25.11.08

From XXXL to XL: Part I

"Hints"

Berat:
13 July '08 63 kgs
31 August '08 60 kgs
21 Sept '08 - present 58 kgs

Ukurlilit:
Pinggang berkurangan 13 cm

Yes! I lost 5 kgs in two months. But before I share my secret, let's talk about hints from people around me..

Oden tau memang ramai pompuan bila masuk usia 30an mula mengeluh pasal masalah gemuk, masalah kulit dan masalah kesihatan. Oden mengalami ketiga2 masalah yang disebutkan di atas. Tapi, yang oden nak citer dulu ialah masalah overweight odenla suatu ketika dahulu (chewah mcm lama...).

Oden dah 8 tahun mendirikan, 7 tahun kahwin oden dianugerahkan 4 putera, '02, '03, '06, '07. Logikla kan nape badan oden ni bagai dipam2. Belum sempat oden mengempiskan perut, oden mengandung lagi. MIL cakap oden ni 'kerek' beranak, malu odennn...heheh... oden dengan hubby sama-sama subur kira masalah kesuburan melampaulah..

Well, ni oden nak mulakan citer bagaimana oden boleh tak sedar diri bahawasanya oden ni dah masuk kategori 'heavyweight'. Walaupun dah ramai kaum kerabat oden menegur termasuklah hubby kesayangan oden yang banyak kali memberi hint2 supaya mengurangkan lebihan lemak yang menonjol pada badan oden nih, tapi seriously oden tak rasa pun oden gemuk walaupun oden cukup menyampah tiap kali oden tengok perut oden yang dengan seronoknya landing kat atas riba oden.

Antara teguran yang oden terima:
Umi oden: "Uh! Uh! Uh! Perghut sama besar nga Umi!"
My Reply: "Oooo...anok umi tu gak.."

Adik pompuan oden: "K.Da jale gegar rumah2."
My Reply: "Maca gajoh deh..hehe." Both of us gelak..

Kakak Dr: "Banyoknyo mung make nasik"
No comment dan menghabiskan sisa2 nasi dalam pinggan.

Semasa pantang tak tau kenapa memang enjoy sgt2 makan nasik walaupun berlaukkan ikan masin...memang gemor ikan masin nih...ada masa bertambah:

Mok, masa pantang anak pertama, bila Mok nampak oden tambah nasik:
"Kalu ore dulu2, tok wi namboh nasik. Kalu nok make banyok, ambik banyok selalu."

Oden took Mok advise, pantang anak2 seterusnya, oden letak nasik byk2 dan pada pandangan oden masih sikit.
My Auntie, CN: "Banyok make nasik, dale pate, tok leh make banyok." Of course, I'll explain to my CN what Mok had told oden, memang tak ambik kisah betul oden nih.

Oden jugak ingat, auntie oden yang muda pernah ckp: "Ida berisi lepas beranak, masa ngandung kurus." Oh! Maksuku, mmg enjoy makan nasik ngan ikan kering tuh, itulah masalah yang menyebabkan badan oden naik setelah oden investigate napela oden naik berat badan.

Hubby oden banyak kali kasi hint dan seperti biasa oden memberi alasan, "Org bersalin ni yangggg.....ambik masa 2 years utk kurus balik, tapi takkan jadi body anak dara balikla." Tiap kali oden jumpa fakta yg mengatakan kesukaran org lepas bersalin kurus balik, cepat2 oden baca kat tepi hubby oden supaya hubby oden menerima oden seadanya walaupun oden tak pernah melakukan senaman dan terus membelasah nasik2 dalam pinggan oden, anak2 oden yang tak habis dan jugak kalau ada serpihan nasik kat dalam periuk, odenla yang menghabiskannya. Oden tak suka membazir, lagipun oden tak bela ayam itik yang kalau nasik tak habis bolehla ayam itik oden tolong habiskan.

Hint dari hubby oden ialah beli kasut sukan, oden pakai sekali atau dua kali. Pastu dok berkepuk kat tempat kasut. Hubby oden pernah gak cakap gini, "B, org pompuan tak takut ke kalau hubby dia tinggalkan atas sebab gemuk." Hubby oden nih memang cakap penuh kesopanan dan kesusilaan, rukunegara kelima tu dia pegang sangat2. Maklumla, dia kenal sangat2 perangai sensitif oden nih. Oden jawab simple jer, "Tok taula ore lain, tapi kalu sayo tok takut hubby tinggalkan sebab gemuk, tapi sebab perangai huduh sayo nih." hee...hee...menjawab lagi tu, memang tak leh masuk kategori isteri solehah betul...

Don't blame your hubby or other people when they commented on your weight, niatnya ikhlas, supaya kita sihat dan ceria and of course will boost your confident. Your hubby will support you throughout your journey to lost weight and the most important thing you'll be the most happiest person when that fat started to melt!

Sayang, I dah berjaya mengurangkan 5 kgs, tak de hadiah ke? Coklat ke or celebrate makan2..hehehe.. makan2 ajer... Jangan kasi present track suit dah ler...

9 comments:

tinidewi said...

Pergh! Cayalah K.Ida..... Bila la sempat nak jumpa K.Ida yang saiz XL punya hehehe....

Series tabik spring. Saya pre-Raya berjaya turun 8 kg in total, post-Raya tak berani timbang kuikuikui. Banyak sangat challengesnya. Hari2 makan free kat hotel, mana boleh tolak huhuhu.

Alhamdulillah, nightmare itu telah berakhir, started my diet since last Monday. Wish me luck!

nida said...

tinidewi...heheheh...k.ida want to thanx for your help too, part tini dtg umah k.ida pun akan k.ida tulis in this blog, tunggu ye!

K.ida ingat lepas raya akan naik 1/2kgs sebab kerap sgt pi open house dan memenuhi semua jemputan n jemputan perut juga hehe... alhamdulillah maintain, maybe dah pandai control kuantiti of rice (chewah perasan sendiri pulak)

Updatela tininye blog, k.ida selalu pi visit. Love to read your diary and your way of diet. No pantang of any food, k.ida pun follow tini gakla ni, x de satu food pun k.ida pantang, yg bergoreng, berminyak, cuma small quantity...thanx again Tini!

nida said...

bukan 1/2 kgs but 1 or 2 kgs...

aida said...

kak ida, buatlah part 2.. diet plan pulak
huh, best best...

last week aida cakap kat hubby berat susah nak turun dh.. (skrg 49 kg).. so dia ada lah jugak cakap, suami ni sokmo takdelah kisah sgt pasal benda ni, tapi dia nak la isteri dia tu kurus/maintain cam anak dara k.. desyum tertampar rasanya. sebelum ni dia senyap jer

tapi dah janji ngan diri sendiri dan dia, aida nak dpt berat anak dara baru leh pregnant balik..

nida said...

aida...sabar2, nanti ada episod seterusnya. susahla da nak menulis skrg ni, byk sgt gangguan..

da, berat yg susah nak turun tu adalah lemak, mmg kena bersenam. k.ida pun maintain at 58, kira 5kgs tu berat air, yg lain2 tu lemak padu!

hubby mmg gitula da, dia ckp ok..ok.. walhal x ok!

Da, k.ida rasa da dah ok, kurus sgt x cantikla. Org laki suka kalau kita 'lemak manis' skit!

Ibu WA Alim said...

Ptg tadi Cy dah mai sini tulis komen tp bila preview keluar blank screen kat comment pop up window pahtu dia catat done..
Sbnrnya kebelakangan ni asyik bermasalah nak preview/publish comment dan juga nak buka comment pop up window..
Samada comp/perisian bermasalah ataupun Mozila punya masalah Cy pun tak tau..
Ni try je lah ni..samada sangkut lagi ke tidak tak taula..
Tadi tu nak kata :
Ikan kering tu mmglah menyelerakan..mcm budu, cencalok dan juga tempoyak..sbb tu makan byk/bertambah..
Sbnrnya rumah Cy ni jarang hubby nak beli ikan kering dll yg sebangsa dgnnya tu..dr Cy mula2 kawin lagi..
Cy dok ingat sbb ada antara benda2 tu yg makruh ataupun sbb benda2 tu semua meninggalkan bau yg tak menyenangkan pd mulut/tangan/badan pemakannya, juga kat langsir2 rumah bila menggorengnya..tp lama2 Cy fikir mungkin sbnrnya hubby kegerunan krn mungkin pernah terlihat Cy membantai benda2 tu semua..
Tp wbp disekat2 dan ditahan2..selera Cy ni nampaknya tolak batu dgn kayu je kot..
Satu lagi, Cy hrp Da dpt maintain berat badan ni ataupun dpt menurunkan lagi beberapa kg..taknaklah Da jadi mcm yg pernah jadi pd Cy dulu :
Berjaya menurunkan berat badan dr 59kg ke 53kg dlm masa +-10 bulan pahtu naik mendadak dlm masa 1 bulan je dr 53kg ke 59kg..d bln puasa pulak tu..
Lps tu dia terus naik dan terus naik..dan tak turun2 lagi..
So, be carefull..

Ummu Auni said...

congrats kak da....aini tak berani nak ukur lilit pinggang. hehehe...tapi dari 62, baru turun jadi 58 kg ni..

nida said...

iwa..ida n hubby pun jrg sgt2 beli ikan kering kat sini, biasanya pemberian jiran n sedara-mara. Kalu dlm pantang mmg bantai habis2anla.

Tq atas nasihat cy, ida mmg nak maintain dan turunkan dalam 3 kg lagi, rasa seronok dgn badan skrg compare masa 63 dulu...mcm2 rasa dulu, badan rasa malas je kalu dah duduk, nak bangun balik, skrg dah rasa ringan sikit, buat kerja pun rasa laju skit dari dulu..heheh.. perasan la ni...haha..

UA...bersyukurla aini dah banyak turun tu...tapi, masa jumpa aini hari tu x nampak berisi cam k.ida. K.ida at 58 pun still 'gebu2' lagi esp kat perut...geram betul perut nih!

Ummu Auni said...

kak da, aini pula nampak kak da tak berisi sangat sebab terasa diriku gemuk.
ilusi masing2 kut
hahaha