29.12.08

From XXXL to XL: Part V

"The Secrets: Part I"
(Caution: The writer is just a full time housewife, please consult your doctor if you want to follow any diet plan)

First of all, I'm not fully success yet with my new lifestyle. Anyway, I have to be positive. Every kg I've shed off, I should be thankful. I'm still in the process of mengurangkan lemak especially kat bahagian perut. Tapi, tak pelah, even though I'm not 100% successful yet, I would love to share some info that I've read, watch on TV and what I've done.

Have a target!
Ingat lagi masa Tini citer yang kita kena ada target kalau nak berdiet. K.Ida ingat K.Ida tak letak implicit target but more too explicit target. My answer was, “K.Ida nak kurus sikit bila hari raya puasa nanti...” K.Ida tak cakap nak turun 5kgs or 10kgs. Sebenarnya, tak terlintas pun di fikiran yang berat badan akan berkurang. In fact masa tu tak rasa akan berjaya untuk menurunkan berat badan. Cuma yang terfikir, mesti aku turun 1/2kg jer ni dalam masa 6 bulan..

Sebelum Tini and Aida datang, adalah tulis diari pemakanan. Baru tertengok rupanya 9 Julai 08, my target adalah 58kg by 1st Oct 08. Tak perasan pun sebenarnya ada tulis target kat diary ni, Alhamdulillah berjaya mencapai target by 21st Sept 08.

Change Our Lifestyle
Dalam dok tercari2 diet plan, sekali tertengok Oprah punya show bersama Dr.Oz bercerita tentang healthy lifestyle. Dr. Oz said he prefers to call it as Change Our Lifestyle daripada menggunakan perkataan Diet. Saya pun suka the terms! Rasanya kurang sikit stress bila cakap tukar gaya hidup daripada guna perkataan diet.

Pertama-tama sekali sebelum nak start any kind of diet plan, saya pegang 3 perkara:

Determination
My determination: My BMA and my hubby's BMA..teehee...

Discipline
Bab disiplin ni paling sukar. Tapi ada satu simple cerita. Being a full time housewife for almost 7 years, saya tak pernah ambil kisah tentang kesihatan kaki. Walaupun beli selipar untuk dipakai dalam rumah, selalu jer terlupa pakai. Sampai satu tahap, kaki pecah2, kategori teruk! Setiap malam nak tidur pula, selalu jer rasa sakit menyucuk2 kat tapak kaki, maybe because of my weight!

Sebelum tu ada apply Glysolid yang diberi oleh MIL semasa beliau menunaikan umrah. Glysolid ni untuk merawat bahagian2 kasar pada badan. I used it to apply kat kaki yang pecah bila my hubby's auntie said memang elok untuk kaki yang pecah2. Masa tu apply on and off , kerap off la, bila teringat baru apply. Pastu “Ah! Tak berkesan pun!”. I stopped. Lamaaaaa lepas tu, tiba2 tengok kaki yang pecah dah jadi makin teruk. Apply balik Glysolid tu everynight for a month, baru nampak perubahan. Selipar dalam rumah memang start pakai setiap masa. Alhamdulillah, sekarang cuma nampak jalur2 saja. Even kaki yang sakit menyucuk tu pun dah hilang. Till now I still apply it sebab nak habiskan the stuff, dah lama sebenarnya Glysolid tu dok melepak kat dalam rumah ni...

Sebenarnya nak citer kalau kita disiplin, Insyaallah it works. Asalkan kita tak mengharap result yang cepat dan jangan cepat putus asa...

Ketabahan
Memang kena tabahla!

How do I change my lifestyle
Dua perkara sahaja yang saya buat to change my lifestyle:
1. Bertukar kepada cara pemakanan yang sihat (bukan berlapar!!)
2. Bersenam

My Simple Tips
My first simple tip is jangan beli mesin penimbang or ada mesin penimbang di rumah. Sebabnya kalau ada penimbang kat rumah, sudah makan nasik, timbang. Keluar dari tandas, timbang... Bila tengok tak turun kita akan mudah rasa putus asa. I don't have any scale at home. Once a month saja timbang di shopping complex sambil2 membeli belah barang2 keperluan.

Second tip yang baru dibaca, yang penting adalah ukurlilit pinggang, berat badan tak penting sangat. So, bila nak start any diet plan, ukur dulu pinggang.

My first diet plan
Dalam dok tercari2 diet mana nak follow, tertengoklak Oprah Winfrey show dengan tetamu jemputan Dr. Oz (Dr Mehmet Oz, parents beliau berasal dari Turki dan muslim! Tak sure about Dr. Oz punya religious, hopefully he's a muslim). Beliau bercerita berkaitan diet kalsium. Saya memang terpegun mendengar cerita kalsium ni...

Diet Kalsium
Menurut Dr. Oz, keramaian kita2 ni including me, tidak ambik kisah sangat tentang keperluan kalsium di dalam badan kita. Kalsium teramat2 penting terutama sekali wanita!

Kata beliau lagi, setiap wanita memerlukan 1200mg kalsium sehari (mesti ambil paling minimum 1000mg sehari). Bagi wanita mengandung keperluan kalsium lebih tinggi, kalau tak silap around 1600mg. Memang sukar untuk mencapainya kecuali kena ambik supplement. Kalau ambik supplement kalsium mesti diambil bersama dengan magnesium untuk mengelakkan sembelit. Untuk membantu penyerapan kalsium pulak, vitamin D diperlukan. Vitamin D ni senang jer, semua orang tahu ni, panas matahari pagi kan elok untuk mendapatkan vitamin D. Apa lagi gunalah waktu itu untuk berjemur selama 15 minit or kalau nak reduce weight lakukan senaman di waktu pagi selama 30 minit.

Part ni yang saya amazed! Menurut Dr. Oz dari kajian yang telah beliau lakukan, kalsium apabila bergabung dengan lemak akan membentuk sesuatu ala2 macam sabun gitu dan akan dikeluarkan mengikut saluran bahan2 kumuhan pejal. Paham2la ikut mana ye..

Menurut Dr Oz lagi, kalau sehari kita mencapai jumlah minimum kalsium yang diperlukan, bermakna 1g lemak berjaya dikurangkan. Memanglah sikit 1g tu, tapi yang lebih penting kita sihat... Baca di sini.

Menurut Dr Oz, kalsium adalah tinggi dalam produk2 tenusu. Sedangkan produk2 tenusu kebanyakkannya berlemak. Menurut beliau, buah tin dan kalau tak silap buah plum mempunyai kalsium yang tinggi. Tak sure pulak buah-buahan kat Malaysia yang mana mempunyai kalsium yang tinggi. Lagipun kajian dibuat di US, buah2an dari sanalah yang boleh saya citer kat sini.


Saya tidak mengambil supplement. Awal2 masa tahu pasal kalsium boleh mengurangkan berat badan, saya minum Dutch Lady Low Fat Milk. 250ml ataupun satu gelas mengandungi 253mg kalsium. Dok congak2 dalam sehari kena minum lebih kurang dalam 4 gelas lebih sehari. Aduhai...Macamana yek? Muak jugak...


Masa ni baru saya tahu kepentingan nutrition information (maklumat nutrisi) pada produk2 makanan yang kita beli. Selama ni tak pernah 'jenguk' pun fakta nutrisi tu....heheh. Tiap kali makan atau minum mesti tengok fakta nutrisi berkaitan jumlah kalsium.


Pastu terbaca pulak, yogurt boleh mengempiskan perut. Apa lagi saya pun belilah Yogurt Low Fat jenama Nestle yang juga punya kalsium yang tinggi iaitu 162mg. Congak2 kalau breakfast dengan segelas susu + yogurt baru 415mg. Hmmm...nak lagi 785mg kalsium. Tiap kali makan jer mesti belek nutrisi info berkaitan dengan kalsium. Masa tu kira minum susu jelah untuk memenuhi keperluan kalsium dalam badan sambil imagine, I will reduce around 1g a day...oklah tu. Yang paling penting, my body cukup kalsium setiap hari.


Pastu dalam dok tercari macamana nak mencukupkan kalsium tanpa perlu minum susu bergelas2 dan jugak tak nak ambik supplement, terjumpalak Cereal Fitnesse keluaran Nestle . If possible cari yang bercampur buah2an, baru selera sikit...kat rumah ni pulak terbeli yang plain, tawar hebiaq! Telan jelah. Menurut fakta nutrisinya, 30g + 125ml full cream milk dah contribute 330mg kalsium. Oklah, at least breakfast dah 330mg, sambil tunggu nak lunch, ngap yogurt, 162m, lepas lunch minum 250ml susu 253mg...So, need another 455g more calcium. Oklah tu...at least half day dah berjaya melebihi separuh daripada keperluan calcium. Pastu minum 2 gelas susu lagi cukuplah keperluan kalsium dalam sehari. Penat jugaklah nak menelan air susu tu.


Dalam dok mencari2 formula untuk mengurangkan pengambilan susu tapi tetap memenuhi keperluan kalsium dalam sehari, tertengoklak Anlene kat Carrefour buat promosi produk baru. Anlene Concentrated Calcium dalam kotak kecik2. Satu kotak kecik mengandungi lebih kurang 600mg kalsium...Wah! Bagus ni...of course belilah. Quite expensive gakla, 4 kotak RM 5 something, tapi mengenangkan nak mencukupkan kalsium dengan cepat, belilah...My hubby pun suka jugak, mempunyai rasa yang agak menarik. Berebutla ngan my hubby hari2...Lelaki only needs 800mg kalsium a day, so sekali sruuuup Anlene kotak kecik and telan yogurt dah almost memenuhi keperluan kalsium dalam sehari!


Kita juga tahu, Rasulullah saw mengamalkan minum susu kerana susu dapat menetapkan suhu badan, penghangat tika musim sejuk dan menurunkan suhu badan tika musim panas!


Itu citer diet kalsium. Cubalah penuhi keperluan kalsium di dalam badan kita setiap hari.

16 comments:

Fattytini said...

Betul betul betul. Susu memang penting dalam ehem, mengubah gaya hidup. We should drink at least a glass of milk a day. Yang tak suka tu, suka-sukakanlah! Banyak kelebihan. Tak pon, anggap je la kita follow sunnah Nabi. Insya Allah, dapat gak markah akhirat hehehe.

Oh by the way, your story inspired me to resume my writings @
fattytini. And, your home address please... ada sesuatu yang tini berhajat nak bagi, hadiah misteri gitu teehee.

nida said...

tini..tulisla tini, k.ida minat sgt info yg tini kasi. sebenarnya k.ida dah habis tulis skrip telenovela bhgn secret ni. k.ida tulis dalam words, sebab kalu tulis dalam blog slow sgt. K.ida cut n paste jer nanti. so, ada rasanya 2 part k.ida cut n paste dari tini punya blog, ni nak minta izinla dulu sblm publish kat blog...izinkan yek!

hadiah misteri?! Nak! Nak! Nak! hahah...nanti kasi e-mel tini, k.ida kasi thru e-mel lah add k.ida

Ummu Auni said...

kak da, beli anlene concentrate tu. mahal juga. tapi bila baca ni rasa berkobar2 nak beli lagi...hari tu buat bones' test, Alhamdulillah, setakat ni safe level lagi..tapi nak usaha banyakkan minum susu.

Fattytini said...

ok nak cut and paste takdak masalah. silakan silakan :-)

email add tini, fattytini@gmail.com

oh semalam pegi carrefour terus pow anlene concentrate tu teehee. tak tengok rege dah. berkorban apa saja bak kata orang :-p

at least murah la lagi drpd pegi slimming center or those slimming products (termasuk la herbalife kuikuikui)

Ibu WA Alim said...

Eh aku nak pi selongkar carilah biji2 calcium yg balance kat mana2..yg baki org mengandung dan bersalin berlambak tu..
Lama dah Cy tak pi ambik calcium kat klinik..dulu2 Cy dok ambil ni utk atasi masalah kebas2 tgn/lengan..

Papa Imran said...

aini...apa yg kita makan n minum skrg adalah utk kebaikan bila kita tua esok2. Ada baiknya kita start jaga skrg...

tini...kalau k.ida jadi promoter anlene, boleh kaya kot ye..hahah..

IWA..carilah biji2 kalsium tu cy, sambil2 tu carila sumber2 kalsium yg asli utk penuhi keperluan badan kita..

aida said...

mmg minat susu anlene concentrate tu.. daqri mula-mula launch lagi. tapi aida ni mmg minat minum susu.. susu putih tu best ooo, dulu masa kat sekolah tak minat lagsung, tapi paksa gak diri masa masuk unversiti

betul cam kak da tulis, kena change lifsetyle.. so kalau tak suka minum susu, kena belajar sukakan.. kalau jarang minum air masak 2 liter sehari, kena belajar minum banyak-banyak :)

nida said...

aida...bagus!bagus! teruskan usaha minum susu tuh...k.ida pun suka minum susu segar tapi suka yg tawaq...yg manis2 tak suka sgt... tapi anlene tu mmg sukalak rasanyer

Ibu WA Alim said...

Cy pun mcm agak2 Ida ni dah jadi duta produk susu rendah lemak Dutch Lady ke..dll tu..?
Cy krg gemar minum susu ni..lagi2 Yoghurt tu..kalu susu pekat manis taruk dlm kopi ke teh ke sukala..tp lama dah tak minum..
Terkejut besar naik nama Papa Amran sbg pengkomentar..! Sebut-sebut nama Aini, Tini dll pulak tu..

nida said...

iwa...gemar2kanlah susu segar tu..cy, ni dari SIL yg dalam bidang food science. dia ckp susu pekat manis tu sebenarnya 80% minyak kelapa sawir dan 20% jer susu..ni utk jenama susu cap junjung. Brand lain % susu lagi kurang...ida dulu kuat jugak menaram susu pekat manis ni..lepas tahu, dah kurangkan..

aida said...

kak ida and CY, aida dah lama tak minum susu pekat manis tu.. rasanya dah lebih dari usia kahwin laa.. ganti ngan fresh milk

mmg kena sukakan diri minum fresh milk, sebab dok pk benefitnya kan

Ibu WA Alim said...

Cy pun sejak 'dikahwinkan' dgn ayahchik ni dah jarang amat minum susu pekat manis ni..masa kat KT dulu ada musim menaram kopi susu dan teh susu sbg sarapan pagi..mmg serat2 naik tubuh..bila dah start minum tu ambil masa juga utk berenti..
Salam maal hijrah Da dan semua..
Semoga thn ini lebih membawa makna..
YA ALLAH TOLONGLAH PALESTIN
WAHAI SAUDARA2KU TOLONGLAH PALESTIN

jie said...

he he kita pun cam interested dgn anlene concentrated awak tu, though i rememember you've told me once about it tapi tak amik pot sangat time tu.. kalu nak kena minum susu byk2 mmg muak.. Anyway, diet plan awak ni rasanya successful la, nampak awak mmg dah reduce down...congrats! keep up the hard work..

nida said...

iwa..salam maal hijrah jugak utk cy. Pasal palestin, wish can contribute more..

Jie..kita rasakan awak patut ada blog on pemakanan..kita suka dengar awak explain in a very simple way so that org2 cam kami ni yg tahu but buat2 tak tahu about healthy food..

Ibu WA Alim said...

Sokonglah blog pemakanan tu..besar manfaat utk kita2 yg ke'krg'an sumber ni..

nida said...

betul tu cy...nanti ida pujuk Jie, jiran ida..MSc in Food Science..