15.7.08

Gurindam Seloka Surirumah Sepenuh Masa


Assalamualaikum wrt pembuka bicara

Sudah lama tidak bertinta

Bukan tidak sudi berkongsi cerita

Cuma sibuk, namanya pun sepenuh masa


Seingatku, sudah dua kali Aida sepupuku bertanya

Tentang kerjayaku surirumah sepenuh masa

Terasa nak join itu katanya

Bukan mudah itulah jawapannya


Kak Ida bukanlah orang yang layak ditanya

Mak Sedaraku Cik Yah lagi hebat ujiannya

Jadi ibu instant itulah takdirnya

Tapi, beliau menyahut dengan jayanya


Menjadi surirumah bukanlah pilihanku

Masa awal-awal dulu ir-redha setiap waktu

Pernah ku habaq kat suami kesayanganku

Kita bakaq jelah segala sijil-sijilku


Namun, sudah ditentukan Ilahi

Punya suami yang amat memahami

Dipujuk isteri dengan lemah lembut sekali

Agar tenang hati si isteri


Kiniku terima takdirku ini

Menjadi surirumah menuntut kesabaran yang tinggi

Punya empat anak, semuanya lelaki

Tak tidur siang hari dan penuh energy


Mai sini nak ceghita kerja surirumah

Mengemas rumah, tandas kena gonyoh

Memasak rutinku mesti letak rencah

Kalau tak, sah anak tak nak jamah


Mainan bersepah, peningnya kepala

Makanan tumpah, sapulah saja

Namun nak buat macamana

Itulah nama surirumah sepenuh masa


Pernah dikata, da alif ra ta

Katak bawah tempurung, ohhh! Itu dah biasa

Ingatkan orang gaji! Mak jiran kat sebelah berkata

Kuterima dengan hati yang lara


Airmata kutepis, kutabahkan hati

Demi anak-anak dan juga suami

Yang kutahu Allah swt amat mengerti

Begitu juga Rasulullah saw yang cukup memahami


Renungkanlah hadith di bawah ini

Bukan mudah menjadi surirumah, itu yang pasti

Ingin kuulangi sekali lagi

Ia menuntut kesabaran yang cukup tinggi


Hadith Rasulullah:

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga


Kucoretkan gurindam seloka ini

Buat semua untuk ditatapi

Ku undurkan dahulu diri ini

Kerna anak merengek lagi….

28 comments:

Ibu WA Alim said...

Tiba2 tubit tajuk ni td,
Cy ingat'n dr blog Aini,
terus nnopat gi cari,
rupa'a silap destinasi..

Rasa'a jauh dr jaya
m'buat'n hati jd gulana
tp ku buat tak endah sj
entah bila akan t'kesima
(betul ke tak entah istilah ni..)

Bila t'pandang hadis nabi
terus tiris airmata ini..

nida said...

cy...
Jgnla cy berhati gulana
hati ini pun kan jadi merana
hadith nilah penguat jiwa
untuk terus jadi surirumah sepenuh masa

Kalau didengar kata-kata orang
pedihlah jiwa, meranalah badan
hati jadi tak keruan
kerna terfikir kata-kata yang pincang

Disamping kata perangsang suami
Kata-katanya indah sekali
"Abang pergi kerja tenang setiap hari,
kerana tahu mamanya disisi,
mahu anak kita dijaga bibik,
gundah gulanalah hati abang ini"

Yasmin's Mummy said...

siapa kata da alif ra ta tu? sungguh kurang asam.
I think you're doing a wonderful job. Bila gi rumah ida, rasa amazed tengok rumah licin lemung.
It's not easy to be a housewife, but isn't it the most natural and wonderful thing to be? It's hard to go against society's expectations, and often, the most vocal critics are the people closest to you. So it's wonderful that you've found the resolve to do what is right for yourself and your children.
p/s: sori tak reti pantun-pantun.
p/p/s: dulu maksu selalu jeles tengok org lain ada courage to stay at home.

Ibu WA Alim said...

Cy dok nngadap ni bele2 dok tgk debat Anwar-Shabery..
Hm..sapa dok kata nngata tu..ke dah kena marah dgn Maksu..
Kena setujula..+ve thinkingnye..it the most natural and wonderful thing to be..
Solehnye hubby Da..

aida said...

kak da.. i agree with mak su.. bila gi rumah kak da, agak kagum sebab rumah berkemas

kalau bab mainan bersepah tu, pejam matalah kan. tapi 2 thumbs up untuk rumah!

pasal being housewife tu, sampai skrg masih lagi rasa tak mampu. tapi bila kak da kata, dah anak 4, betul rugi kalau duit keluar untuk nurseri etc.. huhu, buatku terfire balik my dream job as being a housewife.

suami selalu dok tanya, larat ke kalau jadi surirumah. tapi aida kata, insya Allah.. kalau suami benarkan, mula-mula mmg rasa susah, lama-lama akan fahamlah rentaknya

anyway, kak da tgh jadi idolaku.. bohohoh.. kalau diizinkan Allah, mungkin tercapai cita-cita untuk jadi housewife - mmg nak defy social expectation. kalau ada degree tak salah pun dok rumah jaga anak kan?

p/s: sape dok cakap darat tu? ish

nida said...

ym...bukan pantunlah maksu, pantun tu susah, ni lebih pada bermadah, as long as belakang bunyinya sama, oklah tu..so, this goes to you...

licin lemung? ha ha he he hu hu
dah mak su datang kring kring dahulu
cuba buat surprise kat depan pintu
ida jamin maksu terkedu

oh! mak su yang ku sayang..you talk about courage?
it took me years to build till this stage
I seek prayers nights and days
And search inside my heart, a bit of peace and solace...

cy...tergelak ida baca cy tulis hubby ida soleh, amin... Mok pun ada sekali kata gitu ko dio, kesnya masa mok naik kereta ida, asyik dengar lagu nasyid jer. Mok kata "Bagus re ni, pase lagu lagu ning, mace ayah su..". My hubby gelak, he replied, "anak2 suka dgr lagu lagu ning, kalu re soghe, re pase lagu laing..."

aida...
kalau maksu kring kring dahulu
aida pulak seminggu dah bagitau
lagilah senang, slow-slow kak ida sapu
macam kak ida cakap kat maksu, buatlah surprise, pasti terkedu

janganlah kak ida jadi idolamu
sumpah! banyak lagi kelemahanku
ambillah siti fatimah radhiallahuanhu
kak ida pasti your hubby two thumbs up to you!

Keramaian hubby sebenarnya prefer wife jadi h/wife, truthfully diaorg lagi tenang. Hubby kak ida pun selama ini dia sembunyikan sahaja sbb tau k.ida nak kerja, until one day dia habaq gitu, i was shocked. Tapi, masa mula2 ckp dia habaq jgn terkejut ye, I lebih prefer u tak kerja, oh! masa tu rasa sungguh dihargai...

dua perkaralah kena tahan cakap orang and bab2 duit, no gajilah!

Ibu WA Alim said...

Kalu mok pong kata ggitu gak.. sahla beto!
Cy pun nak usaha bia jd idola jugak la..

aida said...

adeh deh.. cik yah, cik yah lagi dahsyat.. terus jadi mak instant dengan 6 orang anak. mungkin cik yah pula kena share experience jaga 7 orang tu!

p/s: kak da, mmg suami aida nak suruh jadi surirumah pun.. lama dah dok sebut, tapi asyik kena on hold je sebab gaji dia belum mampu lagi.. skrg ni pun aida yang bayar nurseri & tadika every month (RM 720 you!, tahun depan fawwaz masuk tadika, jadi RM 840 lah sebulan. botak kepala!)

nida said...

cy...u're always my idola, sapa loni ida ingat lagi kata2 umi.."cy tu sgtlah penyabar, sbb itu Tuhan uji dia begitu". Tiap kali rasa kesukaran , mesti ingat kat cy yg lagi tabah dan sabar, baru rasa Allah uji ida kecil jer..

aida..itula cy should share her experience. i'll tell a true story pasal bab x cukup gaji later

Mohammad said...

(nak mencelah gak he he..)...

i believe it is the most natural thing for a women to be a HW, particularly when the children are young. Children learn most when they are below 6, they develop most of the important skills at this stage esp those related to brain functions (refer How to teach your babies how to read by glenn doman).

families are the building block of any good society, childrens are the future of the nation. We can only have good future for our children only if they are nurtured at young age - and that to me means having their mother as a "personal tutor" at home when the children are young.

the West only quite recently realised this, after going through the experience one or two generations, and now they are reverting to the good 'ol days...better benefits for working mother etc. Here in the UK, a working mother can take a very long maternity leave (6 months or 1 year if I got it right, need to double-check) and not lose their job.

In developing nations like ours, women are increasingly expected to work, more out of necessity rather than out of choice (high cost of living etc etc) and at the same expect to have "masyarakat penyayang" (one of the pillar in V2020 if i remember it correctly). It is ironic, very ironic.

And there's really nothing fundamentally wrong to have a women with a university degree to be at home personnaly tutoring and educating the children, in fact it is a lot better for the children's sake, providing that the husband can be the sole bread winner for the family making the ends meet.

I probably should blog on this one day...hu hu

Mohammad said...

forgot to end my comment with "Vote for me as your next MP"..he he...

Ibu WA Alim said...

Nak teriak pulak dahla Cy..dgr umi kata ggitu..
Pd Cy, umi tu la idola..dulu tak reti sebut idola2 ni..Cy rasa dialah contoh isteri dan ibu mithali..sekrg2nya pd Cy la..
Ingat lg ko umi dulu2..kita org kan masa budak2 selalu gi cuti2 Msia kKota Bharu..time cuti sekolah..rumah d Lrg Che Mat Baba..d Telipot..d Cbg 3..d rumah sewa mama-ayah (Che Yah)..d Baung ni..
Cy tau..dia sibuk mengemas rumah..menjaga anak..memasak..
Kalu dia dah siap mmasak dia suruh kita org make..kita ajak dia make sekali..samada dia takse @ dia make sikit jah..sbb dia tunggu make dgn suami bila suami balik..Cy ingat peristiwa ni masa d Telipot..tp masa lain pun sama jugak la dia..
Lps tu dekat2 suami nak balik mkn tgh hari..gi mandi..tuka baju lain..padaha pg td dah mandi..ptg mandi pulak..Cy ingat ni masa kat rumah mama ayah..
Ingat lg..kita rama2 dok tgk TV..dia lalu alah ke luar..gi akat kain..pah tu dia lalu alah ke dale..mcm2 la uruse dia..kalu kita ajak mari dudok tgk TV..samada dia ketawa2 kecil sambil berlalu atau dia bereti duduk..nnyege dgn bako kain d hujung tgn dia..pahtu tgk2 jenero dah he..ni d Baung dah ni..
Baca Qur'e lps semaye..semaye jemooh dgn suami..Cy ingat ini d Baung jugak ni..
Pah tu anak dah besa2..gi jemooh ssura dgn suami..
Dan Cy tak pernah dgr dia mengeluh sekali pun..kata letih ke..payah ke.. ggapa ke..
Sbnrnya kualiti ni Cy tak jumpa dulu pd org lain..tp Cy jumpa pd umi..
Tak tau la..kita pon buke gi tgk isteri @ ibu org lain..

Ibu WA Alim said...

Cy publish kali ni tubik 3 sekali..hak atah tu..Mohammad, Mohammad dan Ibu WA Alim..
Masa Cy tgh taip td hak dia tu tak masuk lg..
Sdpnya dgr adeh..deh..Aida tu..

Ibu WA Alim said...

Cy tak sabar nak tunggu bab tak cukup gaji tu..
Cy rasa kalu kita takleh capai kualiti surirumah sepenuh masa mithali..baik kita kerja..spy masa kita terbhg dua..medan tempat kerja..dan medan rumahtangga..agar kita tak jemu dok menghadap satu medan saja..penat d tempat kerja dgn penat d rumah tangga tak sama..agar kita dpt pula jd surirumah separuh masa mithali..
Tp kena pastikan nursery tempat kita anta anak kita tu beri didikan yg baik..
Okey tak?

Ibu WA Alim said...

Vote for me as your next Ketua Biro Pengaduan Wanita..

tinidewi said...

Assalamualaikum,
Uhuk uhuk patut la tersedak-sedak. Namaku ada disebut-sebut dalam ini blog hehehehe. Oh, impian saya lah tu nak jadi housewife. Tapi, husband cam tak yakin je, sebab saya malas buat kerja-kerja rumah. Tapi, dia memang sukalah kan kalau kita jadi full time housewife. Mak lagi la tak yakin. Yela... biasa parents ni mcm rasa tak berbaloi je sekolahkan anak-anak, lepas tu end up jadi housewife jugak. Sedangkan full time housewife ni banyak contribution to the family institution and the society in whole.

p/s: Amacam K.Da? Dah start tulis food journal ke belum? OK ke tea mix? Ada rasa perubahan tak? To those yang rasa susah nak tulis food journal, guna saja Google Calendar :-) Saya dulu guna google calendar saja untuk get more insight of my "pelahapan". Now dah tak perlu tulis journal lagi, sebab Insya Allah dah boleh kontrol nafsu :-)

p/s 2: Darat? jenuh la saya mengeja da alif ra ta tu. rasanya betul la kan darat? errr.... tapi, apa maknanya?

Yasmin's Mummy said...

iwa.. you forgot to mention another thing: nida's umi is also anak dan kakak mithali. most of us adik2 byk terhutang budi dgn dia, mcm talian hayat lah :) rasa sedih lak bila dikenang2 masa kecil dulu.
my view, agak sukar jadi suri separuh masa mithali (or may be it's just me). bila dah penat campur dgn kena marah dgn bos, balik rumah cepat je putus fuse kat anak dan hubby. jgn sampai yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran...

nida said...

mohammad..hmmm..sebenarnya h/w ni byk membantu negara, cuma x nampak jer. maklum sajalah kerja nyapu sampah, mop lantai, gonyoh tandas, jaga anak, tak de pemimpin nampak kelebihannya. h/w byk bantu kurangkan pengaliran wang keluar negara sebenarnya..

Terasa gak nak tulis surat kat JPA minta dihapuskan hutang, dengan alasan walaupun jadi surirumah contribute gak pada negara, rasanya depa terima x alasan tu?

Want to be MP, ka?! I vote for you!

p/s: selalu tergelak bila people introduce me as h/w with master, (latest hubby aida introduce to hubby tini). Time dok scrub the toilet.. selalu terfikir i'm a h/w with master?! sambil2 dok tonyoh bowl toilet tu..then gelak sorang2...heee

cy...
aduhai cy ni, nok teghiok pulok ko? Jgnla gitu, tau jadi surirumah ni bila ada yg menghargai rasa terharunyer, almaklum saja, sapelah nak pandang kiter...

Seingat2 ida, tak pernah umi menjerit2 marah kat kami anak2 nih, tak tauler kenapa sifat nih x menurun kat ida. Lagi satu umi cakap, dia dah biasa jaga adik2 yg ramai itu, so setakat jaga anak2 tu mcm kacang goreng kot..

umi tak pernah mengeluh atau kata payah, in fact umi cakap, umi dulu anak rapat2 jgk, tp tak dela nampak susah mcm kami ni. Bila ida dok pot pet pot pet kat umi pasal bab2 jaga anak ni, umi pujuk, "ia akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sedari. Bila dah tua esok2 kita terfikir balik, entah camne kita mampu jaga anak2 yg rapat ni." Itu kata umi...oh! rindunyer kat umi..

p/s: i vote for u too...

Dearest Tinidewi...
tq 4 dropping by. Mmg this gurindam actuallynya ditujukan khas to both of u (+aida), yg k.ida nampak begitu eager utk bertukar profession. anyway, pasal hubby kureng yakin tu, k.ida ada story gak, heee..byk sebenarnya story to share tapi limited timela...

about tea mix tu, k.ida mmg letak ciput2 jer, takut cpt habis, hee.. K.ida mmg jenis x tido siang hari sbb anak x tido siang, so, i'll give u feedback in a few weeks time. Food Jurnal tu k.ida tulis tangan jer, senang sikit. nak mengadap komputer ni tau jelah with kids....nipun nak sudahkan menaip komen, entah berapa kali berenti, jemur kainla, buai anak, keluar masuk toilet ngan syafiq, he's still toilet training...

p/s: about 'darat', ask your kelantanese hubby, it's a kelantanese word.

ym..
all credits should go to umi, mok pun sokmo puji umi depe idala, depe umi dok pulok..he..he..

lucky for me, yr komen masuk just b4 i hit the button publish, so sempatla balas...

Alaa..maksu yang sepenuh masa (tolak perkataan mithali) ni pun kerap sgt putus fiusnyer..

aida said...

huhu, yang vote for next MP dengan vote for next ketua biro yang mahal tu :D :D :D

i can't wait for your next story about gaji - camna manage bila jadi housewife. one h/w friend cakap, dia kena letgo keinginan nak beli handbag kasut semua.. importance on necessities or want (nih aida belajar kat blog mar, kisah anak kembar dia tak cukup bulan. seorang dah meninngal, seorang lagi spastik.)

bila dok teringat kak da ada masters, sebenarnya bagus apa ada housewife educated. boleh la cerita-ceriti pasal isu dunia (bukan isu yang jaga tepi kain orang tu ya). memanglah, kalau dok rumah, orang akan cakap macam kita ni tak kenal org lain etc.. biasalah tu kak da. even aida yang kerja ni pun beramah mesra gitu-gitu je ngan jiran. bukannya tak sudi, tapi aida pun jenis malas nak gossip gitu gini

Ibu WA Alim said...

Beto la kata Tini tu..parents expectations tinggi terhdp anak hak dia sekolahkan tinggi2..
Cy pun mcm Tini jugak..lama dok eja..takleh nak puko..sbb mu spell jawi in rumi kot Da..?
Cy setuju..anak dan kakak mithali tu..mmg mok refer umi & ayah mad as anak2 yg taat..hak lain2 bbwh as anak2 yg degil..tolak la kot 3 anak2 bongsu dia tu..Cb & Cn tu pong tak masuk kot..yg pasti..Cy, Cz & mulah ayah ngah masuk dlm kategori degil ni..Al Fatihah utknya..
Umi dpt suami pong..jd abe ipa mithali kita org..mmg dua2 jd talian hayat keluarga..byk jasa..dan kedua2 jd idola2 kami..dlm byk hal..
Surat utk JPA tu..teruskanlah..mungkin dipertimbangkan dlm keadaan politik skrg..
MP tu ggapa..tak ceka' nak puko ni..
Cy pong bele2 dok kata umi tu idola..tp hhere jugak tak nnurun..sifat2 kelembutan seorg ibu-isteri-kakak-anak..sifat2 ketaatan..tak nngikut jugak ciri2 HW yg spttnya..
Cy rasa mmg sgt ketara perbezaannya pasa ketaatan anak2 zmn dulu2 dibandingkan dgn anak2 zmn skrg..mcm Cy pernah mention d blog ayah mad..
Mungkin sbb dulu2 pengaruh luar/asing krg..berbanding zmn skrg..mcm2 pemikiran yg dibombat kat kita punya kepala..
Mcm Cy pernah kata la..kalu kita tgk drama/filem..ia byk sgt mengesyorkan kita menentang fahaman lama..dgn kata lain..menentang ibu bapa kita sendiri sbnrnya..
Secara halus je..disebut biala anak2 buat pilihe sediri..tp kalu diperati/teliti beto2..dan kalu silap arah..ia berbalik kpd tak ikut ckp ibu bapa..
Cy ni agaknya terlocate between 2 zmn..sbb tu serba tak kena kot..

Ibu WA Alim said...

Cy publish kali ni tubikt 2 sekali pulak..hak Aida dgn hak Cy atah tu..
Pasa krg beramah mesra dgn jiran tu..teringatla Cy masa dok kampus dulu..kalu saen2 mari bbilik pon Cy tido kdg tu..so saenlah terpaksa take over jd tue bilik..dia org dah biasa dah la lagu tu..sbbnya..malah nak laye bergosipin..ada baik..tp yg buruknya..tidola sedap tu..
Untung jd org berbudi ni..dikenang2 org yg menerima budi..jg org2 lain yg melihat cth tauladan yg baik ini..sapa bila2..
Kalulah dikupo2..jdlah amal jariah yg berpanjangan..dijadikan doa..oleh anak2 dan adik2 dan org2 lain yg soleh2..

tinidewi said...

aloh... payoh nok pahe oghe hok blog sini kecek. kawe angguk angguk ja deh.

teringat ameer dengan anak K.Da tu gapo dio namonyo, dok main game samo. mula tu pelik lah hok budok ni kecek. kecek kelate ghupanyo, dok ghoyak kat Ameer, payoh-payoh sambil jari dio dok ketuk2 keyboard :-p

Ibu WA Alim said...

Ssie ko mu Tini..tp molek jugak mu royat..nati laen kali Cy cuba lbh standard..ralik pulak..tak ingat kata..blog ni open..

nida said...

aida..x ikut sgt perkembangn dunia, malas nak berebut tv ngan anak2, suratkhabar pun x baca, harap kat internet ajer, tupun byk gangguan..

cy..tulis jawi kot rumi bunyinya sopan sikit, dari sebut direct w/pun maksudnya sama. About JPA rasanya depa x terima kot coz loni dok berbalas e-mel ngan org JPA kes tersilap jumlah bayaran balik yg depa tulis thru internet. Awal2 dulu betul, x tau mamat/minah mana pi main tekan2, tiba2 jadi dua kali ganda + cara kiraan mmg sah2 salah.

tini...he..he..u've been married to kelantanese 6/7 yrs? Patut dah fasih nih! kelik ni, make budu banyok...my eldest son, Imran. addicted to game + can speak BM, BI, slang kelate + dok belaja mandarin thru kartun...diaorg asyik2 tukar to mandarin language n gelak2..

Ibu WA Alim said...

Mujo Ida ni paka matematik..blh counter back balik..
Pandanya anak Da..blh kkecek Mandarin tu..
:D:D:D tu ggapa Da..byk tak pehe Cy basa siber ni..oo..pehe dah, pehe dah! Baru ingat Munirah guna hak ni dlm sms..

POK BE LUMY said...

darah umi yang mengalir dalam tubuh cek da tuh...menurun ko demo la tuh...proud of you sis...berani ore oyak kakak ambo tukang gaji...dio tak kenal kot adik2 dio hok 4 ore belakang cek da tuh....

kami adik2 snts dibelakang kakak kami...when u need us!

POK BE LUMY said...

darah umi yang mengalir dalam tubuh cek da tuh...menurun ko demo la tuh...proud of you sis...berani ore oyak kakak ambo tukang gaji...dio tak kenal kot adik2 dio hok 4 ore belakang cek da tuh....

kami adik2 snts dibelakang kakak kami...when u need us!

POK BE LUMY said...

darah umi yang mengalir dalam tubuh cek da tuh...menurun ko demo la tuh...proud of you sis...berani ore oyak kakak ambo tukang gaji...dio tak kenal kot adik2 dio hok 4 ore belakang cek da tuh....

kami adik2 snts dibelakang kakak kami...when u need us!