead.

This means they're more detectable to anyone who might be listening.

The Auroral Kilometric Radiation (AKR), as it is called, is beamed out in a narrow plane, as if someone had put a mask over a torch and left a slit for the radiation to escape.

This flat beam could be detected by aliens who've figured this process out, the researchers say. The knowledge could also be used by Earth's astronomers to detect planets around other stars, if they can build a new radio telescope big enough for the search. They could also learn more about Jupiter and Saturn by studying AKR, which should emit from the auroral activity on those worlds, too.

"Whenever you have aurora, you get AKR," said Robert Mutel, a University of Iowa researcher involved in the work.

The AKR bursts -- Mutel and colleagues studied 12,000 of them -- originate in spots the size of a large city a few thousand miles above Earth and above the region where the Northern Lights form.

"We can now determine exactly where the emission is coming from," Mutel said.

Our planet is also known to hum, a mysterious low-frequency sound thought to be caused by the churning ocean or the roiling atmosphere.

Visit SPACE.com and explore our huge collection of Space Pictures, Space Videos, Space Image of the Day, Hot Topics, Top 10s, Multimedia, Trivia, Voting and Amazing Images. Follow the latest developments in the search for life in our universe in our SETI: Search for Life section. Join the community, sign up for our free daily email newsletter, listen to our Podcasts, check out our RSS feeds and other Reader Favorites today!