30.1.09

From XXXL to XL: Finale Episode

"A few more tips"

Sabda Rasulullah saw,
Tiada tempat yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seseorang daripada perutnya. Cukuplah bagi seseorang beberapa suap saja untuk menegakkan tulang punggungnya (memperolehi tenaga); jikapun terpaksa sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk bernafas.”

(HR Ahmad, disahihkan oleh Al-Abrani)

Alhamdulillah....leganya, this is my last post on my Telenovela from XXXL to XL (as MLA call it..hee..hee ), lepas ni nak berehat dari menulis skrip telenovela...penatla..

Tidur
Tidurlah cara Rasulullah saw iaitu mengiring badan di sebelah kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Ia sebenarnya membantu menetapkan kedudukan makanan di dalam usus dan mempercepatkan makanan hadam.

Blogging
Saya juga mengurangkan aktiviti duduk2 di depan komputer. Tau blogging ni berhantu, tapi kuatkan semangat sebab nak sihat. Furthermore, melangut kat depan komputer ni, banyak tanggungjawab terbengkalai...ngee...

Bersederhana
Lastly, kalau nak cilop sekali sekala, it's ok...nak makan junk food or bergoreng or bersantan or ngap that yummy ice-cream...ummmmph! Saya tiada pantang larang dalam bab-bab makan tetapi bersederhana adalah yang terbaik.

Flat Belly Diet (tak try lagi!)
New Findings! Untuk mengempiskan perut, makanlah kekacang, olive oil, dark chocolate and peanut butter kerana makanan2 ini termasuk dalam kategori lemak yang baik (monounsaturated fatty acids) ...tak percaya?! Read here

My Next Aim
My next aim is from XL to L so that I can fit a blue blouse that was given by one of my aunties of size L and of course to fit Tiny's mystery gift...kikikik..

My weight today (30th January 2009) is 58kgs
My aim by 31st December 2009: 56kgs + a flat tummy!
(Hee..hee...yee, memang nak turunkan 2 kgs aje dalam masa setahun ni. When I hit the target, I just want to maintain at 56kgs. I don't want to be toooooo skinny)

Lastly, I enjoy my new lifestyle!

THE END....

28.1.09

From XXXL to XL: Part X

"Calories"

Cerita-ceriti kalori

Kandungan kalori di dalam makanan bergantung kepada kandungan karborhidrat, protein dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak iaitu bagi 1 gram lemak bersamaan dengan 9 kalori. Begitu juga dengan minyak, 1 gram of oil = 9 kalori. Boleh imagine tak tentang makanan yang bergoreng? No wonder, kita di suruh elakkan makanan bergoreng atau berminyak.

Makanan yang mengandungi banyak lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Manakala, makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi nilai kalori yang rendah. Sebab itulah kita digalakkan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Calories intake
(Ni dari pemahaman saya, kalau salah mohon dibetulkan)

We need to know berapa tenaga yang diperlukan dalam sehari untuk menggerakkan mesin2 di dalam badan kita nih ataupun dipanggil juga Basal Metabolic Rate (BMR). Kalau tengok Part III, my BMR 1204. Itu adalah jumlah tenaga minima yang saya perlukan dalam sehari. BMR calculation is based on berat, tinggi, umur, jantina dan juga aktiviti yang dilakukan. Tapi, sekarang jumlah tenaga yang saya perlukan sudah berubah kerana berat saya sudah berubah.

Tenaga diperolehi dari makanan. Kita selalu cakap kalau tak makan nanti tak bertenaga, betulla tu.

Nilai tenaga pula diukur dalam unit kalori (kcal). My body needs at least 1204 kcal dalam sehari. So, apa lagi jom MAKAN!!

Ni contoh sahaja...
Simple calculation, katakan saya guna (my old) BMR 1204
(round up to 1200 untuk memudahkan pengiraan)

*BMR ialah jumlah kalori paling minimal yang diperlukan oleh badan dalam sehari*

Since saya makan 3 kali sehari, 1200/3 = 400

Maknanya breakfast, lunch or dinner, saya perlu mencukupkan 400kcal antara setiap hidangan.

Katakan sarapan pagi: 7.30am
2 keping roti = 160kcal
Segelas HL (250ml) = 125kcal
Jumlah kecil = 285kcal

Selepas makan pagi sehingga ke makan tengahari biasanya kerap berlaku upacara kunyah-kunyahan. Semua yang kita makan mempunyai nilai kalori.

10.00am:
Fitnesse Nestle Low Fat Whole Grain = 152kcal


Lunch: 1.30pm
Nasi + Ayam Goreng + Sayur Air = 360 kcal

Sementara tunggu Dinner, kunyah2an katalah 200kcal

Dinner: 8.30pm
Nasi + Ikan Goreng + sayur air = 360kcal

Malam, kunyah2an lagi katalah 143kcal

Jumlah keseluruhan calories intake ialah 1500kcal.


Click here untuk mengetahui jumlah kalori bagi nasi lemak, murtabak, nasi ayam...

Burn that calories!
Bila dah makan2, untuk menurunkan berat badan pula, kita mesti bakar kalori melebihi dari kalori yang telah kita ambil (calories burned > calories intake = weight loss) . Household chores pun sebenarnya salah satu cara untuk membakar kalori. Menyapu, mengemop atau menggonyoh tandas, sebenarnya membantu membakar kalori. Di samping kita dapat pahala melakukan kerja-kerja rumah, kita juga dapat menjaga kesihatan badan kita.

Lagipun, sekiranya kita ada unsur-unsur grrrr (keturunan bekeng2 belako nih...) semasa melakukan kerja-kerja rumah atau keikhlasan di tahap yang minimal, cuba kita berfikiran positif dengan berniat ingin membakar kalori. Insyaallah kita akan melakukan kerja-kerja rumah dengan pantas dan penuh keikhlasan.

Sekiranya, kita mengambil cukup kalori (bersamaan dengan jumlah BMR) yang diperlukan oleh badan dalam sehari (normally kita berlebih2an dalam kalori intake), namun kalori yang dibakar kurang dari jumlah BMR (or dari jumlah kalori berlebih2an ...ngee..), kalori yang berlebihan itu akan ditukarkan ke dalam bentuk lelemak dan disimpan di dalam stor-stor besar kat dalam badan kita seperti di peha, perut, punggung (3P) dan juga stor kecik iaitu dibawah dagu (1D) ...teehee... ooops jangan lupa juga, lelemak tersebut akan mengelilingi jantung, di dalam hati dan bawah kulit..

Kalau kita bersihkan jantung ayam, pasti kita terperasan lemak2 di keliling jantung ayam tersebut.


Percaya tak, gosok gigi 5 minit pun dah bakar 12kalori! (your calories burn will not be the same as mine unless we have the same weight)

Click here for calculation of calories burned.


Katalah, selepas makan pagi, saya menyapu sampah dan mengemop. (pada saya vacuum lagi banyak berpeluh dari menyapu...).
Kalori yang dibakar dari usaha-usaha kerja rumah 168kcal
Memasak selama satu jam bakar 153kcal
Driving 30 minit burned 61 kcal
Main baling2 bola selama ½ jam dengan anak2: 72kcal
Berkebun 30 minit: 157kcal
Gosok baju 30 minit: 65 kcal
Baca buku 30 minit: 30 kcal
Rope Jumping 20 minit: 194kcal
Mandi 10 minit 40kcal x 3: 120 kcal
Duduk saja2 60 minit burned: 61kcal
Berdiri selama 1 jam: 69kcal
stretching 10 minit: 38 kcal
Cakap di telefon 10 minit: 10 kcal x 2 = 20kcal
Main lari2 dgn anak selama 30 minit: 115kcal
Cuci pinggan mangkuk 30 minit: 130 kcal
Menulis 20 minit: 20kcal
Berjalan dgn kelajuan 3mph dalam masa 30 minit: 126kcal
Bersenam sakan selama 2 jam: 376kcal

Jumlah kalori yang dibakar lebih kurang 2000kcal.

Kalau kita lihat jumlah kalori yang saya ambil ialah 1500kcal, manakala jumlah kalori yang saya bakar pula 2000kcal. Bermakna 500kcal yang terbakar lagi sebenarnya telah meggunakan lelemak simpanan di dalam badan (yang mungkin telah tersimpan sekian lama :P). Lelemak tersebut akan dikikis dan dikeluarkan samada melalui liang2 peluh ketika bersenam atau melakukan kerja2 rumah (sebab tu kot, bila kita berpeluh, kita sentiasa menggunakan perkataan melekit...mungkin lemak yang cairla tu kot..) atau juga dikeluarkan melalui saluran perkumuhan.

Katakan pula, jumlah kalori intake saya adalah 1200kcal di hari yang lain, manakala jumlah yang saya bakar pula cuma 600kcal sahaja sebab saya banyak menghabiskan masa dengan menonton TV atau dok tercongok kat depan komputer nih. Maknanya, 600kcal tidak dibakar. Badan saya akan menyimpan lebihan kalori tadi dalam bentuk lelemak dan di storkan terutama di 3P+1D.

Penting: Bagi setiap 3500 kalori yang disimpan, badan kita akan naik lebih kurang 450 gram.

Maybe, we don't have enough time to calculate our calories intake or burned, but one thing for sure bersenamlah every day. Melakukan kerja-kerja rumah dan memasak membantu membakar kalori. Di samping badan kita sihat, kita juga dapat pahala kerana kita dapat menyenangkan pandangan dan hati suami.

Pengambilan kalori kurang dari BMR
Kalau kita mengambil kurang kalori dari jumlah BMR atau dalam bahasa yang mudah, diet tak makan, this will happen...

Ni cut and paste dari Tini's Diary..
If I don't take enough calories, then I'll lose lean muscle rather than body fat. Since body fat burns less calories than muscle, I ended up with more body fat stored in my body

Jadi teramatlah penting untuk kita mencukupkan kalori kita dalam sehari iaitu makan!! Tapi, makanlah makanan yang menyihatkan dan mesti rajin bersenam.

Kita mungkin pernah mendengar selepas makan jalan 40 langkah (or 100 langkah? Lupa...), ada betulnya juga iaitu to burn our calories.

Ni dari pemerhatian saya, about My Beloved Auntie (MBA) in Gombak. Semasa saya belajar di Shah Alam, saya kerap ke rumah MBA ni. They are the only relatives that I am comfortable with ..memang keraplah ke sana...heheh. Now, jadi anak sedara yang tak mengenang budi sebab never visit them except bila time makan2...ngee...sorry.. from the bottom of my heart...

My Auntie ni memang sentiasa bergerak, I don't know what trigger her or what make her to be so positive to do all those house chores (a working mom without a maid!). Tak pernah sekali pun semasa dok berulang alik ke rumah MBA ni, saw her terguling to take a longgggg break like a lot of us did. Mungkin itulah sebabnya, MBA manages to maintain her body...no pouch!!

Menurut Barry M. Popkin, PhD, Program Direktor Interdisiplin Obesiti, University North Carolina, "Pada dasarnya, kita tidak mengetahui cara lain untuk membakar lebih banyak kalori atau meningkatkan kadar metabolisma badan selain dari lebih banyak bergerak." Click here

26.1.09

From XXXL to XL: Part IX

"The Secret: Part V"

Corset and Girdle
Pakailah corset atau girdle, it helps especially bila time makan. Ini nasihat my Umi, bila kita berbengkung selepas bersalin, bengkung sebenarnya membantu mengecilkan usus, dimana ianya mengurangkan nafsu melantak. Corset dan girdle juga dapat membantu memberikan potongan badan yang menarik.

Awalnya, saya kurang percaya kepada fungsi corset atau girdle sehinggalah saya memakainya, barulah saya perasan, ia membantu pengambilan pemakanan di dalam kuantiti yang sederhana. Bila pakai tu, makan nasi rasa cepat kenyang dan berpanjangan. Memang betul2 mambantu mengurangkan nafsu membaham nasi.

Lagi satu yang menambahkan lagi kekuatan kepercayaan saya kepada fungsi corset dan girdle ni bila tengok rancangan Oprah (Oklah....saya memang menggemari rancangan Oprah...). Beliau menjemput pemegang rekod Guiness Book of Record, pinggang terkecil 15 inci...sebesar donut bersaiz sederhana besar. Pemegangnya ialah seorang nenek berusia lingkungan 70-80 tahun. Beliau memakai corset 24 jam sehari termasuk waktu tidur. Nenek ini hanya membuka corsetnya ketika waktu mandi sahaja. Don't go for 15 inches...memang buruk!!

Satu lagi contoh ialah biras saya sendiri. Dah lama badannya kembali slim. Lama dulu beliau pernah menceritakan kepada saya, beliau memang pakai body suits. It helps her to get back in shape. Masa tu tahap kepercayaan saya to all this stuffs memang rendah. Sekarang saya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada fungsi corset atau girdle atau body suits ni... plus of course discipline.

So, let's wear corset or girdle or body suits. Banyak terdapat di kedai2 termasuk carrefour dari yang jenis2 yang murah atau boleh cari yang branded untuk keselesaan yang lebih.

Hula hoop
Jiran saya Rozi pernah memberitahu untuk mendapatkan pinggang yang menarik, boleh twirl the hula hoop around your waist. Ni pun boleh dicari di kedai2 sukan dan kosnya juga murah.

23.1.09

From XXXL to XL: Part VIII

"The Secret: Part IV"

Bersenam

Kalau nak kurangkan berat badan, memang kena bersenam. Kalau dengar nasihat dari Dr. Oz, bersenam masuk kategori wajib. Bersenam bukan setakat membantu kita untuk mengurangkan berat badan malahan juga untuk mengekalkan kesihatan.

Ini nasihat senaman dari Dr. Oz pulak. Katanya, biarlah ribut petir, puting beliung atau angin taufan melanda, bersenamlah 30 minit tiap2 hari. Bila dia cakap gitu, maknanya penting sangat2 bersenam nih. Katanya lagi, berjalan (bukan lenggang kangkung ye!), berlari atau apa2lah yang termasuk dalam kategori bersenam.

Sepanjang saya berdiet kalsium, saya juga melakukan senaman yang simple. Petang2 saya akan membawa keempat2 anak saya ke taman berdekatan. Abang dan Jat berlari, Syafiq kadang2 jalan kadang dukung atau kadang saya letak Syafiq dan Iman atas satu stroller. Masa tu Iman baru 8 bulan. So, dia tak mengomel bila terpaksa berhimpit2 dgn Syafiq. Bila sampai di taman saya akan menolak Iman sekeliling taman beberapa pusingan, biasanya saya sempat melakukan senaman jalan2 ni selama 15 minit sahaja setiap hari sebab Abang dan Jat sentiasa menyuruh saya membuai mereka tinggi2.

Pernah jugak seorang kanak-kanak dalam usia 8 tahun menegur saya, “Mak cik2 kita nak tanyala, kenapa makcik asyik pusing2 taman?”. Saya tersenyum dan menjawab saya sedang bersenam.

Lakukan sit-up setiap hari. Ni dah ramai yang kasi nasihat berkaitan sit-up boleh mengempiskan perut, cuma saya buat tak naik2. Nasib baik another day, Dr Oz muncul lagi dalam Oprah dan tunjuk satu lagi cara senaman mengempiskan perut. Susahla nak citer caranya kat sini, tapi bagi saya lagi mudah dari sit-up.

Ni yang saya tengok bukti di depan mata saya. Jiran saya, Rozi, masa saya mengandungkan Syafiq, dia mengandungkan Amir. Masa mengandung, badan Rozi sedikit besar dari saya. Tapi, sekarang badan jiran saya dah macam anak dara balik. Saya masih lagi teringat, petang2 dia mesti tolak pram pusing2 taman perumahan kami. Dia juga pernah citer buat sit-up kat rumah. It works for her, It should work for us too plus.... discipline of course!

Apabila pulang dari taman, saya cuma meneguk air sejuk (bukan dalam peti). Lagipun, dengan empat anak saya tidak sempat untuk ngap benda2 lain. Jangan minum air batu or ais krim. Mengikut arwah datuk suami saya, air batu itu sebenarnya memanaskan badan, Sebab tu bila kita terlalu dahaga, macam tak puas ajer minum air yang berais. Saya agak bertuah kerana dalam perjalanan balik ke rumah dari taman, tiada dugaan kedai2 or pakcik2 jual ais krim.

Pada waktu itu juga, saya bermain permainan yang mempunyai unsur berlari2 dengan anak2 saya di siang hari seperti permainan 'Pukul Berapa Datuk Harimau' atau 'Tagging Game'.

Sebenarnya selepas bersenam kita dahaga dan bukan lapar. Kalau terasa lapar juga, makanlah buah-buahan atau buah kurma.

Tapi, saya dah lama tidak bersenam sejak bermulanya musim hujan selepas raya puasa. Sekarang pula terasa teramat2 panas di waktu petang menyebabkan kurang mood untuk membawa anak2 ke taman or in other simple word ...ALASANNNNNN.... teehee..

20.1.09

From XXXL to XL: Part VII

"The Secret: Part III"
(Caution: The writer is just a full time housewife, please consult your doctor if you want to follow any diet plan)

Kurma
Amalkanlah juga memakan buah kurma. Kurma juga mempunyai banyak khasiat. Menurut kajian, kurma kaya dengan zat besi dan kalsium dan kedua2 bahan galian ini membantu pembentukan susu ibu bagi ibu2 yang sedang menyusukan anak. Kurma juga baik untuk wanita yang baru lepas bersalin sepertimana kisah Maryam kerana gula yang terkandung di dalam kurma mudah diserap. Oleh itu ia membekalkan tenaga segera dan berpanjangan.

Surah Maryam: 25:

Tafsirnya: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia akan gugurkan atasmu kurma yang masak."

Ia juga berkesan untuk mengubati gangguan usus yang kronik, sembelit dan masalah imsomnia. Menurut kajian juga, bagi ibu2 yang mengandung dan mengamalkan memakan buah kurma, ia akan membantu mencengkam rahim ketika proses kehamilan, memperkukuhkan urat2 rahim ketika bulan2 terakhir kehamilan dan memudahkan proses kelahiran. Read here..

My next diet plan
This part memang tak encourage sangat2 to follow. This housewife is sooooo eager to shed off weight so that her hubby pay attention to her more but then this housewife get this remark from her beloved hubby.."Bakpo jadi pipeh blako nih?!"...

Low carb
Ingat lagi masa letak komen kat MLA punya blog, bagaimana my family begitu jujur about my overweight body. MLA yang mendapat nasihat from my auntie di Gombak share the secret, "Jange cede nasi ko diri sendiri, tapi perabih nasi anak2." Memang anak2 cukup suka minta letak nasi banyak2 pastu tak habis, cam kita dulu2 gak kan? Ngee...(ikut Tininyer gelak..).

I follow my auntie's advice at first. Tapi ada jugak masa bila my sons tidak meninggalkan sisa2 nasi for their beloved mama. Memang tersengih jelah.

Pastu dapat idea nak remove nasi from my menu. Teringatlak cara artis2 Malaysia berdiet. Bab diet boleh nak ikut artis, tang2 lain a big NO! NO! Saya pernah dengar sapa entah citer, Raja Azura @ Kak Engku, pernah tak sentuh nasi for 6 months untuk mengurangkan berat badan. Sekarang ni terbaca pulak kisah Siti Nurhaliza pulak tak sentuh nasi untuk mengurangkan berat badan. Saya pun terasa sedikit gatal untuk mengikut cara artis berdiet! Heheh...

*tarikh2 yang dicatat sebenarnya tertulis dalam jurnal pemakanan saya*
7 August 08, saya stop mengambil nasi tapi saya tak skip any meals. Breakfast, lunch and dinner seperti biasa. Cuma saya gantikan lunch dan dinner saya dengan makan sayur, lauk dan buah-buahan. Sebelum saya start diet tak makan nasi, I have this tought, “Kenyang ke makan sayur dan buah aje?!” Bila makan sayur semangkuk, kenyang sebenarnya. Pastu in between makan buah-buahan dan juga kurma. Normally, saya lunch around 1.30pm. By 3.00pm, rasa lapar balik, saya makan semangkuk lagi sayur. Seingat saya, seikat sayur yang dimasak boleh dimakan sebanyak tiga kali.

Jangan terkejut bila saya tidak mengambil nasi tidak bermaksud saya tidak mempunyai karborhidrat dalam badan. Saya cuma mengurangkan pengambilan karbohidrat, itu sahaja. Sebenarnya apa yang kita makan dan minum mempunyai kandungan karbohidrat.

Saya juga mengambil roti untuk mengantikan nasi. Ni yang saya pernah terbacalah, 2 keping roti bersamaan dengan sepinggan nasi. Ni pulak nasihat Dr Oz berkaitan roti putih, nasi putih dan tepung putih sebenarnya tidak elok. Ambillah yang ber'whole grain.' Kalau tak silap yang saya terbaca dalam majalah Rapi, roti putih cepat hadam menyebabkan kita cepat lapar balik.

Ni saya senaraikan beberapa fakta nutrisi bahawasanya memang setiap makanan dan minuman mengandungi karbohidrat.

Nutrition information (maklumat pemakanan)

Marigold HL susu rendah lemak (250ml):
tenaga: 125kcal
karbohidrat 13.8 g
kalsium 375mg

Yogurt tanpa lemak Nestle, saiz hidangan 135g
tenaga 117kcal
karbohidrat 23.6g
kalsium 162g

Fitnesse Nestle Low Fat Whole Grain
hidangan: sajian 30g + 125ml susu penuh krim
tenaga 152kcal
karbohidrat 30.3g
kalsium 330mg

Koko Crunch Nestle
saiz hidangan 30g + 125ml susu penuh krim
tenaga 200kcal
karbohidrat 29.6g
kalsium 230mg

Roti Gardenia 2 keping
tenaga 160kcal
karbohidrat 28.1g
kalsium 143mg

Air mineral Glinter
Kalsium 33.4mg/liter

(Ye..ye...memang keje I dok nengok nutrisi fact nowadays..heheh)

Sebenarnya saya cuma diet tak makan nasi selama 3 minggu sahaja.
31st August
iaitu sehari sebelum berpuasa, saya sekeluarga ke Jaya jusco Taman Equine dan memang terkezut gakla bila naik scale, jarum tu tunjuk kat 60kg, which meant I lost 3 kgs dalam masa sebulan setengah. Mula2 tu rasa betulke penimbang ni?! Pastu rasa cam nak acceptttt jer the fact. Pastu rasa kembang kempislak hidung ni. Masa tu rasa nak melompat pun ada. Pastu punyala laju jalan mendekati hubby, nasib baik tak ter'peleot' ajer to tell him I lost 3 kgs.

1 Sept the next day, start berpuasa. Saya mula mengambil nasi kembali (ie: berbuka puasa dengan nasi) tapi dalam kuantiti yang sepatutnya, taklah membaham macam dulu lagi. Saya perlukan tenaga dalam bulan puasa to take care of my four beloved sons yang cemuanyer tak poce belaka. Sekarang pun saya makan nasi tapi dalam kuantiti yang sepatutnya. Saya dah stop habit2 membaham nasi...heheh..


High protein
Pada masa saya stop ambil nasi, saya melebihkan pengambilan protein. Kalau tak silaplah, protein can speed up our metabolic rate. Saya rasa saya tidak mengambil protein yang tinggi pun, sebab masak masih macam hari2 biasa. Ada ikan makan ikan, ada ayam makan ayam, cuma saya minum air soya. Itu ajer..

(Baru terbaca dalam internet yang diet low carb, high protein tak bagus pulak...hmmm. Read here)

Low salt
Garam ni memang best friend lemak. Kalau boleh try reduce garam dalam masakan and avoid junk food yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Part ni susah sikit for me to follow sebab my hubby ada low blood pressure, memang kena masak campak garam lebih2 sikit. In fact, the doctor adviced my hubby to take watermelon with salt.

Pernah jugak try masak sayur tanpa garam. Kira sayur tu tong sampah yang tolong habiskan, memang tak boleh nak telan..

Kurangkan makanan bergoreng
Part ni pun sebenarnyer dah lama dengar tapi buat2 tak dengar sampai sekarangla. Sebab malasla anak2 punya goreng pastu seketul jek ayam khas for me perlu direbus or steam. Pastu, steamer ajer penuh satu sink, tak leh nak letak benda2 lain kat dalam sink. Bab2 cuci pinggan ni kalau boleh nak as minimal as possible because of my eczema hand yang tak pernah ok sepenuhnya. Ubat pun memang yang mengandungi steroid kecil2an, kalau tanpa steroid tak makan saman tangan nih.

But, I love this part from Tini's Diary...

Harap2 kita pakat2 insaf about yang bergoreng2 ni...

Lost 5 kgs in 2 months
21st Sept dalam pose pi merewang mencari baju2 raya di Jaya Jusco Taman Equine. First2 sampai naik scale dulu. 58 kg?! This time tak happy bila tau the result. Rasa cam too drastik.

Cepat2 consult my neighbour, Uji, a master in Food Science. Rungsing jugak...bukan apa, bila turun too drastik takut menggeleber pulak. My wonderful neighbour said, " Jangan bimbang, yang hilang tu air, lemak susah nak hilang kecuali dengan bersenam."

9.1.09

From XXXL to XL: Part VI

"The Secrets: Part II"
(Caution: The writer is just a full time housewife, please consult your doctor if you want to follow any diet plan)

A bit more info on calcium
Baca Diari Tini tadi, berkaitan kulit telur mengandungi kalsium. But then, baca komen2 yang ditinggalkan macam semua tak sudi jer 'meratah' kulit telur tu..Don't worry guys, jom kita pakat2 meratah daun kaduk.

Ini yang saya terbaca berkaitan dengan daun kaduk. Rupa-rupanya daun kaduk mengandungi kalsium yang tinggi iaitu sebanyak 446mg bagi setiap 100g. Cepat2 saya menelefon my Umi untuk mendapatkan pokok kaduk untuk ditanam dilaman rumah saya. Masa raya puasa hari tu, saya berjaya membawa pulang pokok kaduk. Errk..pokok kaduk tersebut masih lagi tertanam di dalam satu plastik bersama-sama ulam raja, pegaga dan pokok hiasan yang saya sendiri tak tahu apa namanya..teehee...

My Next Step
Dalam dok berdiet kalsium, terdengar pulak cerita madu.

Alkisah Madu
Cerita ini saya terdengar di corong radio semasa di dalam perjalanan pulang dari mengambil anak2 saya pulang dari sekolah. Ceritanyer begini...

Satu hari, rasanya di German, di satu ladang ternak lebah, seekor tikus telah terjatuh di dalam madu dan mati. Mereka membiarkan tikus tersebut berada di dalam madu selama 3 tahun dan menakjubkan sekali, tikus itu tidak mereput!

Rupa-rupanya di dalam madu ada something call as propolis yang menghalang bakteria dan virus dari memasuki badan tikus tersebut. Selepas mendengar citer ni, saya terus mendapatkan madu.

Ini pula kajian yang telah dibuat ke atas madu:

Dr.W.G.Sacket, Microbiologist dari Colorado Agriculture College Fort Collins.
Kuman demam kepialu mati dalam masa 48 jam. Kuman A dan B Typhosus mati dalam masa hanya 24 jam. Organisma yang menyerupai Typhoid Bacillus mati dalam masa 5 jam. Kuman-kuman yang menyebabkan pneumonia kronik mati pada hari keempat. Begitu juga bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit seperti peritonitis, pleuritis dan bisul bernanah. Sementara cirit-cirit mati dalam masa 10 jam selepas dimasukkan ke dalam madu.

Honey: Medicine of the Quran (Part I)
Honey: Medicine of the Quran (Part II)

Kita semua tahu sebenarnya madu mempunyai banyak khasiat, malahan kisah lebah ada disebut di dalam Al-Quran.

Firman Allah: (Al-Nahl: 68 & 69)
Maksudnya:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia", "Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Saya suka baca cerita berkaitan madu disini. Very interesting facts!

Di antara khasiat madu yang ingin saya kongsi bersama: (saya cuma highlight yang berkaitan dengan masalah keluarga saya...)
1. Membantu mengurangkan berat badan
Since saya dalam usaha mengurangkan berat badan, madu juga dikatakan boleh membantu memecahkan lemak.

2. Melegakan sakit tekak/batuk
Pernah Syafiq dan Iman mengalami batuk yang agak berpanjangan. Ubat batuk yang diberi pula tidak berkesan. Saya memberi kedua2nya ½ sudu kecil madu sekali sehari selama 3 hari kepada anak2 saya. Alhamdulillah, batuk mereka hilang. Saya dan hubby juga melakukan perkara yang sama sekiranya kami mengalami batuk berpanjangan, alhamdulillah memang berkesan.

Masa kasi madu kepada Iman, anak bongsu kami yang ketika itu belum mencecah satu tahun, saya tak baca lagi bahawasanya madu tidak boleh diberi kepada bayi yang kurang dari setahun.

3. Awet muda
Part nie mesti orang perempuan suka...
Bapa perubatan moden, Ibnu Sina pernah mengatakan:
"Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah

4. Berpotensi untuk merawat asthma dan eczema.
Since keturunan kita ni ada kedua2 penyakit ni, mungkin boleh try madu.

5. Detox
Rasulullah s.a.w. mengamalkan meminum air sejuk (bukan air dalam peti sejuk! sebaliknya air pada suhu bilik) yang dicampur madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi. Sebenarnya amalan ni telah dikenal pasti memberi kebaikan lebih kurang macam detox iaitu:
1. Menghilangkan kahak/lendir pada tenggorok.
2. Mencuci perut.
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
4. Menghilangkan senak perut dan sedu.
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

More info on honey here! And a simple and excellent explaination on benefits of honey here!

Carilah madu lebah yang asli, saya pun tak tahu madu lebah asli macamana. Cuma yang saya tahu terdapat dua tempat yang sememangnya mempunyai ladang ternak lebah secara besar2an. Satunya di Melaka, kalau tak silap bersebelahan dengan Taman Rama-rama. Satu lagi di Cameron ... rasanya. Tak sure jugak.. Saya pernah beli di kedai-kedai biasa tapi tak tahulah asli ke tak. Saya pernah terbaca, sekiranya madu yang dibeli tidak asli, agak merbahaya untuk diberikan kepada kanak-kanak kerana dikhuatiri mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa meminum madu di pagi hari selama tiga hari setiap bulan, nescaya ia tidak terkena penyakit yang berat"
(Riwayat Ibnu Majah melalui Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Gunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Di samping mengikut sunnah Rasulullah SAW, kita juga dapat mengamalkan kehidupan yang sihat. Jomlah kita sama-sama amalkannya...