20.1.09

From XXXL to XL: Part VII

"The Secret: Part III"
(Caution: The writer is just a full time housewife, please consult your doctor if you want to follow any diet plan)

Kurma
Amalkanlah juga memakan buah kurma. Kurma juga mempunyai banyak khasiat. Menurut kajian, kurma kaya dengan zat besi dan kalsium dan kedua2 bahan galian ini membantu pembentukan susu ibu bagi ibu2 yang sedang menyusukan anak. Kurma juga baik untuk wanita yang baru lepas bersalin sepertimana kisah Maryam kerana gula yang terkandung di dalam kurma mudah diserap. Oleh itu ia membekalkan tenaga segera dan berpanjangan.

Surah Maryam: 25:

Tafsirnya: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia akan gugurkan atasmu kurma yang masak."

Ia juga berkesan untuk mengubati gangguan usus yang kronik, sembelit dan masalah imsomnia. Menurut kajian juga, bagi ibu2 yang mengandung dan mengamalkan memakan buah kurma, ia akan membantu mencengkam rahim ketika proses kehamilan, memperkukuhkan urat2 rahim ketika bulan2 terakhir kehamilan dan memudahkan proses kelahiran. Read here..

My next diet plan
This part memang tak encourage sangat2 to follow. This housewife is sooooo eager to shed off weight so that her hubby pay attention to her more but then this housewife get this remark from her beloved hubby.."Bakpo jadi pipeh blako nih?!"...

Low carb
Ingat lagi masa letak komen kat MLA punya blog, bagaimana my family begitu jujur about my overweight body. MLA yang mendapat nasihat from my auntie di Gombak share the secret, "Jange cede nasi ko diri sendiri, tapi perabih nasi anak2." Memang anak2 cukup suka minta letak nasi banyak2 pastu tak habis, cam kita dulu2 gak kan? Ngee...(ikut Tininyer gelak..).

I follow my auntie's advice at first. Tapi ada jugak masa bila my sons tidak meninggalkan sisa2 nasi for their beloved mama. Memang tersengih jelah.

Pastu dapat idea nak remove nasi from my menu. Teringatlak cara artis2 Malaysia berdiet. Bab diet boleh nak ikut artis, tang2 lain a big NO! NO! Saya pernah dengar sapa entah citer, Raja Azura @ Kak Engku, pernah tak sentuh nasi for 6 months untuk mengurangkan berat badan. Sekarang ni terbaca pulak kisah Siti Nurhaliza pulak tak sentuh nasi untuk mengurangkan berat badan. Saya pun terasa sedikit gatal untuk mengikut cara artis berdiet! Heheh...

*tarikh2 yang dicatat sebenarnya tertulis dalam jurnal pemakanan saya*
7 August 08, saya stop mengambil nasi tapi saya tak skip any meals. Breakfast, lunch and dinner seperti biasa. Cuma saya gantikan lunch dan dinner saya dengan makan sayur, lauk dan buah-buahan. Sebelum saya start diet tak makan nasi, I have this tought, “Kenyang ke makan sayur dan buah aje?!” Bila makan sayur semangkuk, kenyang sebenarnya. Pastu in between makan buah-buahan dan juga kurma. Normally, saya lunch around 1.30pm. By 3.00pm, rasa lapar balik, saya makan semangkuk lagi sayur. Seingat saya, seikat sayur yang dimasak boleh dimakan sebanyak tiga kali.

Jangan terkejut bila saya tidak mengambil nasi tidak bermaksud saya tidak mempunyai karborhidrat dalam badan. Saya cuma mengurangkan pengambilan karbohidrat, itu sahaja. Sebenarnya apa yang kita makan dan minum mempunyai kandungan karbohidrat.

Saya juga mengambil roti untuk mengantikan nasi. Ni yang saya pernah terbacalah, 2 keping roti bersamaan dengan sepinggan nasi. Ni pulak nasihat Dr Oz berkaitan roti putih, nasi putih dan tepung putih sebenarnya tidak elok. Ambillah yang ber'whole grain.' Kalau tak silap yang saya terbaca dalam majalah Rapi, roti putih cepat hadam menyebabkan kita cepat lapar balik.

Ni saya senaraikan beberapa fakta nutrisi bahawasanya memang setiap makanan dan minuman mengandungi karbohidrat.

Nutrition information (maklumat pemakanan)

Marigold HL susu rendah lemak (250ml):
tenaga: 125kcal
karbohidrat 13.8 g
kalsium 375mg

Yogurt tanpa lemak Nestle, saiz hidangan 135g
tenaga 117kcal
karbohidrat 23.6g
kalsium 162g

Fitnesse Nestle Low Fat Whole Grain
hidangan: sajian 30g + 125ml susu penuh krim
tenaga 152kcal
karbohidrat 30.3g
kalsium 330mg

Koko Crunch Nestle
saiz hidangan 30g + 125ml susu penuh krim
tenaga 200kcal
karbohidrat 29.6g
kalsium 230mg

Roti Gardenia 2 keping
tenaga 160kcal
karbohidrat 28.1g
kalsium 143mg

Air mineral Glinter
Kalsium 33.4mg/liter

(Ye..ye...memang keje I dok nengok nutrisi fact nowadays..heheh)

Sebenarnya saya cuma diet tak makan nasi selama 3 minggu sahaja.
31st August
iaitu sehari sebelum berpuasa, saya sekeluarga ke Jaya jusco Taman Equine dan memang terkezut gakla bila naik scale, jarum tu tunjuk kat 60kg, which meant I lost 3 kgs dalam masa sebulan setengah. Mula2 tu rasa betulke penimbang ni?! Pastu rasa cam nak acceptttt jer the fact. Pastu rasa kembang kempislak hidung ni. Masa tu rasa nak melompat pun ada. Pastu punyala laju jalan mendekati hubby, nasib baik tak ter'peleot' ajer to tell him I lost 3 kgs.

1 Sept the next day, start berpuasa. Saya mula mengambil nasi kembali (ie: berbuka puasa dengan nasi) tapi dalam kuantiti yang sepatutnya, taklah membaham macam dulu lagi. Saya perlukan tenaga dalam bulan puasa to take care of my four beloved sons yang cemuanyer tak poce belaka. Sekarang pun saya makan nasi tapi dalam kuantiti yang sepatutnya. Saya dah stop habit2 membaham nasi...heheh..


High protein
Pada masa saya stop ambil nasi, saya melebihkan pengambilan protein. Kalau tak silaplah, protein can speed up our metabolic rate. Saya rasa saya tidak mengambil protein yang tinggi pun, sebab masak masih macam hari2 biasa. Ada ikan makan ikan, ada ayam makan ayam, cuma saya minum air soya. Itu ajer..

(Baru terbaca dalam internet yang diet low carb, high protein tak bagus pulak...hmmm. Read here)

Low salt
Garam ni memang best friend lemak. Kalau boleh try reduce garam dalam masakan and avoid junk food yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Part ni susah sikit for me to follow sebab my hubby ada low blood pressure, memang kena masak campak garam lebih2 sikit. In fact, the doctor adviced my hubby to take watermelon with salt.

Pernah jugak try masak sayur tanpa garam. Kira sayur tu tong sampah yang tolong habiskan, memang tak boleh nak telan..

Kurangkan makanan bergoreng
Part ni pun sebenarnyer dah lama dengar tapi buat2 tak dengar sampai sekarangla. Sebab malasla anak2 punya goreng pastu seketul jek ayam khas for me perlu direbus or steam. Pastu, steamer ajer penuh satu sink, tak leh nak letak benda2 lain kat dalam sink. Bab2 cuci pinggan ni kalau boleh nak as minimal as possible because of my eczema hand yang tak pernah ok sepenuhnya. Ubat pun memang yang mengandungi steroid kecil2an, kalau tanpa steroid tak makan saman tangan nih.

But, I love this part from Tini's Diary...

Harap2 kita pakat2 insaf about yang bergoreng2 ni...

Lost 5 kgs in 2 months
21st Sept dalam pose pi merewang mencari baju2 raya di Jaya Jusco Taman Equine. First2 sampai naik scale dulu. 58 kg?! This time tak happy bila tau the result. Rasa cam too drastik.

Cepat2 consult my neighbour, Uji, a master in Food Science. Rungsing jugak...bukan apa, bila turun too drastik takut menggeleber pulak. My wonderful neighbour said, " Jangan bimbang, yang hilang tu air, lemak susah nak hilang kecuali dengan bersenam."

11 comments:

Ummu Auni said...

kak da, adeh, makan macam tu, macam ni, kurangkan itu, ini, ada pula yang tak elok ek. ni fasal garam tu, minta abg amran makan satu sudu garam sebelum tidur. itu doc bagi advise la

aida said...

huuu, tak makan nasi 3 minggu rupanya...
so camne kak ida, dah turun berat lagi ker

nida said...

us...tq aini, nanti k.ida cakap kat dia. satu sudu kecik ke?

aida...masa wedding mawi, k.ida turun 1 kg, tapi cepat2 k.ida naikkan balik sebab rasa cam tak yahla cepat2 sgt...takut menggeleber Biar kulit adjust ngan weight skrg dulu then baru seriusly workout balik

nida said...

ua...us pulak! ni k.ida tengok dalam internet, mana2 diet plan pasti ada pro n cons, so the best thing is to consult the expert...

aida said...

kak ida, apa kaitan wedding mawi singer tu ngan weight loss kak ida? ekekekek

takpe turunkan berat, nanti nak shape up.. makan F3

nida said...

aida...muakakaka...s'times writing makes people think differently... hubby gua lagi hensemla dari mawi tu, cuma ekin lagi cantik dari akak jer.. kikikik.

I want to remember the datela... easy mawi kawin on the 20 dec, masa tu dok umah MIL, bila tgk ada penimbang, terus naik penimbang tu. Since takleh nak catat the date anywhere, k.ida guna mind map i.e associate with mawi wedding..

nida said...

aida..lupalak...will F3 shape my flabby tummy too...mmg rasa menggeleberlah esp kat tummy..

Ummu Auni said...

kak ida, makan satu sudu besar. cuba 2 minggu macam mana. lepas tu pergi klinik check blood pressure. officemate aini dulu rasanya kena makan sebulan garam tu.

aida said...

kak ida..

if you wanna eat HL, nak turunkan badan.. makan F1 + teamix
pasal perut flabby tu, aida rasa kak ida kena minum tea mix macam masa mula-mula dulu
sebab tea mix boleh kurangkan water retention kat spare part kita ni (macam perut ngan punggung)

lepas dah achieve ideal weight, baru telan F3 untuk shape up body

p/s: oo mind mapping wedding mawi rupanya. anyway, ekin tak lawa kalau mekap, natural beauty lagi cantik. tgk tak skin ekin, halus mulus gitu kan

Ibu WA Alim said...

Cy pun ingatkan Da merana Mawi kawin.. tu yg lost 1 kg tu..tp sayangla Da naikkan semula..taknak org perasan ke kemeranaan Da tu..?

Cy ni suka masin la..ikut Tok Ayah kot..kalu tak cukup garam tak puas makan..dan asyik tambah2 sampai tak sudah2..nak cukupkan 'keperluan' garam tu kot..

nida said...

aini..dah cakap kat hubby, dia kata banyaknyer kena makan...lagi satu garam kasar or garam halus? kena makan gitu jer ke or boleh campur air?

aida...wa nyer punggung dah kecik banyak...wa x mau kecikkan lagi punggung wa..lagipun, hubby wa dah thumbs up kat wa nyer punggung..wa cuma mau kecikkan perut wa ajer..

wah! lu sempat perhati ekin nyer kulit wooo..wa nak gak merasa kulit halus mulus tu..kulit wa mmg kering bersisik la...

cy...pi mane lama x dgr citer? Best gak kalau merana sebab mawi kawin, mesti x yah join mana program diet atau beli produk diet, kurus cekeding dgn sendirinya

Bahaya cy garam banyak2 tu.. tak bagus utk kesihatan dan juga menyebabkan sukar hilang berat badan...ida jenis x mmasin, tapi, masak kat hubby pun bukanlah masin cuma ada rasa2 biasanya ida penawar sikit...