8.8.08

Batalkah Solat Bersentuh Anak Bernajis?


Diambil dari
www.zaharuddin.net

Soalan

Assalamualaikum ustaz, Saya seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Saya pernah diberitahu bahwa solat akan terbatal sekiranya anak-anak yang membawa najis (memakai lampin) dan anak-anak yang belum berkhatan tersentuh pakaian kita semasa kita sedang sembahyang, apatah lagi jika tersentuh tubuh badan. Tetapi, saya pernah melihat ada orang yang terus solat apabila keadaan itu berlaku. Saya mohon penjelasan, adakah perselisihan pendapat dalam hal ini? Terima kasih.

- Ibu musykil -

Jawapan Ust Zaharuddin

Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat.

Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah at-Tolobin dengan katanya : " Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak ) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm). Pada hemat saya ini adalah kerana :-

a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr )

Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal . Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani. cet : Bayt Afkar )

Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)

Sekian

Ust Zaharuddin


17 comments:

nida said...

cy, lepas cy ungkit pasal ni, terus cari dalam internet. Rasanya ni jawapan yang terbaiklah sebab kasi hujah dan dalil. Pada hemat ida islam itu memudahkan.

Housewife keraplah melalui pengalaman sukar menunaikan smayang esp anak2 ramai. Kalau dikira bersentuh anak batal, memang sukarlah, asyik terbatal saja..

Ibu WA Alim said...

Alhamdulillah Da dah jumpa tepat2 soalan/jawapan ttg ini..
Tp ada beb perkara yg Cy nak utarakan..
Sbnrnya isu ini tlh kita berdua bincang dulu, apb my DH masa mula2 kawin dulu begitu strict ttg isu ini..tak blh tersentuh langsung, dia akan semayang lain..dan asyik bergerak perlahan2 ke kiri dan ke kanan dlm solatnya utk mengelak apb anak2 lelaki yg blm berkhitan hampir d tempat solatnya..
Cy pun dah pernah menyatakan pendirian Cy ttg ini bersandarkan hadis kanak2 lelaki yg blm berkhitan memanjat ke belakang Abu Jaafar semasa ia sdg bersolat dan ditegur oleh Rasulullah saw..
Nampak mcm jawapan Ustaz Zaharudin ini menyokong pendirian Cy itu..Alhamdulillah, lbh yakinlah kita dgn pegangan kita selama ini..
Jawapan Ustaz Cy ini tlh juga Cy kemukakan kpd my DH, kata DH, rasanya kalu bersentuh itu sekejap, takpe..DH pun dah tak sestrict mcm mula2 kawin dulu..ttg ini..
Cy pun beritahulah dia, td Cy tanya Ustaz, kalu anak/cucu kita tu mari nak dok atah riba kita masa kita solat, blh ke kita tahan tapak tgn kita dan tolak sikit agar dia tak dpt duduk atas kita, Ustaz kata, blh, sbb sentuh tu sekejap, tp, tgklah pulak tolak tu lagu mana (rasanya yg dimaksudkannya ialah takut terpelanting ke apa budak tu ditolak kita)..
Cy rasa saranan Ustaz agar buat kandang tu (kandang budak mcm dlm cerita Rugret tu kot) dan lain2 yg Cy dah nyatakan kat post d bwh tu..utk lbh menjaga solat kita..dr segi kualitinya..taklah kita terlalu bermudah2..sbb Cy mmg tanya soalan 'mmain nnusuk' tu..
Ustaz pun ada sebut org Arab khitankan anak2 masa baru lahir utk elakkan masalah inilah..dan yg Nabi dokong tu bayi perempuankan..?
Satu lg, jawapan Ustaz mungkin dr segi tasauf sekali bkn sekadar feqahnya sj..
Tp, Cy setujulah, kalu sampai tak buat yg wajib sbb rasa susah tu..ambillah yg lbh mudah..
Dan jawapan Ustaz Zaharudin tu jelas sekali utk dijadikan panduan kita semua..
Sorilah dah membuatkan Da 'marah'.
Wallahu a'lam.

nida said...

cy...sori kalau terkasar, tak marah kat cy sebab cy always MLA..mmmmuah.

Ida sebelum ni mmg pegang tak pe anak sentuh kita time smayang due to story hasan n husin yg panjat Rasulullah saw. Pastu bila pi rumah MIL, bila ida smayang dia selalu ckp x leh tersentuh time smayang, batal. Ida naik confuse. Dok umah MIL, okla, time kita smayang, dia jaga. Tapi, bila dok umah sendiri and fulltime h/w, sapa nak tengokkan?

Tu yg ida tanya pada cy, tapi ida ingat jaw. cy sama cam MIL la, cy punya hujah lagi konkrit sebab anak pakai pampers. Masa tu ida fikir betul gak cynya hujah. since, x de internet yg blh senang2 jer cari jawapan pada permasalahan itu, ida pegang kata2 cy n MIL.

Untuk tidak bersentuh, Ida pernah smayang dlm bilik sorang2, anak2 kat keluar ketuk2 pintu mcm nak roboh n nangis melalak2, x khusyuk jgk semayang. Ida jadi terfikir sorang2, x kanlah sesusah ini. Islam kan memudahkan, tapi ida x de jawapan masa tu.

Ida call Dr. CT, tanya pasal cerita hasan n husin tu, dia kata pernah dgr, so, ida pegang balik pegangan lama blh bersentuh tapi still terfikir psl pampers tu.

Alhamdulillah, dah ada jawapan yang pasti.

Ida bukan marah, cuma melepaskan rasa x puas hati, sebab org laki x pernah faham masalah yg dialami oleh surirumah, kesukaran menunaikan smayang. Biasanya kalau dengar ceramah pun, byk yg kata x blh, tapi tidak memberi alternatif. Ini menyebabkan ida rasa sukarnya jadi org pompuan...

Contohnya, kalau pasal wanita, ustaz2 suka sebut pasal wanita ramai menghuni neraka, tapi jarang2 disebut alternatif yg 19 hadith utk wanita tu.

Ataupun kalau cerita bab isteri wajib taat pada suami tapi jarang2 disebut bagaimana seseorang suami patut melayan isteri seperti hadith2 yg insyaalah akan ida postkan nanti..

nida said...

cy...blh share x story yg kisah kanak2 x berkhatan naik blkg Abu-Jaafar dan ditegur Rasulullah saw tu. Interesting ni....

Ibu WA Alim said...

Sbnrnya semasa kita bersembang dulu2 tu Cy dah sebut kisah Jaafar bin Abi Thalib ni kat Ida (sori kat atas tu dah silap pi sebut Abu Jaafar), yg menjadi dasar pegangan Cy selama ini, ttp skrg Cy dah lupa exactly the seerah, ttp lk begini, semasa sujud Jaafar dinaiki oleh kanak2 lelaki yg blm berkhitan ke atas belakangnya, tak ingatlah anak ke cucu dia, mcm menunggang tu, ini yg dikatakan kita menanggung najis semasa solat yg tak diblhkan tu dan membatalkan solat kita..
Ini selari dgn jawapan Ustaz Zaharudin tu..cuma lbh jelas :
1/ Tersentuh tak apa, tak batal solat
2/ Menanggung tak blh, batal solat
melainkan sekejap yakni cepat2 dielakkan..

Yg Cy kata tasauf tu..rasanya kalau kita nak jaga kekhusyukan solat kita, kalu blh sentuh2 pun jgnlah..diulang sekali lg..kalau blh..
tp kalu tak blh sampai membahayakan keselamatan anak2 dan lg tak khusyuk sbb dok debam debum pintu tu..terpaksalah..
Kita cuba apa yg blh dan terbaik kan..?

nida said...

Tulah cy, mcm ida tulis kat komen sblm nilah, semayang pun senget2 lagi. Masa blm kahwin dulu pun susah nak khusyuk, apatah lagi ada anak2 ni, baca pun surah2 pendek aje, sbb nak elak dari bertambah x khusyuk. Cuma yg ida tak nak sampai x smayang, mmg dok marah2 gak kat diri sbb x leh nak concentrate kat smayang...doa mmg x yah ckplah, kerapnya x sempat. Tapi, teringat, nak berdoa x semestinya atas sejadah, bila2 pun blh doa, sambil2 cuci pinggan ke, jalan ke sana ke mari kat dlm rumah ni, gitu jelah berdoa. Mcm cy katalah buat yg terbaik...

tinidewi said...

Alhamdulillah, terjawab juga persoalan. Dah lama dok tertanya-tanya. Kalau balik kampung, lagi la tensi. Anak melintas pon family in law dah kecoh. Tapi layanzz je la. Tapi kita as mothers, susah jugak especially kalau husband pegi solat di surau for maghrib & isya'. maghrib dah la pendek. kalau berpegang pada pendapat yang satu lagi tu, gamaknya sampai masuk isya' la tak solat maghrib.

now ni dah OK sket sebab rumah dah ada astro. my kids layan astro time maghrib :lol:

p/s: Kak ida, dah nak masuk bulan puasa ni. Tak lama lagi raya. Diet macam mana? Masih bersemangat lagi tak? :-)

Ibu WA Alim said...

Pasal melintas dpn org sdg solat ni ustaz baru sebut dlm kelas f ain minggu lps, katanya, nabi kata, (lbh krglah) kalau org tau akibat melintas dpn org sdg solat tu, dia takkan buat..
Ini rasanya utk menekankan agar org tak senang2lah nak melintas dpn org sdg semayang..
My huby pulak, maksud melintas/duduk/berdiri dpn org sdg solat ni bkn sekadar itu aje..tp asalkan dlm sudut yg blh dinampak oleh org sdg solat..eg.. kalu Cy lending atah katil tepi tempat solatnya..yelah..dia sdg solat tp dok nampak isteri dok nnungeng nyo ko apo..cthnya..ataupun anak2 dok meremut tak tentu pasal..logik jugak lah kan..
Tp pasal bebudak kecik yg mmg susah kita nak controll ni nak buat cam no kan..seblh yg mungkin kita berusaha..tp selebihnya..pulangkan pd Allah swt..
Sbb tu lah jugak agaknya..ustaz beritau..kita dianjurkan solat berpenghadang eg..hampir dgn dinding spy org nak melintas takleh..(bebudak tu lain cerita)..dan jarak/sudut penglihatan kita dipendek/kecilkan..dinding tempat solat tu pun ustaz kata bia plain..takyah ada gamba ke hiasan ke apa..color apa pon tak kisah tp putih lbh baik..demikian jugak sejadah..
Ustaz pon ada sentuh pasal bebunga dan rerenda pd telekung/kain semaye org pompuan..katanya..kalu pi solat terawih tu dok asyik menghitung org tu pakai renda apa..color apa..ada benarnye jugak kan..sbb Cy dok kira2 jugak tu..
Sentitif lg ke sebutan Cy ni? Tp kita semua dah dewasakan utk menilainya..
Cy sebut utk diberi perhatian/pertimbangan bkn sesaja nak menegur..
Dan Cy pun bknlah org yg luas pengetahuannya..tp nak share jugaklah kalu2 ada org yg tak berkesempatan nak hadir majlis ilmu yg Cy hadir yg tak seberapa tu..
Pandangan yg Cy utarakan pun berdasarkan pemahaman terhdp apa yg Cy dgr drp seorg ustaz berdasarkan pemahahamannya terhdp apa yg dipelajarinya drp gurunya/kitab samada d u @ pondok..
Dan kata2 manusia blh ditolak..ttp yg tak blh ditolak/sangkal ialah kata2 Allah dan Rasul (Petikan drp Usul 20 Imam Hassan Al Banna)
Sori Tini, memperpjgkan isu ini pulak..

nida said...

tinidewi...k.ida pun time maghrib paling kalut kalau hubby x balik lg dari ofis. Anak2 k.ida x tido siang hari, so by maghrib, semua terpekik2 sebab dah penat, tapi smayanglah jgk bila dok pujuk2 x menjadi, tgk jam pun dah kul 8pm, huh..biar jelah depa dok menangis2. masa tu mulut k.ida dah jadi 'muncung itik' kat bila tgk hubby balik ... hee..hee ni sifat x baik k.idala, jgn dok ikut no!

Pasal melintas depan smayang, Abang dan Jat, k.ida dah pesan, 'kalau mama semayang kena lalu blakang mama, bila mama sudah baru boleh lalu depan mama.' Bila diaorg buat, k.ida puji diaorg melambung2, diaorg seronokla kena puji. Alhamdulillah, diaorg x melintas depan smayang ni, masalahnyer yg umur 2 tahun ngan 7buln dok atas walker tu, k.ida akan cari tempat paling sempit dan rapat kat dinding supaya diaorg takleh lalu lalang..

diet tu still on sebab nyampah tgk perut dok atas riba nih..k.ida start 'low carb' diet baru 3 days ago dan berjaya reduce my waist 4cm and bum 5cm. K.ida x dela totally remove carb tu, cuma lower the intake, instead of makan nasi k.ida makan biskut sikit, tapi rasa enjoylak sejak makan sayur n buah , rasa healthy semacam jer...k.ida ni dulu x berapa gemor kat sayur ni...

IWA...ida pun baru terbaca pasal melintas kat depan org smayang tu, mcm yg cy ceritalah...hubby cy ckp tu ada betulnyer, mmg terganggu smayang kalau ada w/pun ternampak kaki dok tergoyang2 kat atas katil (nunggeng nyo? ha..ha..ha..)

Pasal telekung smayang tu, org m'sia n indonesia jer yg pakai, kalau tgk org2 timur tgh, diaorg as long as tutup aurat, boleh smayang. ramainyer pakai jubah, tapi kat m'sia ni mesti nak pakai telekung smayang, kalau x rasa cam was-was jer smayang tu esp bila ada yg tegur pasal tgn org pompuan x boleh nampak, camne ye cy?

Fattytini said...

ye lah... yang tini maksudkan tu, kanak-kanak yang tak tau apa-apa la. masa diorang baby lagi. tak dosa pon diorang melintas hohoho. now dah 3 years and 5 years, takde la diorang buat lagi sebab dah explain that it is not good.

alhamdulillah, now dah pindah to the new home, walaupun kecil, cukup la bilik. Ada 4 rooms so one of the room dijadikan untuk bilik solat. Bilik tu kecil, ngam-ngam je untuk sepasang suami isteri solat, ecewah. kadang-kadang kalau kanak-kanak berdua tu nak jemaah sekali, muat lagi. memang lebih syok solat dalam bilik yang ditentukan, sebab takde la mata dok terliar tengok bini tengah pakai seluar pendek hohohoho.

Ibu WA Alim said...

Pakai seluar pendek ke dok kat rumah tu? Aa..?
Pasal tgn tu ada jugak ustaz sentuh minggu lps, katanya, takleh nampak, kkura tgn tu dikira aurat, tp perut tgn pulak takleh berlapik telekung masa kita sujud tu..
Ustaz juga ada kata, blh semayang pakai jubah/anything yg tutup aurat dlm semayanglah tp kena pakai sarung tgn..tapak tgn berlapik sarung tgn ni takpela plak masa sujud tu, sbb ia dikira lain dr pakaian yg kita pakai utk semayang..
Cy tanya la pasal org semayang pakai jubah/lain2, yg biasa kita tgk, dan kita pon pernah buat, kkura tgn tak tutup..rasanya ustaz senyum je..
Mmg ada beberapa pandangan ttg aurat dlm semayang mengikut mazhab yg 5 tp Cy dah lupa perinciannya..
Mungkin ini yg diikuti oleh byk rakyat/student M'sia d luar ng..?
Aurat d luar semayang pon berbeza mengikut mazhab2 kan?

Fattytini said...

ehem ehem. pakai seluar pendek dalam bilik takpe kan? :wink wink: depan kanak-kanak takde la nak berseluar pendek bagai :-)

Ibu WA Alim said...

Menarik bunyinya berjaya reduce 4/5 cm tu..Da buat camno..? Low carb diet tu apa?
Nak betulkan balik petikan tulisan imam Hassan AlBanna tu; Kata2 manusia blh diterima atau ditolak, ttp yg tak dpt ditolak ialah kata2 Allah dan Rasul..

Ibu WA Alim said...

Da, lama diam? Marah kat Cy ke..?

nida said...

fattytini....aik! fattytini pulak?! hmm..biasa guna tinidewi...

IWA..x lah cy, gi ganung hari Jumaat, kenduri kahwin adik ipar, hari sabtu sapa balik dah lewat malam...ahadlak sakit2 badan. Plak tu cuti sklh, empat2 ada kat umah, tak sompet nak berblog, mcm2 ragamlah...hari ni lumy n hidayah nak dtg, dok kemas2 umah..

pasal reduce 4/5cm, nanti ida citer kat dlm blog ye...

Ibu WA Alim said...

Suruhlah Lumy bawa Hidayah mari2 kot ni pulak..tp sound2lah dulu..Cy pon nak mengemas rumah jugak..nati terkejut Hidayah tgk rumah mak sedara yg amat disayangi ni..

nida said...

cy..lumi dtg ada keje kat putrajaya, dah balik pagi tadi...