5.8.08

Kisah Puteri Rasulullah saw (Siti Fatimah r.a)


Oleh Sharifah Norhashimah,2003-09-26 14:03:03

Kisah Puteri Rasulullah s. a. w. yang bernama Siti Fatimah r. a.:

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. keadilan dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. taubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. kedermawan dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

8 comments:

Ibu WA Alim said...

Cy tak dpt on computer dr Isnin mlm..kiranya 2 1/2 hari @ 60 jam breaklah..ni baru dpt on..
Rindu ke?
Selalu kita amalkan tasbih, tahmid dqn takbir tu 33 kali setiap usai solat fardhu..? Agaknya ada hadis lain lg yg menyatakan bilangan ini..?

Yasmin's Mummy said...

itu zaman dulu2, jauh lagi susah dari kita sekarang kan yg dah ada electicity, water, gas. tapi itu pun tetap rasa berat (myself lah).

jie said...

hmm lama tak log in blog awak.. semakin lively and happening nampaknya. Kita ada gak dapat email from fren about the bacaan sebelum tidur tu (the very same thing). Try to implement but sometimes not even finish the counting mata dah lolap...

nida said...

cy...ida pun tahu yg 33 jgk, tapi sekali fikir logik gak 10x each utk setiap zikr lps semayang tu, bukan apa mmg ngan anak2 nih, kdg2 doa pun x sempat...tgh2 smayang anak nangis, smayang pun cepat2...tapi, x taulah, mungkin cy boleh tgkkan?

ym...samalah mak su, nipun kain yg x dilipat dah jadi gunung kinabalu, mmg tgh maleh nak melipat kain 3/4 hari nih, sentiasa wish ada mesin lipat kain...

ruziah...bestnyer awak pun komen.. lively n happening?! hee..hee..cut n paste jelah, x sompet... At least awak try la gak, kita nih, baca doa tido yg pendek tuh, pastu gaduh ngan anak2 nih suruh depa tido, pastu baca lg doa tido, gitulah seterusnya... x zikr, kena start implement cam awaklah...

Ibu WA Alim said...

Nak suruh Cy tgkkan anak2 time Da semayang ke nak suruh Cy tgkkan hadis yg sebutkan 33 x lps solat tu..?
Cy percaya apa yg tlh diamalkan oleh ramai org tentu ada sandarannya..wp ada juga yg tersasul satu dua..
Cy teringat dulu Tok Ya ada baca kitab atas masjid d GS, bacanya, kena baca tasbih, tahmid dan takbir ini 33x slps solat fardhu, kena bilang sendiri bg betul 33x tu..jgn main ikut je bacaan imam tu..dia selesai, kita pun selesai..
Wallahu a'lam.

nida said...

hee..hee..cy ni, tgkkan hadith, tapi kalu nak tolong tgkkan anak2 ida time smayang, kecikkk tapak tangan, anak2 dihulurkan.... mmg byk dugaan time smayang...

Ibu WA Alim said...

Sebut pasal sembahyang, td pun dah teringat, minggu lps dlm kelas fardhu ain, tgh cerita bab semayang, sebut pulak pasal mak2 dgn anak2 kecik bersolat, so Cy tanya utk pasti, Ustaz kata tak blh kita solat dgn anak2 dok mmain nnusuk dlm telekung semayang kita tu, depa dok ateh sejadah pon dah tak blh..dia kata kalau renovate rumah tu buatlah kandang, dlm rumah agar kalu kita semayang ttepi kandang tu, anak2 dok dlm kandang tu takleh sentuh kita dan depa pon selamatlah semetara kita semayang tu..

nida said...

IWA..sebelum ni ida jenis tak kisah kalau anak2 sentuh time ida semayang. Anak2 ida jenis yang tak tidur siang. Kalau nak tunggu tidur memang tak semayanglah. Pastu, MIL selalu cakap anak kecik x leh sentuh time semayang. Masa tu ida try praktikkan, seriusly rasa susahnya..

Masa ada Abang+Jat, ida pi semayang sorang2 dalam bilik, melalak sakan dua orang tuh...

Loni, ida semayang jer depan anak2, nak tunjuk kat anak2 kita wajib semayang (mendidik) bab2 solat nih.

Boleh tak tanya ustaz tu reason tak boleh with dalil? Bukan apa Ida in doubt about this since dapat first baby.

Ni yang ida dok baca loni, dalam buku Anakku Hebat Anakku Soleh...

Ida tulis sebijik cam dalam buku la ye..
1. Rasulullah saw juga pernah mendukung cucunya Umamah binti al-'Ash bin al-Rabi, anak kepada anak perempuannya, semasa solat. Ketika bangkit baginda mendukungnya dan bila sujud baginda meletakkannya.

Yang ni Ida dengar cerita since zaman sekolah lagi dan dalam buku ni ada cerita
2. Al-Hassan dan al-Husein pernah menunggang belakang Rasulullah saw ketika baginda solat (sujud) menyebabkan baginda memanjangkan solat baginda (supaya keduanya tidak jatuh).

Satu lagi yang ida pernah dengar (tak taula ye ke tak), zaman Rasulullah saw jugak, ada perempuan ni semayang sambil tepuk2 anak kecilnya yang sedang menangis. (Jgn pakai dululah, kena cari dulu dalil citer ni)

Ni ida dah dengar dari dua mulut ibu2 yg mereka tinggalkan semayang sebab susahnya dengan anak2 nih.

Zaman Rasulullah saw ramai perempuan yang ada ramai anak, tak pernah dengar pasal buat kandang nih. Tak pernah jugak diceritakan bagaimana wanita2 zaman Rasulullah saw menunaikan solat tanpa diganggu oleh anak2.

Rasanya yang in doubt pasal baby pakai pampers nih..

Pada idalah, bukankan Islam itu memudahkan...