Peringatan buat diri ini yang sentiasa lupa....
Masa itu saya sedang membuai anak yang paling kecil, tangan ini membelek-belek satu suratkhabar alternatif, terpandang tajuk "SMS matahari naik dari sebelah barat di Marikh". Tajuk ini sebenarnya di bawah ruangan Bersama Dato' Dr Haron Din. Saya begitu asyik membaca ulasan Dato' Dr Harun Din sehingga kain yang dijemur habis basah lantaran tidak kedengaran bunyi hujan. Malahan, jiran saya yang prihatin melihat kain jemuran saya yang bakal ditimpa hujan itu telah menelefon sebanyak 5 kali tidak saya dengari.
Ceritanya begini, seorang pembaca mengutarakan soalan berkaitan sms yang diterimanya berbunyi begini;
"Maklumat benar-planet Mars atau Marikh telah berlaku putaran terbalik menyebabkan matahari yang selama ini naik dari timur dan turun ke arah barat di Mars, telah terbalik, naik dari arah barat dan tenggelam di sebelah timur. Hal yang sama akan segera berlaku ke atas bumi kita kelak, menandakan kiamat terlalu hampir, bersedialah menghadapi kiamat, sumbernya Dato' Dr Harun Din."
Si Pembaca ini menanyakan samada benarkah sms yang diterimanya.
Ini adalah ulasan serba sedikit dari Dato' Dr Haron Din (DDHD) sendiri. DDHD memberitahu bahawa beliau juga menerima sms tersebut. Menurut DDHD, beliau ada mengulas tentang fenomena putaran terbalik ini dalam satu dua ceramah di Bangi dan mungkin ada pendengar telah menyebarkannya melalui sms.
Menurut beliau fenomena yang dipanggil oleh astronomi sebagai 'retrograde motion' ke atas Mars bukanlah cerita baru. Beliau adalah pelanggan tetap majalah antarabangsa 'Mujtamak'. Menurut beliau lagi, majalah tersebut keluaran Feb, 2006, 1687 halaman 65, telah menyiarkan gambar Mars dan meletakkan tajuk besar yang bermaksud 'Fenomena Planet Mars'. Artikel itu menyatakan bahawa Planet Marikh ini telah terhenti peredarannya pada 30 Julai 2005, berpatah balik putarannya dari putaran menghala ke timur ke putaran menghala ke barat. Penulisnya membuat ulasan bahawa fenomena tersebut menyebabkan berlaku perubahan dimana matahari yang sebelum ini naik dari sebelah timur di atas Mars telah berubah iaitu naik dari sebelah barat dan turun di sebelah timur. Artikel ini adalah berdasarkan dari website yang ditulis oleh Joe Rao (DDHD tulis Jourao).
**saya baru melawati website tulisan Joe Rao kejadian berlaku pada 30 Julai 2003 bukan 2005, dan terjadi lagi pada 1 October 2005. Menurut artikel di dalam website tersebut, "All the planets exhibit this 'retrograde motion' at one time or another". (Bumi adalah salah satu dari planet!). Artikel yang menarik untuk dibaca bagaimana fenomena keterbalikkan secara saintifik terjadi**
Menurut DDHD lagi tidak mustahil fenomena ini akan berlaku juga ke atas bumi, fenomena keterbalikan, naik turun matahari ke atas bumi dari arah bertentangan adalah suatu hakikat. Kata beliau, selama ini kita hanya menerima pakai hadith (sahih) Rasulullah saw yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah ra:
"Tidak akan berlaku Kiamat, sehinggalah matahari berubah arah, naik dari arah barat dan turun ke arah timur. Apabila berlaku sedemikian nanti, banyaklah manusia kufur akan memeluk Islam ketika itu, akan tetapi beriman di waktu itu tidak berguna sekiranya mereka tidak beriman sebelumnya." Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Menurut DDHD, apa yang telah ditulis oleh Joe Rao di website disusuli pula dengan laporan dari majalah al-Mujtamak, samada cerita ini benar-benar berlaku atau sekadar rekaan ia bukanlah persoalan pokok. Menurutnya lagi apa yang disebutkan baginda Rasulullah saw dalam hadith di atas adalah perkara betul dan pasti akan berlaku.
Beliau juga menyatakan yang selama ini beliau tertanya-tanya bagaimana caranya matahari naik dari sebelah barat. (maksud beliau di sini adalah dari segi saintifik, bukan mempersoalkan kebolehan Yang Maha Kuasa). Ini yang ditulis beliau, "Selama ini saya tertanya-tanya bagaimana caranya matahari akan naik dari barat. Tiada jawapan yang saintifik kepada saya. Kerana saya bukan ahli astronomi".
Sejak zaman Nabi Muhammad saw, Allah swt mahfumnya yang bermaksud:
"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan (Kiamat), sedangkan mereka masih dalam kelalaian dan tidak hiraukan persediaannya". (Al-Anbiya, ayat 1)
Secara jujurnya, saya sudah membaca ulasan DDHD minggu lepas lagi, namun hakikatnya saya masih berada pada takuk yang lama samada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Saya cukup takut, adakah selama ini saya sering berada pada tahap selemah-lemah iman....

24 comments:
Da, siapa Joe Rao tu..? Blh diterimapakai ke maklumat yg di providenya..? Ada tak maklumat seumpama tu dr sumber2 lain..? Agar lbh meyakinkan..?
Perase tak apa berlaku kat blog Aini..?
Ida baru je tengok sape joe roa ni. dia broadcast meteorologist and lecturer di new yoek's hayden planetarium. Ni link pasal joe rao http://hometown.aol.com/skywayinc/. DDHD ada bagitau kalau maklumat ni direka cipta itu bukanlah persoalan pokok, yang pasti hadis Rasulullah saw ini adalah pasti dan akan berlaku. nanti ida tambah kat blog ni part ni...dah sms aini, dia ada kasi new add. CY tekan kat link ida ni boleh dapat add blog baru....
Tk, Cy dah lawat dah blog baru Aini tu..dah tinggal komen dah pun..
Yg si Lumy meraung minta tolong tu, Da tak nak tolong ke?
Rasanya lumi dah tau kot balas komen camne...komen kita kat bawah surat anak mak tu dia ada jawab
Tp,
1/Kalu Cy tinggal komen kat blog dia, Cy takleh keluar dan balik semula dr mana kita dtg, tp kena tutup terus skrin blogger.com, mcm dulu berlaku masa Cy komen kat blog Da masa mula2 Da buat blog..
2/Cy rasa dia tak reti juga nak buat benda2 kat tepi tu eg. link dsb..
tp Cy ni tak layak la nak ajar dia..
Salam, hakikatnya memang kita sudah berada di akhir zaman. Tanda-tanda kiamat sudah ada & banyak. Contohnya kejahatan yg berleluasa, kebaikan nampak buruk & keburukan nampak baik (eg. hiburan/budaya hedonisme), manusia beriman waktu pagi namun kufur petangnya (spt disebut dlm satu hadis), jumlah wanita yg lebih byk dari lelaki, kurangnya tahap air dlm Tasik Galilee di Palestin (sumber air yg dikuasai oleh Israel) dll. Tentang kewujudan dajjal, ada yg tafsirkan dajjal itu sebenarnya kuasa jahat Amerika Syarikat hari ini yg mentadbir dunia sesuka hati & menyebabkab byk perang & kematian. Sbg rujukan, boleh baca buku Dr Danial Zainal Abidin yg menerangkan dgn baik sekali tentang nas-nas syarak berkenaan tanda kiamat dan syarah terhadap nas-nas tersebut. Allahu a'lam.
Ibu wa alim...tak pe cy, kalau rajin main tekan2 situ sini, pandaila tu..
mohammad...itula ayah su, sebelum ni ada tgk dokumentari Al-Gore pasal global warming, memang menakutkan tgk how old our world ini. Bukti2 mmg teramatla byknya dan jelas, tapi diri nila tak berubah2...
Da, maksu dah update blog dia..
Pasa internet tu, jgn la potong, nati Cy nak kkecek denga sapa..kita dua jah hak bena2 free..eh..? Potong benda lainla..
Ayah Mad pun dah update blog.. Aini pun..Aida pun..
ibu wa alim...nanti ida visit blog2 yg dah update tu...pasal internet ni kalau proposed kat hubby pun mungkin tahun depanla...anak ida yg sulung tu addicted ngan game, runsing gak, tahun depan DS tu start sklh drjh 1
semua dibagitahunya CY. kita ni rajin update blog tau :p
Da, kalau dia dah masuk djh satu, pagi ptg sekolah, mlm melepek..takdan dah dia nak main2 lagi..melainkan hjg minggu tp sebnrnya kita blh controll diaorg ni..nak kena tegas sikit..
UA, kite takde apa nak tulis, kita bg tau la (indirectly) schedule lawatan kite..
ummu auni...k.ida ni satu2 tajuk nak siap kdg2 ambik masa 3-7 days. dua tajuk terbengkalai, dalam fikiran ni pun berlambak2 nak tulis esp pasal anak2, last2 tajuk2 tu berlalu begitu saje...
ibu wa alim...anak sulung ida ni non-sleeping and energetic, siang hari tak tidur, malam can stay till 11pm...tgklah kalu x payoh gaduh pasal h/w, ok..kalu tak terpaksalah..
umi n ayah, ct n family dtg sini jumaat ni. cik tgh cari keje kat sini. cik sewa d wangsa maju
Cy pun serupa jugak Da, kdg2 tu takde mood nak menulis..kdg2 suasana tak mengsmoothkan idea tu keluar..lainlah kalu larut mlm..org dah tidur..tiada gangguan..tp kita skrg bkn mcm muda2 dulu..tahan berjaga..
Alim pun tahan mata sampai 11++.. pulak2la kalu blh main comp games, askar game, tgk cartoon kat TV..
Kirim salam dululah kat org2 yg dtg tu..nanti kalu ada peluang blhla jumpa..ataupun Da wat mari ssini..
Ibu wa alim...nanti ida sampaikan salam. umi n ayah sampai lewat malam jumaat tu. Sabtu tu kalau tak silap ct, ayah nak pi kenal rumah k.ta (sabarita) yg baru. ni ct yg cerita masa ayah dok borak2 ngan abg zul (suami k.ta). Ahad kami nak bawa umi n ayah bercuti semalaman di A-famosa, melaka for father's day. kecik2 dulu kalu ayah outstation sokmo bawa kami pi tido kat hotel2. kami nak balas baliklah ni...jomla sapa2 nak join, tp kena ambik cutila isnin. bukan apa murah sikit, skrgkan minyak mahal kena jimat2la...
Wa..pandai la father2s day pulak..mother's day sekali la tu.. mmgla byk jasa ayah dan ummi..adik2 dan adik2 ipar pun rasa mcm tu juga..tp Cy tak dptla pulak nak bawa melancong ke mana2..melainkan doa..moga pjg umur, murah rezeki, sihat, bahagia dsbnya..yg baik2 belaka..
Ayahsu sapa balik hari ni Da, tp Cy tak tau la dah sapa ko blm..
ibu wa alim...balik for good ke?
Dia cuti (sendiri) 10 hari..tak nak miss peluang kot tgk perut Che Su..(Ni sat lg nak kena marah apa..)
uiks, ayah su kelik sini dah? eh che su bila nak bersalin ek...
ibu wa alim...bagusla, kalu gitu...
ummu auni...k.ida pun nak tanya soalan yg sama, heh...heh...
InsyaAllah, due date dia awal bln 10 ni, lps rraya la, rraya ke 1/10, tak ingat dah 7 ke 8 ke 9 hb, yg pastinya sblm 10/10, ikut jangkaan la..
Ayahsu septtnya habis/balik bln 9, tp dia kata kalu blh siap cepat bln 8 tu nak balik dah..Che kata ggitu la masa Cy telefon dia..pakat doa la belaka..
wa borak borak habis, hari tu komen panjang.. tapi camna boleh lupa nak post :)
kak da, pinggan corelle nih bila nak ambil?
alaaa...nape lupa nak post? Tulisla balik...heheh..
Wah! Tokey..Dah boleh ambik ye? Hmm..nanti discuss ngan my hubby.
Post a Comment