(Caution: The writer is just a full time housewife, please consult your doctor if you want to follow any diet plan)
First of all, I'm not fully success yet with my new lifestyle. Anyway, I have to be positive. Every kg I've shed off, I should be thankful. I'm still in the process of mengurangkan lemak especially kat bahagian perut. Tapi, tak pelah, even though I'm not 100% successful yet, I would love to share some info that I've read, watch on TV and what I've done.
Have a target!
Ingat lagi masa Tini citer yang kita kena ada target kalau nak berdiet. K.Ida ingat K.Ida tak letak implicit target but more too explicit target. My answer was, “K.Ida nak kurus sikit bila hari raya puasa nanti...” K.Ida tak cakap nak turun 5kgs or 10kgs. Sebenarnya, tak terlintas pun di fikiran yang berat badan akan berkurang. In fact masa tu tak rasa akan berjaya untuk menurunkan berat badan. Cuma yang terfikir, mesti aku turun 1/2kg jer ni dalam masa 6 bulan..
Sebelum Tini and Aida datang, adalah tulis diari pemakanan. Baru tertengok rupanya 9 Julai 08, my target adalah 58kg by 1st Oct 08. Tak perasan pun sebenarnya ada tulis target kat diary ni, Alhamdulillah berjaya mencapai target by 21st Sept 08.
Change Our Lifestyle
Dalam dok tercari2 diet plan, sekali tertengok Oprah punya show bersama Dr.Oz bercerita tentang healthy lifestyle. Dr. Oz said he prefers to call it as Change Our Lifestyle daripada menggunakan perkataan Diet. Saya pun suka the terms! Rasanya kurang sikit stress bila cakap tukar gaya hidup daripada guna perkataan diet.
Pertama-tama sekali sebelum nak start any kind of diet plan, saya pegang 3 perkara:
Determination
My determination: My BMA and my hubby's BMA..teehee...
Discipline
Bab disiplin ni paling sukar. Tapi ada satu simple cerita. Being a full time housewife for almost 7 years, saya tak pernah ambil kisah tentang kesihatan kaki. Walaupun beli selipar untuk dipakai dalam rumah, selalu jer terlupa pakai. Sampai satu tahap, kaki pecah2, kategori teruk! Setiap malam nak tidur pula, selalu jer rasa sakit menyucuk2 kat tapak kaki, maybe because of my weight!
Sebelum tu ada apply Glysolid yang diberi oleh MIL semasa beliau menunaikan umrah. Glysolid ni untuk merawat bahagian2 kasar pada badan. I used it to apply kat kaki yang pecah bila my hubby's auntie said memang elok untuk kaki yang pecah2. Masa tu apply on and off , kerap off la, bila teringat baru apply. Pastu “Ah! Tak berkesan pun!”. I stopped. Lamaaaaa lepas tu, tiba2 tengok kaki yang pecah dah jadi makin teruk. Apply balik Glysolid tu everynight for a month, baru nampak perubahan. Selipar dalam rumah memang start pakai setiap masa. Alhamdulillah, sekarang cuma nampak jalur2 saja. Even kaki yang sakit menyucuk tu pun dah hilang. Till now I still apply it sebab nak habiskan the stuff, dah lama sebenarnya Glysolid tu dok melepak kat dalam rumah ni...
Sebenarnya nak citer kalau kita disiplin, Insyaallah it works. Asalkan kita tak mengharap result yang cepat dan jangan cepat putus asa...
Ketabahan
Memang kena tabahla!
How do I change my lifestyle
Dua perkara sahaja yang saya buat to change my lifestyle:
1. Bertukar kepada cara pemakanan yang sihat (bukan berlapar!!)
2. Bersenam
My Simple Tips
My first simple tip is jangan beli mesin penimbang or ada mesin penimbang di rumah. Sebabnya kalau ada penimbang kat rumah, sudah makan nasik, timbang. Keluar dari tandas, timbang... Bila tengok tak turun kita akan mudah rasa putus asa. I don't have any scale at home. Once a month saja timbang di shopping complex sambil2 membeli belah barang2 keperluan.
Second tip yang baru dibaca, yang penting adalah ukurlilit pinggang, berat badan tak penting sangat. So, bila nak start any diet plan, ukur dulu pinggang.
My first diet plan
Dalam dok tercari2 diet mana nak follow, tertengoklak Oprah Winfrey show dengan tetamu jemputan Dr. Oz (Dr Mehmet Oz, parents beliau berasal dari Turki dan muslim! Tak sure about Dr. Oz punya religious, hopefully he's a muslim). Beliau bercerita berkaitan diet kalsium. Saya memang terpegun mendengar cerita kalsium ni...
Diet Kalsium
Menurut Dr. Oz, keramaian kita2 ni including me, tidak ambik kisah sangat tentang keperluan kalsium di dalam badan kita. Kalsium teramat2 penting terutama sekali wanita!
Kata beliau lagi, setiap wanita memerlukan 1200mg kalsium sehari (mesti ambil paling minimum 1000mg sehari). Bagi wanita mengandung keperluan kalsium lebih tinggi, kalau tak silap around 1600mg. Memang sukar untuk mencapainya kecuali kena ambik supplement. Kalau ambik supplement kalsium mesti diambil bersama dengan magnesium untuk mengelakkan sembelit. Untuk membantu penyerapan kalsium pulak, vitamin D diperlukan. Vitamin D ni senang jer, semua orang tahu ni, panas matahari pagi kan elok untuk mendapatkan vitamin D. Apa lagi gunalah waktu itu untuk berjemur selama 15 minit or kalau nak reduce weight lakukan senaman di waktu pagi selama 30 minit.
Part ni yang saya amazed! Menurut Dr. Oz dari kajian yang telah beliau lakukan, kalsium apabila bergabung dengan lemak akan membentuk sesuatu ala2 macam sabun gitu dan akan dikeluarkan mengikut saluran bahan2 kumuhan pejal. Paham2la ikut mana ye..
Menurut Dr Oz lagi, kalau sehari kita mencapai jumlah minimum kalsium yang diperlukan, bermakna 1g lemak berjaya dikurangkan. Memanglah sikit 1g tu, tapi yang lebih penting kita sihat... Baca di sini.
Menurut Dr Oz, kalsium adalah tinggi dalam produk2 tenusu. Sedangkan produk2 tenusu kebanyakkannya berlemak. Menurut beliau, buah tin dan kalau tak silap buah plum mempunyai kalsium yang tinggi. Tak sure pulak buah-buahan kat Malaysia yang mana mempunyai kalsium yang tinggi. Lagipun kajian dibuat di US, buah2an dari sanalah yang boleh saya citer kat sini.
Saya tidak mengambil supplement. Awal2 masa tahu pasal kalsium boleh mengurangkan berat badan, saya minum Dutch Lady Low Fat Milk. 250ml ataupun satu gelas mengandungi 253mg kalsium. Dok congak2 dalam sehari kena minum lebih kurang dalam 4 gelas lebih sehari. Aduhai...Macamana yek? Muak jugak...
Masa ni baru saya tahu kepentingan nutrition information (maklumat nutrisi) pada produk2 makanan yang kita beli. Selama ni tak pernah 'jenguk' pun fakta nutrisi tu....heheh. Tiap kali makan atau minum mesti tengok fakta nutrisi berkaitan jumlah kalsium.
Pastu terbaca pulak, yogurt boleh mengempiskan perut. Apa lagi saya pun belilah Yogurt Low Fat jenama Nestle yang juga punya kalsium yang tinggi iaitu 162mg. Congak2 kalau breakfast dengan segelas susu + yogurt baru 415mg. Hmmm...nak lagi 785mg kalsium. Tiap kali makan jer mesti belek nutrisi info berkaitan dengan kalsium. Masa tu kira minum susu jelah untuk memenuhi keperluan kalsium dalam badan sambil imagine, I will reduce around 1g a day...oklah tu. Yang paling penting, my body cukup kalsium setiap hari.
Pastu dalam dok tercari macamana nak mencukupkan kalsium tanpa perlu minum susu bergelas2 dan jugak tak nak ambik supplement, terjumpalak Cereal Fitnesse keluaran Nestle . If possible cari yang bercampur buah2an, baru selera sikit...kat rumah ni pulak terbeli yang plain, tawar hebiaq! Telan jelah. Menurut fakta nutrisinya, 30g + 125ml full cream milk dah contribute 330mg kalsium. Oklah, at least breakfast dah 330mg, sambil tunggu nak lunch, ngap yogurt, 162m, lepas lunch minum 250ml susu 253mg...So, need another 455g more calcium. Oklah tu...at least half day dah berjaya melebihi separuh daripada keperluan calcium. Pastu minum 2 gelas susu lagi cukuplah keperluan kalsium dalam sehari. Penat jugaklah nak menelan air susu tu.
Dalam dok mencari2 formula untuk mengurangkan pengambilan susu tapi tetap memenuhi keperluan kalsium dalam sehari, tertengoklak Anlene kat Carrefour buat promosi produk baru. Anlene Concentrated Calcium dalam kotak kecik2. Satu kotak kecik mengandungi lebih kurang 600mg kalsium...Wah! Bagus ni...of course belilah. Quite expensive gakla, 4 kotak RM 5 something, tapi mengenangkan nak mencukupkan kalsium dengan cepat, belilah...My hubby pun suka jugak, mempunyai rasa yang agak menarik. Berebutla ngan my hubby hari2...Lelaki only needs 800mg kalsium a day, so sekali sruuuup Anlene kotak kecik and telan yogurt dah almost memenuhi keperluan kalsium dalam sehari!
Kita juga tahu, Rasulullah saw mengamalkan minum susu kerana susu dapat menetapkan suhu badan, penghangat tika musim sejuk dan menurunkan suhu badan tika musim panas!
Itu citer diet kalsium. Cubalah penuhi keperluan kalsium di dalam badan kita setiap hari.