Bercerita pasal mimpi nih, ada satu jenis mimpi iaitu mimpi yang berulang-ulang, dah tu bila bangun rasa cukup miserable. Rasa cukup tak senang hati. Selagi kita tak over come that mimpi, selagi tu lah termimpi-mimpi. Tak taulah mimpi nih dipanggil mimpi apa...
Ada beberapa kali saya mengalami mimpi seperti ini. Satunya ketika ayah sakit di M’sia, manakala saya berada di sebuah negara sejuk untuk menyambung pelajaran. Di sana saya sentiasa mengalami mimpi bahawa ayah sakit tenat. Tiap kali tersedar dari mimpi, saya terus call keluarga di M’sia. Biasanya Umi yang mengangkat telefon, saya mesti akan tanya umi, “Ayah sihat?” jawapan Umi pastinya, “Sihat” wah hal ayah sedang sakit (stroke) sehingga tidak boleh bercakap. Tiap kali mendengar suara ayah, walaupun dia hanya menjawap haa..haa.. cukup melegakan hati saya. Namun, mimpi ayah sakit ini tetap berulang. Pernah satu mimpi itu, saya menangis teresak-esak di sisi ayah yang memang sedang nazak.
Bila balik Malaysia, barulah saya tahu sememangnya ayah saya sakit dan tidak boleh berjalan seperti biasa apatah lagi memandu kereta. Badannya kurus tidak seperti waktu ayah menghantar saya di airport ketika berangkat ke nagara sejuk. Saya menangis sepuas hati bila mengetahui ayah tidak seperti dahulu lagi. Selepas mengetahui keadaan sebenar ayah, saya tidak lagi mengalami mimpi ini.
Mimpi berulang ini terjadi lagi apabila saya tidak memandu kereta terlalu lama iaitu hampir 5 tahun. Saya menjadi fobia untuk memandu kereta walaupun sewaktu bekerja di Kedah, saya sentiasa memandu. Saya sentiasa dihantui mimpi kereta terbabas, brek rosak dan accident. Tiap kali terjaga dari tidur, memang rasa agak tertekan.
Bila Abang mula masuk tadika 2007, saya belajar memandu kembali kerana saya ingin menghantar dan mengambil anak saya dari sekolah. Setelah itu, saya tidak lagi mengalami mimpi ngeri memandu lagi.
Mimpi berulang ini terjadi lagi tapi saya tidak boleh cerita secara penuh mimpi ini. Saya sentiasa bermimpikan tentang seorang rakan lama saya. Tiap kali saya tersedar, saya berasa amat susah hati. Mimpi ini terus berulang beberapa kali. I keep on telling myself that, this is not true. Infact, I make a lot of efforts to make sure that it won’t happen, but still I had this dream. This time ‘the dream’, tidak boleh diselesaikan seperti mana mimpi memandu tadi.
One day, after having another dream about this friend of mine, I woke up and feeling miserable. I said to myself that I have to do something so that this dream will end. All my efforts are not working, so I said to myself that I had to let it go. I did something definitely simple, I don’t even have to stand up. Redha and let it go. Alhamdulillah, I never had that dream again.
After sometimes, my best friend called me informing about the friend that I’ve been dreaming which confirm that my dream in fact was true. Alhamdulillah, because I had already redha before, so, saya menerimanya dengan hati yang terbuka. (Kawan yang sentiasa saya mimpikan tu bukan mati ye...).
Begitu juga kisah seorang jiran saya, yang sentiasa bermimpikan lemas. She told me that, masa kecik2 dulu memang pernah lemas dan memang fobia pada air. She learn how to swim dan sekarang asyik pergi swimming jer. The dream, of courselah hilang.
Sekarang, alhamdulillah saya tidak lagi mengalami mimpi2 yang berulang. Pada saya, bila kita mengalami mimpi yang berulang ini, maknanya something is not settled. Kalau macam mimpi x pandai memandu, we can learn how to drive, x pandai swimming, we can learn how to swim. But, what happen if something that cannot be done macam driving or swimming tadi, ni mcm kes mimpi kat kawan tu lah. Well, Redha and let it go….
19 comments:
Mimpi ggapa ni Da..nak taunya..ggapa jjadi ko dia?
Ko Da dedicated this post to YLA?
YLA ni sapa? ala pening la pakai short form? dok bisik ngan org hok faham je.. hehehe
aida pulak jarang bermimpi..
huhu, nasib baik mimpi tak macam kak da..nasib baik mimpi kita tak menjadi betul
anyway, nak tahu jugok ending kawan tu macam mana (ingatkan mati dah tadi)
nak share jugak hehe.
my recurring dream: dah dekat nak spm, tapi ada satu subject yg cikgu tak ajar langsung. dalam mimpi tu maksu panic sbb langsung tak ready for that 1 subject.
bila bangun dari tidur tak la rasa miserable coz spm dah bepuluh tahun berlalu.
mimpi ni berulang2 sampai la recently. rasanya it stopped after I started my MBA. Agaknya sbb penat sgt attend night class, terus tak bermimpi.
Saya asyik dok mmipi u panggil sit for the exam again..dan hati berdebar-debar dok tunggu result..dr lps meninggalkan u sapala kawin baru bereti..tp dah beb thn kawin mipi tu mari semula..sekali sekala..dgn accesories..packing brglah..dlm bilik asrama lah..hubby dtg lah..
Mipi ni mmg miserable pd saya..eh! Miserable tu ggapa?
IWA..x lah bkn dedicated to cy, ramai cy yg mengalami mimpi sebegini, my jiran, my hubby, puas dah dok habaq kat my hubby nih, let it go.. biarlah, maybe one day he will let it go.. miserable to rasa unhappy or uncomfortable, susah hatilah, berat rasa dada nih...
aida YLA - Your Lovely Auntie, bila tuan empunya diri tulis, mereka membahasakan Your .., bila k.ida tulis, k.ida tulis MLA - My Lovely Auntie. short form nih dimulakan oleh yang membahasakan dirinya YYU lah yg kami dok gelak sakan, bila k.ida n aini tulis, kami tulis MYU, adoih panjangnya nak explain... ni ada satu MLA tulis panjangnya singkatan kat blog MYU, maleh nak fikir..
baguslah x mimpi, k.ida paling nyampah bila asyik mimpi hubby berpoligami, ni time tidur x basuh kaki, i.e: x doa sbb bangun buat susu kat anak2 tgh2 mlm, terus boom. Bila bangun pagi rasa nak 'punch' jer my hubby...hee..hee
aini... and cy too, sorilah x leh nak share the whole story... kat situ pun tulis, x leh nak cerita penuh... sori ye..
ym..maksu kan dpt A semua, why the dream keep recurring?
Cy pong ada mmipi hubby pasang cawangan lain..tp wat mari kat kita..aduhai perasaaan..miserablenya..kena ko tidak tak tau ni..penggunaan miserable tu..dlm mipi tu lah..bila bangun..nnengu mmike..
Tp hak kelakar jugak tu..lo ni..Cy asik juga mmipi..pemuda2 hansem dok approach Cy..de Cy pong seronok sakan..nak membalas cintonya..lps tu Cy teringat..eh aku rasa mcm dah kawin..
IWA...mimpi psl hubby bukak caw. ni x yah ckpla mcm2. Ngan yg kita kenal, ngan yg x kenal, bawak dok sekali ngan kita, x tauler kita pun punyala baik, terima jer...
Tapi, yg seronoknyer pernahla sekali termimpi Christiano Ronaldo, pemain bola sepak Man Utd. Tak taula kenapa dlm byk2 manusia, dia yg muncul dlm mimpi, bukannya kita tgk bola, cuma bila hubby tgk bola sambil kita dok mkn nasik tuh, tgkla si mamat ni dok 'ngolek' bola dan lari mcm lipas kudung dgn gaya 'ek', mmg menyampah kat si mamat nih..
Mimpinya, dia propose kita, lupala pulak dalam BM ke, BI ke, atau dlm bhs portugis, rasanya mamat ni portugal. Dalam pd dia dok pot pet pot pet propose kita tuh, kita dok terfikir, cantik ke aku nih? Macam cy gakla baru jer nak ckp yes! yes! nak! nak! erk...apa ye dlm bhs portugis...pastu terconfuse, aku rasa aku dah kahwin, pastu tersedarla dari mimpi tuh...
Masa mimpi hubby bukak caw, citer kat dia, dia ckp, ish! atau kdg2 tu senyum2 kambing. Citer gak kat hubby mimpi nih, sajer nak suruh dia jeles...hee..hee..biar dia tau, bini dia ni laku jgk...hee..heee..
aduh mimpi kene propose tu yang tak tahan.. especially bab christiano ronaldo tu..
hehehe, kalau kawen ngan ronaldo tu kak da, kaya dari segi material tu..
CY, pemuda hensem mana yang dok propose kat CY tu?
Mimpi Cy tu bknlah mcm Kak Da..exactly yg sama berulang..
Mimpi Cy tu mainan tido je..mungkin terkilan..minat kat org yg hansem2 dulu2 tp takde approach..
aida..ish! dia tu kan non-muslim..eh! mcm real plak..hee..hee..hidup mcm ni pun dah alhamdulillah..
IWA...ida pun mainan tido, mimpi time x baca doa, mcm yg ida ckp kat aida tuh, tapi keraplah...tu hubby ckp, kerap sgt fikir benda gitulah tu... mungkinla kot, yela jadi surirumah nikan, tgk yg pi kerja lawa2 jer, kita badan dah bertukar jadi buah pear, rungsing gakla... tambah2 perangai pun x cantik mana...hee..hee...
Masa2 kecik2 sehingga remaja, Cy suka mimpi anjing dok kacau, dok terlompat2 sekeliling nak gigit..Cy pernah mengadu kat Cn..dia ada komen..tp Cy dah lupa apa dia..
Cy mmg takut sikit dgn anjing ni..sampai skrg pun..kalu nampak anjing.. Cy yg menyipi lalu..
Masa dok Pg dulu byk anjing d sekitar kws2 perumahan yg Cy pernah sewa..ala susahnya nak lalu..
dan Cy pernah terjatuh motor d kejar anjing..
Yg 2x lg tu tak jatuh..tp seramla..main terkam je..dan kejar sampai dah hampir menggigit paha kita..
Skrg kalu berjln d kws perumahan Cy ni..kalu nampak anjing..Cy ambil lah kayu ke..batu ke..krg2 genggam penumbuk..lps tu anjing tu la plak yag menyipi lalu kat Cy..
Sian IWA fobia dengan anjing. Org Muslim Malaysia memang umumnya agak fobia dgn anjing.
Sebenarnya anjing ni Tuhan jadikan sbg makhluk yang agak jinak dan boleh dilatih. Dan org Islam boleh gunakan anjing untuk jaga harta-benda dan memburu. Bila kita buru binatang, pas tu anjing pergi ambik/gigit binatang tu (cth: burung) bawa kat kita, okay jer kita proses burung tu untuk makan ...walau dah kena airliur anjing ;)
Di Barat, digunakan sebagai guide orang buta. anjing2 ni dipanggil "guide dog" yang menemani orang buta utk pergi ke mana-mana.
Anjing juga digunakan untuk mengesan sesetengah penyakit, kalau tak silap anjing boleh kesan akan berlaku stroke pada seseorang sedang orang tu belum lagi kena stroke & teknologi perubatan moden pun tidak boleh kesan.
Ini telah terbukti keberkesanannya. Subhanallah itulah antara keistimewaan anjing.
Pada hemat saya, dalam Islam kita juga boleh memanfaatkan anjing untuk guide dog orang buta dan untuk kesan orang yg risiko tinggi akan kena stroke - Allahu a'alam. Perlu rujuk fatwa ulama'.
Lg satu mimpi yg miserable ialah mimpi sesat..bila pegi mana2 tak jumpa jln pulang..dr zmn bebudak jugak dok mimpi lagu ni..
Kalu dah terjaga pun miserable tu ttp ada..
MLA...kesiannya cy, ida pun ada beberapa tragedi ngan anjing masa dok UK dulu.. mimpi sesat jln, mesti stress...ida pernah mimpi perang, kerap gak berulang masa tu, time perang kat iraq, kelam kelibut lari ngan anak2, hubby lak tak tau hilang pi mana..lepas bangun x yah ckpla perasaan, hanya Tuhan yg tahu..
MYU..ada baca di satu blog ni, she's a devoted muslim but she let her kids sentuh2 anjing, yg ida faham pun kena samak time basah je..
Ini lg mimpi Cy..
Mimpi diganggu syaitan..sejak awal remaja lg la jugak..
Tak nampak apa2 dlm mimpi tu..cuma perasan akan/sdg diganggu syaitan..lps tu badan rasa mcm kena rat..dan mulut sukar melafazkan kalimah2 suci..kita akan terjaga selps kita berjaya melawan gangguan ini..dan badan kita agak letih sikit lps tu..
Last2 ini dah jd medley mimpi2 Cy la plak..
psl kena tindih ni, masa remaja dulu keraplah, dah kawin ni x de plk. Cuma 2 minggu lepas bila si kecil x leh tido mlm, bwk la dia pi tido buai kat bilik blkg, masa tu kul 2/3am, ida tido jela kat blk tu. sekali kena tindih yg sukar lafaz kalimah, x leh nak nafas sgt, pastu bila baca gak kalimah2, tersedar, terus angkat anak pi tido bilik utama balik, serik rasanya...
Hm..mimpi perang2 ni masa zmn remaja dulu ada la..mmg dlm mimpi tu masalahnya nak menyelamatkan diri la..dan ketakutan..
Tp yg +venya..asyik dok berfikir semasa jaga..kalu pperang nak lari mmana..sbb kawan2 kat Huda Hostel dulu selalu ckp Thailand nak serang kita..masa kat Pg pulak..Singapore anytime blh serang kita..
At last, hati ini menekadkan..masa tu la..takkan takut..akan hadapi..dan plan cara2 utk selamatkan diri..
Lps tragedi tsunamai, ada jugak mimpi tsunami..real tu ombak menggunung dpn mata..dan kita plan nak selamatkan diri dan ahli keluarga..
Ada 3 kategori mimpi kan?
1/ Mimpi mainan tidur
2/ Mimpi gangguan syaitan
3/ Mimpi ilham Illahi
Hubby kata..awak tu mimpi mcm tu sbb tido tu kebumm..! mcm tu je..tak baca apa2..
x taula cy kategori mimpi tu, cuma kalau tido kebum tu, bila bangun buat susu kat anak, mmg kebumbum...
Post a Comment