26.1.09

From XXXL to XL: Part IX

"The Secret: Part V"

Corset and Girdle
Pakailah corset atau girdle, it helps especially bila time makan. Ini nasihat my Umi, bila kita berbengkung selepas bersalin, bengkung sebenarnya membantu mengecilkan usus, dimana ianya mengurangkan nafsu melantak. Corset dan girdle juga dapat membantu memberikan potongan badan yang menarik.

Awalnya, saya kurang percaya kepada fungsi corset atau girdle sehinggalah saya memakainya, barulah saya perasan, ia membantu pengambilan pemakanan di dalam kuantiti yang sederhana. Bila pakai tu, makan nasi rasa cepat kenyang dan berpanjangan. Memang betul2 mambantu mengurangkan nafsu membaham nasi.

Lagi satu yang menambahkan lagi kekuatan kepercayaan saya kepada fungsi corset dan girdle ni bila tengok rancangan Oprah (Oklah....saya memang menggemari rancangan Oprah...). Beliau menjemput pemegang rekod Guiness Book of Record, pinggang terkecil 15 inci...sebesar donut bersaiz sederhana besar. Pemegangnya ialah seorang nenek berusia lingkungan 70-80 tahun. Beliau memakai corset 24 jam sehari termasuk waktu tidur. Nenek ini hanya membuka corsetnya ketika waktu mandi sahaja. Don't go for 15 inches...memang buruk!!

Satu lagi contoh ialah biras saya sendiri. Dah lama badannya kembali slim. Lama dulu beliau pernah menceritakan kepada saya, beliau memang pakai body suits. It helps her to get back in shape. Masa tu tahap kepercayaan saya to all this stuffs memang rendah. Sekarang saya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada fungsi corset atau girdle atau body suits ni... plus of course discipline.

So, let's wear corset or girdle or body suits. Banyak terdapat di kedai2 termasuk carrefour dari yang jenis2 yang murah atau boleh cari yang branded untuk keselesaan yang lebih.

Hula hoop
Jiran saya Rozi pernah memberitahu untuk mendapatkan pinggang yang menarik, boleh twirl the hula hoop around your waist. Ni pun boleh dicari di kedai2 sukan dan kosnya juga murah.

4 comments:

aida said...

korset dah lama terperuk dalam almari.. ahaha, kena start pakai balik nie

p/s: buat senamam hoola hoop tu tak

Ummu Auni said...

kak da, dah invite kak da dgn cik yah. hari tu lagi, check your email

nida said...

aida...pakaila, kesian korset tu... hula hoop tu citer jer, dah byk kali cakap kat hubby...mungkin x berkenan kot tgk isteri dok hula hoop ajer...heheh

ua..ok, thanx

Ibu WA Alim said...

Cy lemasla pakai benda2 ketat ni..
Hula hoop tu sedari kecil tak pandai nak pusing2 kat badan.. asyik melurut ke tanah je..