17.7.08

Hidup dengan apa yang mampu sahaja

Tak taula kat mana nak start, Anyway, kami bermula dari bawah, I believe every marriage diuji. So, do we. Kami sentiasa diuji dengan masalah kewangan. Susah senang kami tanggung bersama. I still remember till today, how we struggled with money. Tapi, satu prinsip kami sama-sama pegang, hidup dengan apa yang mampu sahaja.


2000-2005

Masa ada anak dua, Abang dan Jat, gaji my hubby 4K ++, kami tinggal di, well, dipanggil pangsapuri, I prefer to call it as a flat sahaja. Masa tu pakai kereta kancil manual, we still have it till today, nostalgia time hidup susah dahulu. Kereta nilah kami gasak pi balik Kelantan to visit our parents and relatives for almost 7 years. Kalau konvoi pi mana-mana, nobody jump into our kancil, he..he.., takut sakit belakang katanya.

Kereta kancil ni pernah dua kali ‘terkehel’, tercabut tayar while driving. Nasib baik dua-dua kali tu memang bawak 20km/jam. Kali pertama masa nak mai melawat rumah yang kami dok loni, masa tu rumah ni tak siap lagi. Kami saja nak try jalan baru melalui perkampungan orang asli dimana kena bawak slowwww jer, takut ganggu orang-orang asli kat situ. Masa tu Lumi ada sekali. Dalam dok bawak slow tuh, tiba-tiba kami rasa senget sebelah dan bunyi sreeettttt…. Masa tu kami ternampak tayar tergolek masuk dalam pokok getah, my hubby stopped the car, and kejar tayar tuh. Tayar tu pun satu, punyalah jauh dia bergolek. Kesian I tengok my hubby dok kejar tayar tuh….

My in-laws called this incident as rombongan Che Kiah Ke Putrajaya. Cerita ni memang ada kat TV. Kes tayar bas tercabut while on the way to Putrajaya. Dah tayar tercabut, kami pun berkelahla kat tepi ladang getah dengan anak2 kami yang dua orang tu sementara menunggu bantuan tiba.

Kali kedua it happened dua tiga langkah sebelum masuk pagar rumah kami, tiba-tiba tayar tu ‘terpeliot’, tak sempat tercabut, tapi memang kereta x leh gerakla. So, jiran-jiran yang baik hati pakat tolak and tolong2 nak repair, tapi kami hantar workshopla senang.

Memang sekarang kancil ni, kerap demam, selsema dan batuk-batuk. Maklumlah dah berusia 9 tahun…Jadi, kami guna kancil ni untuk hantar dan ambil anak2 sekolah je (3km away from home)

Well, masa tu memang mampu pakai kancil je, walaupun ramai yang pot pet prĂȘt prot, kami buat dekkk jer. Bukan apa, orang lain memang tak tau masalah kewangan kami kecuali kami sendiri, so why bother?

Begitu juga baju anak2, memang pakai baju tak de jenama. Walaupun kerap disindir, tapi, kami ni alhamdulillah, dianugerahkan Allah swt, telinga besi, buat2 tak dengar je. Manala kami mampu nak beli Oshkosh(betul ke eja?). Tapi, hati mak mana tak sedih. Kalau ada duit, nak sangat-sangat beli baju berjenama untuk anak-anak. Sape tak nak tengok anak bergaya? Tapi, memang x mampu…so, kami cuma fikir satu aje, asal anak kami tak berbogel sudahla….

Kami?! Kami dok ulang pakai baju sama jer. My hubby lagi kesian, pi ofis pakai baju murah-murah aje. Baju yang dah berlubang (kecik tapi nampak) pun dia pakai, selagi tak de orang tegur. Bila ada office-mate tegur, dia cakap, “Oh! Ye ke? Tak perasan…”. Padahal dia dah lama tau, saja2 buat2 tak tau. Lepas tu baru dia stop pakai baju berlubang tu…dua tiga pasang gakla dia dok taram baju berlubang pi ofis..

There was time bila my hubby tak dapat gaji sampai 3 bulan. We hardly smile masa tu. I just told my hubby, “Kita tak makan tak pe, jgn sampai anak2 tak makan sudahlah.” Alhamdulillah, dalam keadaan perit itu, kami tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Malah kedua-dua ibubapa kami pun tidak diberitahu kesempitan kami.

There was also time when kami tak mampu beli baju baru except for raya. Itulah bila mak jiran sebelah datang, ingatkan kita ni orang gaji…sabar jelah. Dahla masa tu tengah 6 months pregnant, tapi sebab kempis kot tak nampak heee…Ingat lagi, masa tu dok jemur kain, dek kerana tok terfikir kata-kata makcik tu, terperosok jatuh dalam longkang. Nasib baik kandungan tak de apa2...

I can consider my hubby lucky too, sebab his wife tak suka sangat kat barang-barang kemas. If not I bet botak my hubby…heheh..sori yek puji diri sendiri…Furthermore, I’m not the kind yang suka ada handbag byk, kasut byk yang kena suit2 dengan baju. So, truthfully I never had a handbag since hadiah kahwin tu…my hubby dah offer byk kali loni, entah rasa janggal lak. Furthermore, kalau asyik kena tumpah susu nak buat apa. Tunggulah anak-anak besar dulu.

I’m the kind yang suka tunggu barang2 rosak dulu, baru beli baru. So, kasut, selipar, sandal, handphone kena tunggu sampai rosak dululah, baru tukar. Astro pulak kami takde sehinggalah tahun 2005, pindah masuk rumah ni, barulah pasang astro. Tupun kes tak de siaran boleh diterima kalau pakai aerial biasa dek kerana terblock kat bukit nan indah.


2006-now

Alhamdullillah, Allah swt murahkan rezeki. We always said rezeki anak (sekarang empat orang). Kalau anak nak beli berus gigi yang berbentuk spiderman ke, ultraman ke, bolehla beli hee…heee…Baju anak still tak mampu beli baju Oshkosh, tapi bolehla beli jenama Kiko alahh… jenama yang orang-orang biasa dok beli. Still beli lagi baju2 tak berjenama, untuk senang anak nak melasak. We manage to buy another car, Avanza, untuk lebih selesa balik Kelantan. Itu yang paling termampulah….

Itu sajalah yang kami boleh share pahit maung kalau sorang jer bekerja. My hubby selalu cakap, duit banyak mana pun, tak pernah cukup. Bak kata pepatah, besar periuk, besarlah keraknya. So, to me it's how to manage our own money. Itu saja. So, itulah sebab kami hidup dengan apa yang kami termampu aje.

18 comments:

Ibu WA Alim said...

Hm..berbaloi tunggu post ni keluar..Blh bg tabik spring kat Ida & Re..Ada ciri2 anak ayah & umi..
Kisah ccabut taya ni..blh bayangkan..krn Cy pernah alami..masa naik bas rombongan nak gi Jeram Pasu..masa T4..thn 1980..sama..nampak taya ggolek..dan bunyi sreeek tu..and at last kami berkelah ttepi jln tu..
Mmg tak sapa JPasu masa tu..dan sapa 1st time pon masa dah kerja d KT..tu pon dah kena tingga sbb tak muat kereta kot..tp sbb semangat nak join the rombongan perkelahan..naik bah gi..3 ore rasanya..tp tak ingat dgn sapa..
Cy ingat sekali tu ada bg Ida baju Alim yg dah tak muat..Ida kata rasa mcm org miskin je..tp Cy tak bermaksud begitu..tak tau pun keadaan Da..cuma Cy sayangkan baju anak Cy..jd nak bg pun kat org yg kita sayang jugak..
Mmg Cy punya prinsip pun selagi blh pakai..pakai..dan Cy tak kisahkan jenama..mmglah kalu dipikir2..kalu kita biasakan anak2 kita dgn jenama..besok2 dia blh maintain ke terus dgn jenama tu..nasib masa dpn..tak dpt kita tentukan..tp kdg2 melaram jugak anak Cy ni kan..tp bkn dgn jenama yg mahal2..
Cy rasa mulut jiran2 Cy ni tak celupa je..Cy masih dgn imej kekampungan..paka kain sarong burok..baju burok..sapa mok tego jugak kalu dia mari..huby pon tego..ee..ni bkn kg la..
Hubby Cy paka jugak baju yg dah mula ttarik bene tu..pahtu blh dia suruh wi ko're baju tu..Cy kata sapa nak paka baju lagu ni..ee..saya paka gi pejabat tu..dia kata..
Tak dpt gaji sapa 3 bln?..Sedih jugak tu..tp baguhla..sbb tak sapa berute..tabik lg la..de tak bg tau ayah umi..
Cy pon pernah jatuh dlm loke masa nngandungkan Alim 3 bln..pun Alhamdulillah takde pape..
Ada persamaan dgn Cy..tak suka brg kemas..handbags..kasut..tp hubby botak jugak..
Bkn tak suka..suka..tp tak ikutkan sgt..sbb dulu2 dok tgk adik beradik dok beli benda2 tu..pahtu hak lama sikit tu terbiar..terbazir..rasa mcm sayang gak la..pulak2 kalu kita tgk koleksi org byk2..tp tak dimanfaatkan..
ASTRO rumah Cy awa thn ni baru pase..
MMg Tuhe bui kita ni mcm ni..tak rakus..bab2 ni la..tak pandai bergaya..de Tuhe tutup mata de hati kita kat benda2 mcm tu..kalu ore lain bergaya pun kita tak perase..dahla kita tak ccapo dgn org2 yg class2 ni..sesua dgn kemampuan kita..kalu tidak ppala kita kot botak dulu banding hubby..
Anak cucu Cy pun paka jenama kiko..mampu jugaklah beli berus gigi spiderman tu..sama kot kita ni..tp kereta kita org sa jah..!

Mohammad said...

Tima kasih atas perkongsian. Alhamdulillah. Boleh saya belajar, iA. Yang penting, hidup sentiasa dlm keberkatan Allah swt. Didoakan moga hidup kita diberkati & dirhamtai sehingga ke akhir hayat.

Dalam hal harta benda ni, kita perlu sentiasa ingat utk tengok orang yang lebih susah dari kita, spt yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Amalkan gaya hidup yg serba sederhana..

Memang hebat ujian, tekanan dari masyarakat & nafsu sendiri untuk hendakkan benda2 material ni. Moga Allah swt sentiasa kurniakan kita kesabaran hadapi ujian2 sebegitu. Dan jadi hamba yg sentiasa bersyukur atas segala nikmat yg diberi.

sekali-sekala treat tu tak pe la, kan? bulan posa tahun lepas kami ada la pegi berbuka sekali kat restoran lima bintang...ok tak?

Alhamdulillah, kami masih bertahan..belum ada astro kat umah walau pon mampu. Masa depan tak tahu lah camna. Stesen2 yg dah ada pon tak abis tengok he he. Somehow idup orang kita terlalu centralized pd tv, ye tak?

TV kat umah tu pun 2nd hand beli kat ganu dulu. Keta wira dulu pun 2nd hand, skrg masih ada. Bila accident bumbung hampir hancur Alhamdulillah, ada lg rezeki masih boleh pakai keta tu.

Banyak rezeki Allah swt bagi. Syukur dulu mula2 kerja luar KL. Dua tahun keje tak yah pakai keta. Naik basikal g keje hari2. He he ;P

Alhamdulillah, kita dididik utk hidup dgn serba sederhana & syukur dgn apa yg ada, ikut kemampuan. Teringat masa sek. rendah menangis tergolek-golek atas katil sampai tak leh tidur....pas tu barulah M "luluskan" lima ringgit utk beli kamus bergambar "pictionary"..

aida said...

thanks kak da for sharing your experience. of course, this is what exactly i learned from arwah kak shiqin (my senior yang meninggal sbb accident kat simpang IOI resort & anak 7 bulan still lactating).

sebab tarikh kahwin kami rapat-rapat, sebelum kahwin, dia bagi tazkirah pasal duit. jangan sekali-kali bagitau masalah kewangan suami isteri kat sesiapa, termasuk mak bapak sendiri. in fact, itulah yang aida dok amalkan semenjak dari mula-mula kahwin dulu.

macam kak da tulis, bab necessities and wants tu, mmg betul. kawan-kawan yg jadi housewife, semua dok cakap.. nafsu nak beli handbag ke, kasut baru ke, semua dah luntur dengan sendiri. sebab needs anak-anak tu lebih penting (tapi jangan tak caya, tailor aida/aini cakap, surirumah yang dekat rumah dia, lagi banyak kain hantar sebab satu event, pakai satu baju baru). mujur kita dididik macam gini, terima dan hidup jelah dengan apa yang kita mampu.

as for me, wants to masih banyak lagi. tapi mmg dah banyak slow down. and aida pun takde nafsu nak beli mekap, atau beli barang kemas cam kak da. except i couldn't satisfy my cravings on books lah. tapi dengan aida gaji nearly RM 4000, sebenarnya aida dapat save RM 1400 sebulan. lepas dah buat saving, baru pakai duit gaji untuk belanja harian.

insya Allah, macam kak da tulis.. rezeki anak-anak tu sentiasa ada kan?

Ibu WA Alim said...

Ameen..ameen Mohammad..nak la hidup dlm berkat dan rahmat Allah..InsyaAllah.
Pasa Astro tu..bkn isu kemampuan lg..sbb dia dah jd mcm handphone..budak sek rendah pun blh paka..
Kita org ni rasanya tertipu jugakla bila Astro buat caj pemasangan cuma RM50..wp dok ingat dah bab2 many2 channel tu..
Bestnya gi kerja naik basikal..dan bestnya bygkan Mohammad tergolek2 tu..
Alhamdulillah dgn didikan kita..tk kpd parents kita..tk kpd brothers and sisters..inlaws..nieces yg menunjukkan/mengekalkan cth tauladan yg baik..
HW yg 1 event - 1 baju tu..suami dia loaded tu..Aida.
Hm..mekap tu mmg tak jd favourite keluarga kita kot..sbb tu Cy kata keluarga kita tak panda jjangok..except Cn & Cz masa muda2..

aida said...

CY, kalau dok area bangi, staff aida yang makcik-makcik ni cakap pening tgk housewife. sebab pakai baju cantik-cantik yang liplap dok rumah (nak bergaya kat suami kot?), siap ada maid tolong servekan makanan you! itu mmg kes suami loaded-lah

kalau kita ni, tak mampula nak bergaya. janji kemas sudahlah yer kan?

bab jjangok tu, ha CY dah sebut dulu. CN & CZ je dari aida kecik sampai loni dok jjangok! cuma diaorang pun jjangok, takdela beli barang kat kaunter hok branded kat shopping complex nuh kan. jjangok pun ikut kemampuan, hehehe

ayah su, aini suruh tanya, kat rumah aida ada satu extra baby cot (kawan bagi), che lin nak tak pinjam baby cot tu? aida & aini lambat lagi kot nak dpt next baby.

Ummu Auni said...

hmph, pening baca komen yang ada. kalau aini tak komnen pun tak apa kut...dah berjela orang lain komen. anyway, bercita2 nak jadi housewife sebenarnya....baju kita org pun tak branded mana, baju anak2 pun tak branded mana. asal boleh hidup,. cukup makan, Alhamdulillah

nida said...

cy...umi n ayah tu, struggle lagi byk dari kami nih. Ida pi ckp gitu ke kat cy, ish! apo mulut nih? tukaq balikla...tq byk2 kasi baju alim tu. pasal kereta tu cy, kancil tu bukan setakat demam jelah, pernah 'sakit jantung', tu tak berani nak bawak jln jauh2 dah, cy taula KL-KB, segan gak dulu dok pinjam2 keta SIL...

mohammad...amboih! tak ajak pun kita pi bukak pose sekali... hee..he.. yela ayah su, kena reward gak sekali sekala, supaya lagi motivated. Nipun kami tak yah bayar rumah sampai bulan March thn depan, hubby fork out dianyer epf. Actually, kami diberi 3 opts: nak kurangkan bayaran bulanan, cepatkan habis bayar or rest dari byr. Hubby opt 3rd onelah. Tu 'galok' sikit loni...he..he.. Alhamdulillah, bolehla hubby beli baju kerja yg berjenama sikit, seronok gak tgk dia melaram, after all those struggle...

aida...sebenarnya nak reveal the true story ni pun minta izin hubby dulu, dia kasi green light baru tulis. Yelah, maruah suami mesti dijaga...

p/s: k.ida suka tgk da letak blusher, dulula, sweet je nampak. masa tu rasa nak berguru ngan da..

nida said...

aini...rindunya kat aininya komen... mcm penyakit keturunan gak yer, pakai baju x de jenama...he..he...

Ibu WA Alim said...

Biarlah dia org berliplap Da..dah dia mampu..
Tak rasa pon nak paka branded kot..sbb tak diajar begitu..lg satu..cabaran kita di ibukota lbh besar..sbb masy sekeliling kita sedemikian ragamnya..
Aini, sbb tu ke jrg nampak kelibat..sorila..Cy ni jenis tak reti meringkas..serema nak cerita..
Jgn2 dah tertake over jd tue blok adik2 dan anak2 sedara..
Hm..ggalokla pulok..
Cy lupa nak minta izin Da..
Aini ni test Cy..kot ni?
Mmg dah beto2 tertake over rasanya ni..! Oops!

Yasmin's Mummy said...

wow masuk sini tengok2 dah banyak comments.. tapi tak kira, nak mencelah jugak :)

alhamdulillah Ida dan hubby dapat melalui cabaran hidup. mmg hidup ini penuh dgn ujian kan.. Ida di awal perkahwinan diuji dari segi rezeki kewangan.. maksu pula diuji dari segi rezeki zuriat.. I see the tests as a blessing in disguise because it reminds us of our vulnerabilities.. that ultimately we have to depend on God..

cakap2 orang is a reality in our society. jangan pula "if you can't beat them, join them" :) .. pekakkan telinga, though that is easier said than done. Some people suka menyindir, some pula sebenarnya bertanya out of concern without realizing that they've hurt the other party's feelings..

My experience is different from yours. Masa bekerja dulu, memang boleh beli macam2 utk anak. Sometimes we buy them but as a treat, certainly not as a lifestyle. Barang2 branded.. kalau mampu dan good quality (eg long durability) tak salah rasanya kalau dibeli. Kata orang ukur baju dibadan sendiri. Pakaian.. pernah beli mothercare for Yasmin.. brand lain tak pernah, kalau ada pun org bagi as presents or hand-downs.

Now we're learning to live on one income. Mula2 rasa gerun juga, mampu ke? Tapi alhamdulillah we manage. We human beings have strong abilities to adjust ourselves to our circumstances.

Cakap2 orang? Memang ada, but usually I just 'shut down' whenever I hear negative remarks. Believe it or not, some are from your own relatives.. but I take it positively that they are just concerned.

My DH is also lucky because I'm not a fan of handbags, shoes and makeup. even when I was working, I seldom splurge on myself. mmg suka tengok baju cantik2, tapi kita spend prudently lah.

We have our weaknesses. Kami suka pergi holiday! Dulu DH dapat leave passage, best lah kami jalan2. Now kalau ada budget kami pergi, kalau tak de, we'll just stay at home. Makan luar dan jalan2 kat mall pun dah banyak cut down. Actually this used to take up a lot of our time and money.

Now I'm more conscious of my spending. Dulu tak payah nak fikir panjang, coz it's my own money. Now rasa guilty kat DH.. dia dah penat2 kerja, so I better spend wisely. Rasanya I'm more appreciative of my DH now, realizing that every grain of rice on the table is from his hard earned money.

Pasal housewife pakai liplap2 tu, biarlah dia.. may be dia mampu, may be dia nak buat hubby dia happy, or may be it makes her feel better/more confident. Tak salah rasanya dia ada maid. Tak semestinya bila jadi housewife tak boleh nak melaram kat rumah or have to do all the houseworks by herself. Ikut keperluan dan kemampuan masing2 lah. Sori Aida, bukan nak bash Aida, jgn terasa ye. It's just my pov. Sometimes it's too easy for us to judge others by our own standards and circumstances. Padahal setiap org itu berbeza in terms of values, experience, environment, strengths, waeknesses, priorities, needs, capabilities etc. Just because our ways are right for us, it doesn't mean that others' ways are wrong for them. Sorry again.. I've been a victim of unfair judgements (not in this case la)so I'm taking this opportunity to 'luahkan my lava' :) Nampaknya I have to say sori to many people: Aida (no, this is not aimed at you. yr comment jadik trigger utk maksu meluahkan perasaan), Ida (taking up yr blog space), Iwa (taking over the trophy for longest comment), and mohammad (borrowing the term lava)..

Ummu Auni said...

kak da, agaknya memang inherited dari mok kut...sebabnya kita orang tengok asal murah dan sedap pakai, ok jer...kalau tengok orang beli osh kosh tu nganga jugaklah..kekadang tu beli osh kosh, tapi yang reject punya, dapatlah belas2 ringgit...hihi....duk fikir2 rugi spend hundreds for a piece of clothing item, sebabnya budak cepat besar. macam aini pun dah jadi habit, dari mula2 kawin duk pusing pakai baju tu je....waktu ummi gi bandung baru ni, baru order kain byk2...kalau tak sebelum ni, tak tahu nak hantar mana kain, last2 tak beli pun..i think it runs in the family, kita tengok kasut, handbag, baju kat kedai pun, tak teringin nak beli..lain macam kawan office, pantang ada baru, nak beli je...kadang2 teman je la dia orang gi MV ke, tapi tak beli pun..cuma pantang sikit masuk kedai buku :P

aida said...

mak su.. no offence at all, mmg that is your POV kan. in a way, i am not aiming it at you at all. tapi yelah, as you wrote, seorang berbeza daripada yang lain.

as for yourself, i value your courage that you take - sebab maksu nak kejar cita-cita mak su jadi lecturer. susah tu nak tukar persepsi org, mesti org akan tanya, kerja dah gaji banyak, sanggup je berhenti macam tu. in a way, it trigged my BIL asking my SIL whether she wants to be a housewife (mak su, kak ida and CY dah jadi idola aida dah ni).

as for aini said, samalah.. ummi dah ajar kalau nak beli barang branded, kena tunggu sale. setakat ni tak pernahlah tgk ummi beli barang kalau tak slash off habis price (penjimatan tu!). in a way, menurun jugaklah perangai ummi kat kami. sebelum gi beli, mesti tgk budget dan target diskaun habis baik punya. pakaian jenama osh kosh? ish, aida pun gi beli yang sedap pakai je. ada jugak la a few branded (cam mak su cakap long lasting). yang tu anak-anak akan pakai lama :)

kak da, nanti aida ajar la camne nak pakai blusher. aida jjangok masa function / raya je.. hehehe.

alamak, rasa over la pulak komen kat posting kak da kali ni. macam lawan-lawan dengan CY lak! *wink*

Mohammad said...

travel & mengembara ni memang sangat bagus...jauh berjalan, luas pengalaman. Bawa keluarga rehat & buat xtvt menarik & sihat. Tak kira la mana2, dalam negara banyak tempat...luar negeri kalo ada pitih lebih bagus juga. (seeloknya lepas naik haji la kan...mcm F & Aida...contoh yg amat bagus...) Yg dekat rumah pon tak kurang best..lake gardens, taman burung dll. Ingat dulu perkelahan keluarga di Seri 7? Aida lemas kan..

Nasyid masa kecik2 dulu, yg ni garenti YM ingat: "jauh2 berjalan banyak dilihat, lama2 hidup byk dirasa...carilah dunia sampai engkau dapat...tuntutlah akhirat walaupun dmana". Kalo tak silap YM jadi "soprano" masa pertandingan di SKGP...betul tak ;P

saya pon sgt2 suka pergi jln2. Zoo memaang minat, mcm IWA juga he he.

kat company dulu seronok, dpt g overseas free lagi he he. Paih tu dok 5 star hotel lak...melbourne, ho chi minh, s'pore. Yg best sekali g m'bourne & london naik biz class...waduhh..

lari dr main storyline he he.

nida said...

ym...he..he..bila e'body dah start ooops,ooops, after aini ckp 'poning' tgk komen berjela, mak su becomes the winner of the longest komen, x de award ke utk yg ni aini?

anyway, mak su di landasan yg betulla, bila tajuk ida hidup dgn apa yg mampu, mcm maksu ckpla ukur baju di badan sendiri. Bukan bertujuan utk yg gaji ciput je, yg bergaji lebih, belila baju branded, kalu pi beli baju x branded, boleh consider kedekut tau. ida pun kalau hubby jutawan, hee..he.. bestnya blh melaram, pakai lip lap2x, ada org gaji, x salahkan? bolehla dok blogging manjang...tapi, takut gak kalu hubby jutawan, kot dibukak cawangan lain...hee..hee..

aini...mok jangoklah, e'time k.ida jumpa dia, pasti berkebarung with latest trend of tudung. kalau pakai tudung tigasegi pun, she'll make sure style pakai tudung pun ikut cara terkini, pernah tgk mok klip kat blkg. always miss her, she always makes me laughs..

aida...raya ni balik kelate ko? erk..bolehla ajar pakai blusher tu

mohammad..ye, ye, mmg melencong jauh dari storyline, dia dah pi sampai melbourne, london, ho chi minh, s'pore...kami dok kat m'sialah...

Najah Farahin said...

kak nida,
salam perkenalan. saya kawan blog aini n aida. jumpa blog akak dr entry aini.
saya pun kira nak dikatakan surirumah juga sebab bekerja sendiri. bekerja dengan masa yg fleksible
saya pun mcm akak, takde le teringin brg2 kemas, mekap pun tak pakai, baju lawa2 lagi la takde. huhu. guna apa yg ada je kak.
seronok baca entry akak.
suami saya turut gelak part tayar kancil tercabut tu. sori sebab tergelak. sebab kami teringatkan kancil kami yg dah semakin uzur ni. dah 8 thn kancil kami.ada harapan tayar le terbang mcm akak :)
p/s; can i link your blog??
-najah-
raiyanz.blogspot.com

nida said...

Dearest Najah,
Salam perkenalan. K.nida cuma share my experience shj sbb my twin cousin + tini dok bercita2 nak tukar profession.

Baguslah w/pun h/wife, najah ada income sendiri, x dela tadah tangan kat hubby..

hee..hee..part tayar pancit tu, masa tulis pun k.nida tergelak sakan...

can, linkla, nothing much, just a housewife's view shj...

nida said...

najah..bkn tayar pancit, tersilap, tayar tercabut...

Ibu WA Alim said...

Sbnrnya bila saya mention brothers & sisters ia dah termasuk YM..sbb saya lihat life dia biasa je..cuma lbh sikit/byk ppada saya je..
Buktinya bila saya baca post dia pasa handphone..saya rasa dia pakai h/phone masa budak sekolah dah lama pakai..dan dia tak gila2 tuka h/phone mcm yg budak2 sek suka buat..
Dia pun bela kancil je..sori..