23.1.09

From XXXL to XL: Part VIII

"The Secret: Part IV"

Bersenam

Kalau nak kurangkan berat badan, memang kena bersenam. Kalau dengar nasihat dari Dr. Oz, bersenam masuk kategori wajib. Bersenam bukan setakat membantu kita untuk mengurangkan berat badan malahan juga untuk mengekalkan kesihatan.

Ini nasihat senaman dari Dr. Oz pulak. Katanya, biarlah ribut petir, puting beliung atau angin taufan melanda, bersenamlah 30 minit tiap2 hari. Bila dia cakap gitu, maknanya penting sangat2 bersenam nih. Katanya lagi, berjalan (bukan lenggang kangkung ye!), berlari atau apa2lah yang termasuk dalam kategori bersenam.

Sepanjang saya berdiet kalsium, saya juga melakukan senaman yang simple. Petang2 saya akan membawa keempat2 anak saya ke taman berdekatan. Abang dan Jat berlari, Syafiq kadang2 jalan kadang dukung atau kadang saya letak Syafiq dan Iman atas satu stroller. Masa tu Iman baru 8 bulan. So, dia tak mengomel bila terpaksa berhimpit2 dgn Syafiq. Bila sampai di taman saya akan menolak Iman sekeliling taman beberapa pusingan, biasanya saya sempat melakukan senaman jalan2 ni selama 15 minit sahaja setiap hari sebab Abang dan Jat sentiasa menyuruh saya membuai mereka tinggi2.

Pernah jugak seorang kanak-kanak dalam usia 8 tahun menegur saya, “Mak cik2 kita nak tanyala, kenapa makcik asyik pusing2 taman?”. Saya tersenyum dan menjawab saya sedang bersenam.

Lakukan sit-up setiap hari. Ni dah ramai yang kasi nasihat berkaitan sit-up boleh mengempiskan perut, cuma saya buat tak naik2. Nasib baik another day, Dr Oz muncul lagi dalam Oprah dan tunjuk satu lagi cara senaman mengempiskan perut. Susahla nak citer caranya kat sini, tapi bagi saya lagi mudah dari sit-up.

Ni yang saya tengok bukti di depan mata saya. Jiran saya, Rozi, masa saya mengandungkan Syafiq, dia mengandungkan Amir. Masa mengandung, badan Rozi sedikit besar dari saya. Tapi, sekarang badan jiran saya dah macam anak dara balik. Saya masih lagi teringat, petang2 dia mesti tolak pram pusing2 taman perumahan kami. Dia juga pernah citer buat sit-up kat rumah. It works for her, It should work for us too plus.... discipline of course!

Apabila pulang dari taman, saya cuma meneguk air sejuk (bukan dalam peti). Lagipun, dengan empat anak saya tidak sempat untuk ngap benda2 lain. Jangan minum air batu or ais krim. Mengikut arwah datuk suami saya, air batu itu sebenarnya memanaskan badan, Sebab tu bila kita terlalu dahaga, macam tak puas ajer minum air yang berais. Saya agak bertuah kerana dalam perjalanan balik ke rumah dari taman, tiada dugaan kedai2 or pakcik2 jual ais krim.

Pada waktu itu juga, saya bermain permainan yang mempunyai unsur berlari2 dengan anak2 saya di siang hari seperti permainan 'Pukul Berapa Datuk Harimau' atau 'Tagging Game'.

Sebenarnya selepas bersenam kita dahaga dan bukan lapar. Kalau terasa lapar juga, makanlah buah-buahan atau buah kurma.

Tapi, saya dah lama tidak bersenam sejak bermulanya musim hujan selepas raya puasa. Sekarang pula terasa teramat2 panas di waktu petang menyebabkan kurang mood untuk membawa anak2 ke taman or in other simple word ...ALASANNNNNN.... teehee..

5 comments:

Ibu WA Alim said...

Pasal air sejuk/air batu tu, dah dgr beb org ckp..tak elok diminum slps makan krn ia akan membekukan lelemak d dlm badan..tp Cy ni skrg sbb dah blh minum air batu berbanding dulu (b4 40) takleh minum..gatalla pulak nak minum..

Dan depa kata elok minum air panas lps makan spy lemak2 tu mencair..lbh krg begitulah..dan elok diminum teh China..

*Cy ni dah kira lps geram..habis pi tambah komen2 kat Ida punya older post..dr Secret Part I..

Ummu Auni said...

kak da, officemate aini cakap secubit garam je, garam makan tu,,hehehe, sorry tersilap satu sudu :P kang naik darah tinggi pula

ni ha, bab exercise ni, memang aini exercise panjat tangga office je la, tu pun selalu tak buat...:p

Ibu WA Alim said...

UA, pasal apa Cy takleh masuk blog UA skrg ni? Pagi tadi blh..

nida said...

IWA...ala..cy, ida baru stop air batu, cy baru start pulak...ida selalu perasan lepas minum air batu, perut ida jadi besar, keras dan boyot..heheh...

ua...nasib baik hubby 'byk soal' bila suruh dia telan satu sudu besar tiap2 malam, pastu taulak secubit garam...tersedak dia kot...kikikik

IWA...setuju, nape aini yek?

aida said...

lama dah tak teguk air berais.. balik rumah pun cam tak lalu nak minum air kosong dalam peti sejuk