29.5.09

21 Mei 2009

Kronologi:

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Hari ini aku perlu pastikan semua perkara yang perlu ku bawa ke sana tidak tertinggal. Malam sebelumnya, aku dan dibantu dengan mantap sekali oleh sepupu kesayanganku, K.Long menyental peti sejuk agar tidaklah terkejut mana2 pihak yang bakal menggunakan peti sejukku nanti. Maklumlah punya anak2 teruna yang kecil2 lagi nih, kadang2 naik geli tengok rupa peti sejuk tu..(K.long, terima kasih banyak2. K.Long banyak sangat2 bantu K.Da).

9.30am:
Hampir semua beg dizip dan kotak pula siap terikat kemas. Aku, suami dan anak2 belum mandi lagi. Suamiku mula bertanya samada patut mandikan anak2 sekarang. Memandangkan kakak iparku, akan menjemput kami untuk ke airport dalam pukul 11.30am, aku hanya menjawap pukul 10.00am jelah mandikan anak2. Suamiku bersetuju 100%. Tahu sangat dengan perangai comot2 anak2 teruna kami ni, karang belum sampai airport dah tak nampak rupa baju2 dan seluar2 mereka.

Dalam pada itu, aku mengelap2 table topku, mengeringkan kesemua pinggan2, piring dan gelas untuk disusun elok2 di dalam kabinet. Entahla, memang perangaiku, kalau pulang ke kampung di Kelantan pun, memang inilah tabiatku. Semua mesti dalam keadaan tersusun dan kemas. Rumah akan ku vakum, tikar akan ku lipat dan susun manakala lantai pula akan ku mop tiap kali sebelum berlepas menjenguk umi dan ayahku. Suamiku kadang2 naik pelik dengan perangaiku terutama sekali part mop lantai sebelum bertolak ke kampung, 'Tinggal seminggu, ddebu pulok lepah tu.' ungkap suamiku. Tidak pernah kulayan kata2 suamiku, ku tetap akan mop jugak.

10.00am:
Suamiku memulakan upacara memandikan anak2 teruna kami. Manakala, aku pula melayan panggilan telefon dari ayah dan kawan lamaku sambil tangan tetap mengelap mana2 tempat yang masih basah2 di dapur. Bila suamiku mula memakaikan baju untuk anak-anakku, aku dalam keadaan serba-salah dan malu-malu kucing, memberitahu suamiku, 'Sayo nok vakum sikitla rumah ni..heheh' gelakku malu2. 'Hah?! Nak vakum lagi?' ujar suamiku. 'Untuk kali terakhir..' ujarku. Suamiku terdiam. Mungkin mula memahami perasaan hatiku. How much I am attach to the house.. Aku vakum cepat2. Jauh di sudut hati aku nak mengemop, tapi memikirkan entah bila aku akan pulang, aku biarkan sahaja gelora hati nak mengemop itu..heheh.

10.45am:
Suamiku mengangkut semua barang kami ke dalam Innova kakak iparku. Aku pula masuk ke tandas untuk mandi. Oklah... memang sambil2 mandi aku menyental tandas dalam bilik utama kami ..hehe.. Tapi, yang ni tak dela beritahu suami awal2, kot dia gelak berdekah2 pulak. Sambil2 dok menyental tu, siap pesan pulak kat tandas tu, 'Next time org lain pulak akan sental kau..'. Maklumlah, kerja menyental tandas ni memang kerjaku semenjak menghuni rumah itu. Bila selesai mandi, suami sudah siap bersiap. Aku terus beritahu suamiku yang aku meyental tandas dan meninggalkan pesanan untuk tandasku, lepas tu aku gelak. Ingatkan suami akan gelak bersama, rupa2nya dia diam sahaja..

11.15am:
Kami semua sudah bersiap. Keluarga mertua juga sudah tiba. Kulihat suamiku minum air masak di dapur dan tangannya sudah memegang kunci rumah. 'Huh' ungkap suamiku melepaskan rasa dihatinya. 'Hah...hah' ungkapanku untuk melepaskan rasa berat di dada. Sebenarnya kami berdua mula merasa sebak untuk meninggalkan rumah yang telah kami diami selama 4 tahun. Rumah yang dibeli hasil penat lelah suamiku. Rumah kami berlindung dari panas dan hujan.

'Saya nok kunci(mengunci) rumah ni nanti', mohonku dari suami. Aku tutup semua tingkap. Suami pula cabut semua plug. Semua pintu bilik ditutup.

11.30am:
Aku, suami dan anak2 melangkah keluar dari rumah. Suami memberi kunci rumah padaku. Kukunci pintu kayu. Kukunci gril dan akhir sekali ku padlock gril. Bila kupusing, jiran2ku sudah menunggu. Kupeluk jiran2ku yang kuanggap sebagai keluarga keduaku yang terlalu banyak membantuku sepanjang 4 tahun bersama. The best ever neighbours!

12.30pm: KLIA
Kami check-in barang. Ada sedikit masalah kerana anak sulung kami diupgrade ke business class. Kami memohon dan merayu tahap pertama, gagal untuk downgrade anak kami ke kelas ekonomi. Nak tukar mama dia ke business class pun tak boleh. Ni sebab merayu pada staf pompuan S Airlines. Bila tengok staf lelaki S Airlines, suamiku merayu peringkat kedua. Dengan sonangnyer, staf tu cakap, 'Jumpa saya bila nak boarding nanti.'

1.00pm:
Kami makan di Mc D bersama keluarga mertua, Cik, Adik Hamzi dan K.Long. Pastu bergambar2 dan masa untuk berpisah.

1.30pm:
Kupeluk semua keluarga mertuaku (yang pompuan2 jer). Ku menangis dalam pelukan mami, my MIL. Ku memohon keampunan dari mami dan mengucapkan terima kasih banyak2 kerana banyak membantuku. Kupeluk adik2 terunaku dan akhir sekali ku peluk sepupu kesayanganku, K.Long. Kami semua memang menangis sakanla jugak...yang paling sakan menangis.. akuler.. heheh..

Ku tak sempat menunggu jiran kesayanganku, Jie dan suaminya yang telahpun berada di tol KLIA. Jie dan suaminya memang rapat dengan kami terutama sekali dengan anak ketiga kami, Syafiq..yang mereka panggil Adik (walaupun Adik ni dah ada adik yang berumur setahun lebih..hehe..). Tapi, kami sudah bersalaman di rumahku awal pagi sebelum Jie dan suaminya keluar atas urusan kerja. Kujuga berikan sekeping gambar pasport Adik dan adik kepada Adik kepada Jie sebagai kenangan.

Kami masuk ke balai berlepas antarabangsa dan melambai2 semua ahli keluarga sehinggalah hilang dari pandangan mata kami. Adik iparku yang bekerja di imigeren, Pak Cu Ja membantu membawa hand luggage kami sehingga ke check point terakhir kami.

Di sana, kami menunggu untuk menaiki kapalterbang S Airlines yang akan berlepas pada pukul 3.00pm. Sambil2 menunggu untuk menaiki kapal terbang kami masih menerima panggilan2 telefon dan sms dari keluarga dan rakan2 taulan. Manakala, anak teruna bongsu kami, Iman terlelap di dalam pangkuanku.

3.00pm:
Kami menaiki S Airlines meninggalkan tanahair tercinta, Malaysia untuk berlepas ke Arab Saudi..a new land, new challenges, new culture and insyaallah in a new blogsite..

7.5.09

Happy Mother's Day

To my dearest Umi






















and all mothers...Happy Mother's Day!



Ya Ummi - Ahmed Bukhatir

I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي

Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا

and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري

To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers